"Awa...awak nak apa?" aku ingin mengundur ke belakang tetapi, kereta aku menghalang.
"I nak youlah...." Shahrul ketawa kecil.
Syahmi menarik tangan Shahrul dengan kasar. Shahrul melihat ke arah Syahmi. Dia tahu Syahmi akan bebuat sedemikian. Gerak mata Syahmi menyuruh aku pergi pulang ke rumah.
"Sayang... You mengelaklah jumpa I sekali pun... Sebab nanti you akan jadi milik I yang sah di sisi undang-undang." Shahrul masih memandang ke arah Syahmi kerana dia ingin melihat reaksi Syahmi yang tegang itu.
Aku terkejut mendegar kata-kata Shahrul. Terhenti langkah aku untuk masuk ke dalam kereta.
"Balik sekarang." Arahan dari Syahmi yang tegas itu membuatkan aku cepat-cepat masuk ke dalam kereta.
Setelah itu, kereta aku mula bergerak untuk pulang ke rumah.
"Kau belum tentu dapat dia.... Dia boleh tolak kau.... Kau jangan ingat sebab bapak kau kaya dan kau ada rupa, kau boleh senang-senang je dapat perempuan macam dia tu.... Dia tak layak untuk kau!" Syahmi melepaskan tengan Shahrul dan terus berjalan pergi dari situ.
Shahrul hanya tersenyum sinis ke arah Syahmi.
"Dia tak mampu tolak aku.... Sebab, dia tak akan merenggankan persahabatan antara papa aku dengan ayah dia..." Shahrul tergelak kecil dan terus berlalu pergi.
Langkah Syahmi terhenti apabila mendegar Shahrul.
"Jangan ingat aku tak tahu muslihat kau." Syahmi terus berjalan ke arah keretanya.
Syahmi terlupa bila mommy dengan daddynya ingn pergi meminang bakal tunangnya. Dia berharap agar dia tidak terlambat. Walaupun dia tidak menyukai calon menantu mommy nya, tapi dia pasti bahawa keputusannya membuatkan hidupnya bahagia pada masa akan datang. Mungkin sudah tiba waktunya untuk dia melupaskan kisah silamnya yang membuatkan dia hilang arah.
*******
"Shahrul dah balik...."sambut mamanyadengan gembira.
"Mama nak tunjuk something ni pada kamu... Jom ikut mama" Dtin Farida terus menarik tangan Shahrul. Shahrul pula hanya ikut saja mamanya dengan malas.
Terbutang mata Shahrul apabila melihat sebentuk cincin yang dihulurkan oleh mamanya.
"Ni cincin apa ni...." Shahrul terus mengambil cincin tersebut dari tangan mamanya.
"Cincin untuk meminang bakal menantu mamalah...." Datin Faridah dengan gembiranya mengkhabarkan kepada Shahrul.
"Papa setuju mama?" Shahrul gembira apabila mendengar bicara mamanya.
"Yelah.... Untuk kebahagiaan kamu juga..... Lusa mama dengan papa pergi meminang buah hati kamu tu...." Datin Faridah tidak sabar untuk pergi meminang perempuan yang menambat hati anak lelakinya itu. Dia berharap anak lelakinya berubah dengan apa yang akan terjadi lepas ini. Kemungkinan anak kawan suaminya menolak pinangan dari mereka. Tapi dia berharap agak sebaliknya yang akan terjadi.
"Cepatnya mama..."Shahrul bertambah gembira apabila tak lama lagi Syu akan jadi miliknya.
"Mestilah.... Bunga secantik Syu tu, ramai lelaki nak dijadikan isteri tau.... Baik cepat, asalkan dapat.... Tak begitu Arul..." mata Datin Faridah gembira melihat reaksi anak lelakinya.
"Dah... Pergilah berehat.... Malam nanti makan sama-sama ye.... Lepas ni jangan kamu keluar dengan perempuan lain pula..... Nanti Syu tu nampak, baru padan muka kamu...." Datin Faridah mengambil cincin itu dari tangan Shahrul dan terus menyimpan cincin tersebut.
"Hm.... Yelah mama.... Arul naik atas dulu..." Shahrul terus pergi ke arah biliknya.
Dia terus berbaring dia atas tilam empuknya sambil tangannya menyilang di bawah kepalanya sebagai alas. Hatinya puas apabila wajah Syu terbayang pada fikirannya dan Syu akan dia miliki.
YOU ARE READING
Si Dia Hanya Di Hatiku
Roman d'amourAku tidak dpat melupakannya. Sudah berbagai cara aku ingin melupakannya, tetapi semuanya tidak menjadi.