Akhirnya aku diterima masuk ke universiti pertahanan tu. Memandangkan sistem telah diubah, kitorang ni akan diuji selama setahun then ada lagi temuduga. Perasaan ? Haha , macam2 aku rasa. Waktu temuduga tu sepatutnya aku dah gagal tapi diterima juga. Mungkin ini jalan aku. Redho.
Hari pendaftaran. Aku bergerak daripada masjid pagi tu ke kem kuala lumpur. Ramai orang yang hadir. Selepas pendaftaran, tak ada makna nak jumpa keluarga. Terus sahaja dipaksa untuk naik trak 3 tan ke tempat penginapan. Keluarga pula ke dewan. Setelah dapat bilik apa semua. Malam tu bermula la aktiviti. Hari perkasa jati diri.
Mula-mula aku memang menyampah gila la dengan senior kat sini. Tapi apakan dia ni universiti askar oiii. Sedar. Kitorang dipaksa berlari untuk ke dewan. Malam tu sesi perkenalan dengan hakak n habang.
" hai,saya pkd arif iskandar" tegur seseorang.
"Err , hai. Tuan cakap dengan saya?" jawab aku tersekat2.
" ye lah. Tak akan aku cakap dengan kerusi sebelah kot" getus laki itu. Eh dia ni , tadi sopan. Ni lain pula intonasinya.
"Ouuh. Ye . sya ifa katrina" senyum sinis.Tetiba datang seorang perempuan yang berlagak sombong.
Tuan arif terus berlalu.
"Hoi,kau senyum- senyum apa?" marah perempuan tu.
Aku terkedu. Sekilas memandang tag nama. "Err puan alia, maaf. Tuan tu buat lawak tadi". Semua orang mula memandang aku kini. Seram pula aku.
" lain kali jangan senyum kat senior ko walaupun dia buat lawak!" perempuan tu terus berlalu. Tergamam aku. Apa masalah senior ni , aku pn tak faham. Senyum la dia buat lawak , takkan nak masam macam cuka. Sumpah seranah aku dalam hati.Kawan bilik aku datang mendekati dan tanya kepada aku kenapa. Aku pun menceritakan dengan geram. Diorang menasihatkan aku supaya bersabar. Sakinah kawan sebilik aku. Dia daripada sabah. Mula-mula bilik aku ni senyap sunyi. Sebab tak kenalkan. Bila dah kenal , setiap malam kitorang bercerita dan " mengumpat ". Hahaha
Hari terakhir dengan senior2 agak seronok la juga. Huhu. Aku berehat di tangga setelah berlari. Aku tunggu diorang solat. Tetiba...
" hai ifa kan ?" tegur seseorang. Aku memalingkan wajah yang kepenatan tu.
"Eh, tuan. Ye saya." Tuan arif menulis sesuatu di cebisan kertas. Aku cuma memerhati. Aish apa benda pula lah dia nak bagi.
"Nah. Ambil ni. Kalau ada apa-apa chat saya tau. Saya rasa kita pernah kenal melalui fb" kata tuan arif. Aku cuma menangguk. Sebenarnya aku lupa siapa dia. HahaMalam tu aku check fb aku. Aah la, Arif iskandar a.k.a abang angkat maya aku. Patot lah dia kenal aku. Ifa , ifa kau ni . Abang kau pun tak kenal. Aku tergelak sendiri. Liya yang memandang aku pelik terus menegur aku. Act , satu bilik ni ada 5 orang. Liya ni satu negeri dengan aku. Tapi dia budak bandar lah. Aku je yang kampung. Sorang pula tu yang masuk sini.
"Hoi. Kau dah kanapa?" tanya liya.
"Eh, liya mak oii.. Haish. Dah melalut aku. Tak ada apa lah" balas aku selamba.
"Ye la tu. Ingat kat tuan kau tu la kan" liya menduga.
" uish kau ni mana ada." sibuk je liya ni. Getus aku.Aku terus whatsapp abg angkat aku tu memandangkan dia online.
Whatssap:
@ifaina: ABANG. .. ABANG... !
@A.is: Hahaha. Ingat pun dekat abang. Abang igtkn adik sorg ni da lupa. Haha
Ceh punya abang angkat. Dia yang tak bagi tahu mana la tahu.
@ifaina: yela2. Adk lupa. Abg pun satu hambar je tegur adk. Tahu tak , adk kena marah dengan puan apa tah sebab senyum dekat abg ritu. Eee geramnya.
@A.is: ye ke ? Haha. Biasalah. Abg kan handsome. Cemburu la tu.
@ifaina: perasan betol abg ni. Tah2 mkwe abg kowt.
@A.is: haha. Kay la adik, abg sibuk ni . nanti abg call ye.
*offline*Apa punya abang la dia ni. Sibuk la tu . faham sangat. Aku pun terus sahaja lena. Nasib baik diorang bagi excuse sebab malam terakhir.
*****
YOU ARE READING
Askar Itu Orang Kaya ?!
Teen Fiction".. Pantang menyerah terus mara" "Walaupun aku bukan pilihan kau, tapi aku tetap juga akan ada disamping kau." "Maafkan aku." "Biarlah orang nak kata apa, andai ini yang aku cari, cinta dan cita-cita dapat disatukan." #penulis Hye readers. Act ni ka...