#19

1.1K 31 0
                                    

Kring ! Kinggg!

Tengah sibuk aku menyusun barang-barang keperluan untuk aktiviti esok tiba-tiba ada yang menelefon. Aku lihat skrin telefon itu. Abang is ? Aku hairan, apa mimpi lelaki ni. Gila.
Aku tidak menjawab. Telefon aku berbunyi lagi. Berbunyi, dan terus berbunyi.

"Woi, angkatlah telefon siapa tu ? Bingit gila."kata liya selamba.
" amboi ko. Kutuk aku."balas aku sambil menyusun barang. Liya tiba-tiba bangun dan memgambil fon aku.
"Abang is kau call beb . abang is ... Aku jawab eh ? " aku terkejut. Lalu merampas fon itu dan matikannya.
"Tahu pun kau takut." liya menjelirkan lidahnya . ish nasib baik kawan. Aku buat tak tahu dan terus menyusun.

Aku buka fon aku semula. 40 missed call, 10 messages, 10 whatsapps. Terkejut aku lalu membuka satu persatu. Semuanya, abang is . malas betul aku nak layan. Aku dah lama terasa hati , dengan kewujudan puan aira dan tindakan bodoh dia hari itu. Semua mesejnya meminta maaf daripada aku. Lantak dia lah.

Aku terus lelapkan mata dan disaat itu fon aku kembali berdering. Siapa pula ni. Ish. Aku menjawab.

"Assalamualaikum. Ye ?" tanya aku.
"Waalaikumusalam. Ifa dah tidur?" tanya pemanggil. Seperti aku mengenali suaranya.
"Harraz ? Belum" balas aku.
"Ye saya. Tak menganggu ?" tanya harraz mesra.
"Tak pun."

Kitorang berbual sehingga lewat malam. Kitorang berkongsi cerita mengenai latihan yang dilakukan sepanjang minggu ini. Kejap ketawa kejap menangis. Aku pun tak tahu nak cakap apa. Terlintas pada fikiran aku untuk bertanyakan tentang tasha dan gadis misteri di instagram harraz.

"Awak, siapa tasha tu ye?" tanya aku selamba.
"Err kawan." balas harraz teragak-agak.
"Ye ke ? Macam bukan je ." balas aku ingin tahu .
"Betul." sepatah harraz membalas dan diam. Aku mencuba nasib untuk bertanyakan tentang instagramnya.

"Okay.satu lagi soalan. Siapa perempuan dalam instagram awak tu ? Mesra je , mkwe awak ? " berani aku bertanya. Memang sikap aku yang tidak suka memutar belitkan apa yang aku ingin tahu. Lama harraz diam.
" ohh yang tu. Sepupu saya lah. Dia belajar kat uitm je pun. Ingat tak kita jumpa dia hari tu? " terpempan aku sebentar. Sepupu dia ? Patotlah rapat. Baru aku teringat, aku tinggalkan harraz dengan perempuan tu hari tu dan aku bersama abang is.
"Err ye ke ? Aah la lupa. Yang awak tak hiraukan saya tu" balas aku dalam nada memerli. Harraz cuma ketawa. Kini tiba harraz pula bertanya.
"Kenapa awak tanya pasal tasha ? Cemburu eh ?" aku terkedu . cemburu ? Tak ok.
"Eee buat apa cemburu pula. Tak hingin. Dah la nak tidur." aku terus mematikan panggilan.

Harraz tersenyum sendiri dengan gelagat ifa.

***

Askar Itu Orang Kaya ?!Where stories live. Discover now