Pejam celik pejam celik, dah cukup setahun aku belajar di universiti ni. Abang is dan harraz sentiasa menyokong dan memberi dorongan kepada aku. Aku tahu aku memang lemah bab melibatkan fizikal ni. Tapi makin lama makin aku suka pula untuk terus menjadi tentera. Malam ni istimewa sangat. Ohh ye ifa katrina ialah wakil pelajar asasi dan kitorang telah merancangkan jamuan makan untuk pelajar asasi upnm.
Farewell night nama diberi. Yang aku gementar sangat sebab aku jadi penari sepontan waktu majlis itu berlangsung. Hahah. Surprise tak? . Confirm kelakar. Dah berminggu- minggu kitorang berlatih tau. Kini malam yang dinantikan tiba jua. Semua kawan- kawan aku seronok sangat. Ye la sebab malam ni je boleh cantik-cantik dan bermakeup. Hahah.
Tepat pukul 9 malam acara bermula. Aku mencari kelibat harraz. Pakaiannya sama warna dengan aku. Saja aku berjanji dengannya. Heheh. Aku tersenyum pada harraz. Aku sibuk menguruskan kehadiran pelajar asasi. Akhirnya tiba giliran aku menari. Hahaha. Semua orang terpegun kau. Kelakar aku.
Selepas habis je makan aku melangkah keluar mencari harraz, untuk bergambar berdua . kenangan beb kenangan. Tapi langkah terhenti, bila kawan kelas aku tiba-tiba merayu supaya aku menjadi dayang pada event ragbi pada malam itu. Senior yang suruh. Adui salah perhentian betul aku ni.
"Tak nak lah. Aku nak pergi bergambar ni. Dah tepi2" aku menolak.
"Alah boleh la.... " kata rakan aku tu. Eee.. Nasib baik satu intake. Akhirnya aku bersetuju. Terus aku whatsapp harraz memohon maaf. Aku masuk ke dewan yang dipenuhi senior gila. Ops. Heheh.Dah la ada 8 orang je perempuan yan lain tu lelaki. Handfon aku berikan kepada kawan aku tadi. Seorang senior memanggil aku unuk duduk disebelahnya tetapi....
"Ifa, sini. " suara yang sangat aku kenali.
"Abang? Eh tuan arif ?" terkaku aku. Aku hanya mengikuti langkah dia. Aku rasa lebih selamat. Hahah.Aku duduk disebelah abang is. Kawannya tersenyum melihat aku.
"Ifa. .. Nak makan?" tanya abang is...
"Shhh. Jangan panggil ifa. Panggil ina. Rahsia sikit , tak nak orang lain kenal. " balas aku perlahan. Abang is menangguk.
"Hai. Nama apa?" tanya rakan abg is. Aku tersenyum.
"Hai. Ina" jawab aku ringkas. Abang is hanya tergelak . ceh punya abang. Back up la adik kau ni.Sepanjang majlis tu , aku hanya ditemani oleh abang is. Aku berbual mesra dengan abang is. Tiba-tiba datang seorang senior. Abang is hanya suruh aku diam dan layan sahaja senior tersebut..
"Hai, saya idham kalif. Dah graduate. Ni malam perpisahan la" kata senior itu.
"Err. Ye.. Saya ina. " aku membalas sambil senyum.
"Oii arif , boleh tak aku pinjam ladies ni untuk teman aku pegi majlis makan beradab ?" aku terdiam. Apa ke gila senior ni. Makwe tak ada ke ? Abang is terkejut.
"Err tuan nak ajak dia ke? Mana makwe tuan yang tuan cerita dulu ?" Tuan tu diam seketika.
"Sebenarnya macam ni , makwe aku tak dapat nak hadir. Jadi aku memerlukan peganti segera. Sebab malam sabtu ni majlis tu. Aku dah bayar untuk 2 orang dan memang wajib pun berpasangan. Dia ni awam kan? Tanya tuan itu sambil menuding jari pada aku.
" kau buddys aku kan. Eh jap napa kau kisah sangat dengan perempuan ni ? Sambung tuan tu lagi, dia baru perasan yang abang is ambil berat sangat pada aku. Abang is mula memalingkan wajah pada aku.
"Err tuan tanya dia sendiri." bulat mata aku. Ceh punya abang.
"So macam mana ina ? Boleh ? Jangan risau tuan arif kau ni ada juga kat sana taman menemani orang lain. " tuan idham tersenyum melihat arif. Baru aku sedar, patutlah abang is seperti tak nenarkan aku ikut ke majlis itu. Rupanya dia berteman dengan orang lain. Eh, kenapa aku nak kisah kan."Okey saya teman tuan." eh aku terima. Abang is hanya diam. Aku pula tersenyum manis pada tuan itu. Pergi makan je pun. Kat hotel pula tu , rugi-rugi.
"Okey, nanti kita bincang persiapannya" balas tuan idham dan memberikan nombor telefonnya.
Seelah tamat majlis rugbi tu kitorang pun balik ke bilik. Letih okay, melayan karenah senior-senior tu.***
Makan malam beradab adalah majlis yang penuh dengan protokol . Majlis ini diadakan untuk meraikan pegawai kadet yang telah ditauliahkan.
YOU ARE READING
Askar Itu Orang Kaya ?!
Teen Fiction".. Pantang menyerah terus mara" "Walaupun aku bukan pilihan kau, tapi aku tetap juga akan ada disamping kau." "Maafkan aku." "Biarlah orang nak kata apa, andai ini yang aku cari, cinta dan cita-cita dapat disatukan." #penulis Hye readers. Act ni ka...