Hari- hari aku dilalui dengan aktiviti yang sama. Makin lama aku dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran kat UPNM ni. Benda yang aku tak pernah buat, aku dapat buat dengan jayanya. Kesan positifnya, aku dapat kuruskan badan . huhuhu. Tapi bila cuti, tidur je kerja aku.
Minggu ni kitorang ada merentas halangan. Aku yang bukan atlet ni , ternanti-nanti apa halangan yang perlu aku lakukan. Aish apakan daya . 'sape suruh masuk tentera kalau tahu begini jadinya' aku menyayi sendirian dalam hati. Hutan berlukar memang bukan tempat aku. Akhirnya kini, dah jadi tempat aku bermain.
Hari dinantikan tiba. Kitorang dibahagikan kepada 15 kumpulan , sebab ramai. Nasib baik aku digandingkan dengan kawan bilik aku. Tanpa aku sangka , Harraz juga satu kumpulan dengan aku. 'Ada juga penyelamat aku' . oii ifa jangan melebih pula ye. Hee.
"Hey, kita satu kumpulan la." tersentak aku dari lamunan.
" harraz. Aah." jawab aku.
Bermulalah aktiviti kami. Diberi masa lagi . Harraz sebagai ketua kumpulan merancang strategi. "Kerjasama paling penting!" tegas harraz.Sampai sahaja satu halangan yang agak susah bagi aku dan aku tak suka . Mongkey bar ! Ternganga mulut aku . dah la dekat bawah tu dipenuhi air lumpur. Jurulatih hanya memerhatikan aku. 'Aduhai, matilah aku' rintih hatiku. Setiap kumpulan diberikan tali, tayar dan dua kotak peluru. Barang-barang tak boleh jatuh ke tanah. Kalau terjatuh, salah seorang ahli kumpulan dikira mati dan perlu diangkat sehingga ke garisan penamat. Aku telan liurku.
"Okey. Siapa yang boleh bergayut?" tanya harraz . seraya itu, 5 orang lelaki menangkat tangan. Pendek kata semua lelaki group aku pandai bergayut. Aku dan rakan ku diam membisu.
"Macam ni, salman kau rentas dulu dan bawa hujung tali ke belah sana. Aku akan pegang hujung lagi satu." salman menangguk.
"First barang- barang dulu kita hantar ke belah sana then ladies korang pula gerak. Ok? " terang harraz.
" jangan risau ye ifa . awa tak akan jatuh" bisik harraz. Aku hanya diam.Salman bergayut bersama ujung tali. Tali ni kuat tau bukan biasa- biasa. Alif dan afiq bergayut pula. Selepas itu harraz menyangkutkan kotak peluru dan menggerakkannya ke hujung sana . nasib baik ada tangkai kotak peluru ni. Selepas itu, tayar. Akhirnya 2 gadis ayu nk melintasi . Harraz dan aiman memegang tali dengan kuat dan direndahkan untuk memudahan kami meniti.
" okey. Ifa gerak dulu. Hati- hati. Pijak atas tali tu , tangan pegang di atas" arah harraz.
Aku dengan yakin meniti. ' tolonglah lepas. Jangan pandang bawah' berdoa aku dalam hati. Akhirnya aku selamat meniti. Liya pun selamat meniti. Harraz dan aiman mula bergayut. Alhamdulilah.Tamat akhirnya aktiviti merempuh halangan. Letih gila aku , yang pasti aku tak jatuh dalam lumpur. Yeah! Vote for harraz.
Harraz datang menegurku. Aku hanya tersenyum. Dia menghulurkan air pada aku. Sementara tunggu kumpulan lain habis, kitorang berehat sebentar.
" ifa okey tak ?" tanya harraz simpati uebab muka aku dah mula merah dan bintik2 merah mula menghiasi. Aku memang tak boleh berpeluh sangat , bila berpeluh macam ni la jadinya.
"Err ye . okay." jawab aku perlahan.
" yela tu. Muka merah je" harraz tersenyum. Eh, dia ni sibuk je. Aku melemparkan senyuman sinis dan buat-buat tak tahu dengan harraz.***
YOU ARE READING
Askar Itu Orang Kaya ?!
Teen Fiction".. Pantang menyerah terus mara" "Walaupun aku bukan pilihan kau, tapi aku tetap juga akan ada disamping kau." "Maafkan aku." "Biarlah orang nak kata apa, andai ini yang aku cari, cinta dan cita-cita dapat disatukan." #penulis Hye readers. Act ni ka...