Hari ni sudah tiba. Sepanjang minggu peperiksaan , abang is langsung tak chat dengan aku. Aku tak tahu lah kenapa. Mungkin dia tak nak menganggu aku. Hari ni majlis makan malam beradab tu . Tuan idham melayan aku dengan baik je berapa hari ini. Asal jumpa aku je dia belanja makan. Huhu
Ting! Whatsapp masuk ke dalam fon aku.
@T.idham: ina , saya ambil awak pukul 5 petang tau. Bersiap cantik-cantik.
Aku balas ok je. Aku pun mensiapkan diri. Rakan bilik aku menyolek aku. Kena lah cantikkan. Selepas selesai disolek, aku memakai baju kurung hijau dan tudung aku dililit kemas di kepala.
@T.idham: saya ada kat pagar ni.
Aku keluar daripada bilik tak lupa juga membawa handbag. Aku tersenyum melihat tuan idham.
Tuan idham berhenti di hotel, katanya nak menukar baju. Aku tunggu di kedai makan. Selepas itu kitorang bergerak ke hotel royalace(hentam. Lupa nama hotel Hehe).
Sampai sahaja di sana , kitorang bergerak ke dewan makan. Tuan idham dengan sewenang-wenangnya menarik tangan aku. Aku hanya akur. Ye lah berlakon jadi makwe dia kan. Tiba-tiba aku nampak kelibat abang is. Aku menarik tangan.
"Eh kenapa?" tanya tuan idham perlahan.
"Err, tak ada apa. Yang tuan pegang tangan saya kenapa?" tanya aku selamba.
"Oh,maaf." tuan idham senyum sinis. Ish, takut pula aku dengan tuan idham ni. Tuan idham membawa aku jumpa dengan rakannya.
Suka hati dia memperkenalkan aku sebagai kekasih dia. Aku cuma senyum."Adik..." sapa lelaki itu. Aku terkaku. Siapa pula panggil aku adik.
Aku menoleh ke arah suara itu.
"Eh, abang is. " balas aku perlahan.
Aku senyum melihat dia.
'Cantik adik aku ni'getus arif dalam hati.
Tiba-tiba seorang perempuan menghampiri."Is, pergi mana ni? Letih saya cari tau. Baru sampai ke sayang?" tanya perempuan itu sambil memegang lengan abang is yang sasa tu. Eh'sayang' ? Aku hanya diam. Mungkin lakonan fikir aku. Tuan idham mula memandang pada pasangan sejoli itu.
"Eh aira. Kau ni nak bersayang pun nantilah. Kenalkan dulu orangnya. " kata tuan idham selamba. Aku hanya diam. Tapi bibir tetap tersenyum. Puan aira tu yang dah ditauliahkan. Jadi abang is sebagai temannya.
Puan aira mula menjawab."Eh, tak perasan pula kau idham. Ni kekasih kau? Freshie je aku tengok. Hahaha . yang ni kau takkan tak kenal? Ni kan kekasih hati aku. Arif iskandar."
Aku membutang mata dengan luas. Apa yang aku dengar ni ? Dan kenapa abang is tak cerita ? Eh kenapa aku yang sibuk ni. Abang is hanya melihat aku. Tuan idham senyum sinis, dia seperti sememangnya tahu pasal hubungan puan aira dan arif iskandar. Patutlah dia seperti teragak-agak nak bagi aku ikut. Kenapa dia luahkan perasaan kepada aku?.
"Hahah. Mestilah kenal. Adik kesayangan aku ni. Ouh ye , ni ina." balas tuan idham dan menunjuk kepada aku.
"Hai , saya aira. Satu kelas dengan idham ni. Dia ni nakal tau.. " balas puan aira. Aku senyum yang dibuat-buat dan bersalam dengannya. Abang is masih kaku. Aku malas nak fikir pasal dia dah.Selepas itu, kitorang mendengar taklimat. Kali ni aku tak hiraukan lagi tuan idham memegang tangan aku. Sama juga dengan abang is dan puan aira. Aku hanya buat tak tahu sahaja dengan pandangan tajam abang is.
Akhirnya kitorang masuk ke dewan. Wau! Romantik... 5 sajian yang disajikan kepada kitorang. Sedap beb. Kek aiskrim sebagai pencuci mulut. Memang sedap. Selepas makan, ada persembahan yang dibuat oleh setiap servis. Malam tu tamat dengan sesi bergambar . pukul 12 malam tahu tak baru tamat. Hahaha.
Sewaktu aku hendak pulang dengan tuan idham, tiba-tiba abang is datang.
"Ifa, ... Err ina... Balik dengan saya." kata abang is.
"Eh tak apa. Tuan idham dah tunggu tu." balas aku sambil melihat kereta tuan idham.
"Balik dengan abang !" suara arif iskandar tegas dan kini telah memegang lengan aku. Apahal mamat ni? Aku nak balik asrama la gila.
"Ishh. Lepas. Tak malu orang tengok ke? Apa masalah tuan arif ni ? Mana puan aira?" balas aku mengaduh kesakitan.
Tuan idham sampai kepada aku.Almaklumlah letak kereta jauh sangat."Eh,is. Kau kenapa kat sini ? Mana aira ? Ina masuk." tanya tuan idham. Aku melangkah , tapi ditarik.
"Tuan , saya hantar ina boleh ?tuan nak berjalan-jalan lagi kan ?" tanya arif. Tuan idham seperti memikirkan sesuatu. 'Ish sibuk je. Baru aku nak ajak ina tidur di rumah je' hmm.
"Okeylah. Ina balik dengan is elok2 ye. Thanks for tonight. " tuan idham meluncur laju. Aku pula hanya mencebik. Apa masalah arif iskandar ni.Sepanjang dalam kereta , aku hanya diam. Kitorang macam orang asing. Abang is pun diam hanya menumpukan pada pemanduannya.
Tiba- tiba peristiwa puan aira tadi menerjah di fikiran aku.
Kenapa abang is tak bagitahu aku ? Aku kan adik dia. Kenapa dia luahkan perasaan dia sedangkan dia ada orang lain? Ahh, kenapa dengan aku ni ? Dia abang je kan . tak akan aku suka pada dia. Ahh malas fikir. Aku bermonolog dalam hati dan akhirnya tertidur."Ifa... Adik..." sayu kedengaran suara abang is.
"Emm... Dah sampai?" balas aku setelah tersedar daripada tidur.
"Ye." Aku terus turun daripada kereta dan masuk ke bilik. Abang is hanya memandang aku.
"Maafkan abang.. Nanti abang akan bagitahu hal sebenar juga" kata arif iskandar sayu.***
Aira? Watak baru dalam cerita ini. Benarkah tu kekasih arif iskandar ?
YOU ARE READING
Askar Itu Orang Kaya ?!
Teen Fiction".. Pantang menyerah terus mara" "Walaupun aku bukan pilihan kau, tapi aku tetap juga akan ada disamping kau." "Maafkan aku." "Biarlah orang nak kata apa, andai ini yang aku cari, cinta dan cita-cita dapat disatukan." #penulis Hye readers. Act ni ka...