Minggu ni minggu peperiksaan. Aku paling suka minggu ni sebab latihan ketenteraan automatik tiada cuma ada baris sahaja. Ini kerana pihak universiti mementingkan pointer pelajaran sama dengan latihan ketenteraan. Kelas pun tiada tau.. Huh, happy.
Sedang aku mengulang kaji, bunyi chat whatsapp masuk. "Tuan idham"
@T.Idham: ina... Buat apa tu ? Dah makan ? Sibuk tak ? Nak jumpa kejap. Saya tunggu kat cafe.
Aku mengeluh. Sibuk je tuan ni. Tapi aku memang lapar pun. Heheh
@ifaina: ye tuan. Tak sibuk pun. Lapar juga ni. Nanti saya pergi ke cafe ye.
Aku terus bersiap dan menuju ke cafe.Tuan idham hanya tersenyum bila melihat kelibat aku. Dia mengajak aku makan di situ. Dia belanja. Seronok la aku.heheh
Sambil makan , kitorang bualkan pasal majlis beradab tu. Ya Allah banyak betul protokolnya. Apa ke susah sangat nak makan. -_-"
Daripada kepala hingga ke hujung kaki tuan idham bagi tahu. Baju kurung biasa sahaja yang dibenarkan, tudung plain, kasut bertutup bertumit plus handbag . apa benda tah."Ina, faham tak ni ?" tanya Tuan idham. Aku tersentak dari lamunan.
"Err.. Ye.. Ye.. Faham. Lagi ?" tanya aku. Tuan idham terus menceritakan cara makan pula.. Aish macam-macam. Aku menangguk faham.
"Ina ? Ada handbag tak ? " tanyanya. Owh lupa pula aku tak suka berhandbag bagai ni. Alahai. Aku menggeleng.
"Tak apa. Ni duit awak pergi beli tau." Tuan idham menghulurkan 50 note pada aku. Aku kaku.
"Eh tak apa. Saya pinjam daripada kawan. " Aku menolak dengan sopan.
"Okey" jawab tuan idham.Selepas itu aku gerak ke bilik. Aku kena cari baju warna hijau, handbag hitam .Alahai. Aku nak exam la. Aku mengomel sendiri.
Malam tu juga aku pinjam baju kurung warna hijau.***
Maaf guys bab ni pendek je. Sebab tak ada idea . heheh. Nanti bab lepas ni insyaAllah panjang. Okey thbks for vote and komen.
YOU ARE READING
Askar Itu Orang Kaya ?!
Teen Fiction".. Pantang menyerah terus mara" "Walaupun aku bukan pilihan kau, tapi aku tetap juga akan ada disamping kau." "Maafkan aku." "Biarlah orang nak kata apa, andai ini yang aku cari, cinta dan cita-cita dapat disatukan." #penulis Hye readers. Act ni ka...