Hari ni bermulalah kem tahunan aku. Aku langsung tidak berhubung dengan abang is. Aku sempat juga melihat moment instagramnya dan membuatkan aku rindu padanya. Tapi peristiwa malam yang lalu membuatkan aku benci padanya. Ditambah lagi masalah dengan puan salwa.
Sepanjang kem tahunan ni kitorang akan dijaga oleh senior tahun 2. Malam pertama aku sudah dipanggil ke bilik puan salwa. Aku hairan dengan puan salwa adakah dia tidak tahu yang tuan arif iskandar itu sudah berpunya ? Puan aira ? Ahh malas nak fikir. Mahu tidak mahu aku kena layan juga lah perangai puan salwa yang gila itu.
Sudah 3 hari kitorang menjalankan aktiviti ketenteraan. Setiap hari aktiviti yang berlainan dilakukan. Hari pertama, kitorang sudah dikejutkan dengan pt perang pada awal pagi. Selepas itu kelas senjata menyusul. Tidak aku sangka aku berkumpulan dengan Harraz. Sungguh tenang hati aku bila dia ada bersama tetapi aku masih juga teringat kepada abang is. Dia selalu memberi kata nasihat pada aku tapi kini diam membisu dan perbuatan dia membuatkan aku hilang kepercayaan padanya. Pada sebelah malam pula, perjumpaan bersama senior. Jika bernasib baik awal lah kitorang dilepaskan jika tidak sampai mengantuklah dengar senior tu memberi nasihat . *konon nasihat*
Hari kedua, pt perang semakin mencabar. Ya Allah , aku benci dengan deraan fizikal. Deraan? Bagi aku lah. Aku masih boleh bertahan, badan aku juga tidak melawan. Kelas berkawad kaki pula menyusul. Dah la panas. Habis muka aku. Hahaha. Malam sesi bersama senior.
Hari ketiga, pt perang pada pagi itu sikit berbeza. Ada ke patut, kumpulan aku perlu membawa tong peluru dan berlari naik turun tangga. Ya Allah, sakit jari aku. Kitorang naik turun tangga selama sejam tanpa henti. Sampai ke berapa round entah, aku dah semakin lemah. Lemah, lemah, dan akhirnya berhenti seketika.
Pak!
"Adoi" keluh aku. Sakit kepala aku apabila ditampar kuat oleh jurulatih kerana meletakkan tong peluru di atas tanah. Air mata mula mengalir, perasaan malu mula terbit. Malu kot kena macam tu dan lelaki memandang aku pelik. Aku tunduk dan gagahkan diri aku untuk membawa tong peluru itu.
Akhirnya tamat juga pt perang itu. Air mata aki sudah kering. Aku lihat tangan aku sebelum hendak membersihkan diri. Melecet. Sakitnya baru terasa. Jari-jari aku mula mengembung. Aku ambil minyak gamat dan menyapunya ke arah jari.
Ting! Bunyi mesej masuk. Aku abaikan dan terus berlalu ke bilik air. Selepas ini, kelas am tentera pula.
Kelas ni agak santai dan aku sempat membaca mesej yang masuk ke telefon bimbitku.
From: harraz
8:30 a.m
Awak okey? Tangan tak cedera ? Sy awak tabah ye menghadapi cabaran ni. Layan saja ye.Aku tersenyum. Tapi aku tidak membalas mesej itu. Aku mencari kelibat harraz. Akhirnya ku temui. Harraz berpaling ke arah aku. Aku mengukirkan senyuman dan menunjukkan isyarat ok. Harraz menangguk dan tersenyum. Malam itu seperti biasa senior memberi pengajaran kononya. Aku seperti biasa bersama puan salwa. Yang aku pun tak tahu apa yang dia nak daripada aku.
Hari keempat, kali ni perasaan sudah terumbang ambing dengan pt perang yang semakin teruk. 'Mampukah aku?'getus dalam hati. Rakan aku memberi semangat pada aku. Pesan wiyah sabar kejap je nak habis. Aku hanya memegang harapan ayah aku. Aku teruskan juga melayan walaupun aku meraung di sini.
Selepas sahaja tamat, kitorang disuruh membuat latihan abseiling. Pada mulanya terketar-ketar aku ingin mendaki tangga yang tinggi itu. Sumpah, aku gayat. Namun apabila digesa oleh jurulatih aku gagahkan juga. Harraz tiba-tiba mengahampiri aku dan berbisik.
"Relaks. Jangan tengok bawah tau." harraz terus berlalu untuk memakai pakaian keselamatan. Aku menuruti langkahnya. Sabar, kau boleh! Aku memberi semangat kepada hati sendiri.
Aku memanjat satu persatu tangga itu dengan berhati-hati. Hati aku mula berasa berdebar. Sampai sahaja di atas terlihat kawan aku sedang menangis. Ya Allah tabahkan aku. Sempat aku berdoa dan akhirnya tiba giliran aku. Jurulatih itu, memberi perangsang.
"Relaks. Sila laporkan diri. Selepas itu bengkokkan kaki dan tendang sekuat hati dan pandang bawah, perlahan-lahan lepaskan tali serta kawal brek" jelas jurulatih itu lembut. Mungkin mereka tak nak kitorang terkejut sebab itu berkata lembut.
Aku mula melapor diri selepas mendapat kebenaran teruskan aku bengkokkan kaki dan tendang sekuatnya. Aku senyum kepada harraz dan terus meluncur ke bawah. Alhamdulilah, selamat aku.Hari ke lima, tiada pt perang tetapi digantikan dengan jalan laju sepanjang 8 km.Air mata sudah habis untuk keluar. Aku layankan je. Selepas itu latihan kawad bersenjata. Badan aku terasa panas. Sepanjang kem ini, tiap-tiap hari badan aku akan mengeluarkan bintik-bintik merah kerana aku alahan pada peluh. Tapi hanya semalaman dan esoknya badan aku reda seperti sedia kala. Aku hanya menahan rasa sakit.
Hari keenam, kitorang dapat rehat dan dibenarkan keluar untuk menyediakan keperluan hutan. Kerana minggu kedua kitorang akan bermalam di hutan yang penuh cabaran. Kerjasama sangat penting dlam situasi begini.
***
Pt ialah physical training. Berdasarkan pengalaman mereka yang belajar disini, latihan pt akan bertambah, daripada ringan hingga lah yang berat. Jadi mental perlu bersedia untuk menerima perubahan yang drastik.
YOU ARE READING
Askar Itu Orang Kaya ?!
Teen Fiction".. Pantang menyerah terus mara" "Walaupun aku bukan pilihan kau, tapi aku tetap juga akan ada disamping kau." "Maafkan aku." "Biarlah orang nak kata apa, andai ini yang aku cari, cinta dan cita-cita dapat disatukan." #penulis Hye readers. Act ni ka...