Pagi ni seperti biasa aku dan rakan-rakan dibariskan dihadapan pusat maritim. Semua mengendong beg pack. Setelah selesai berbaris kitorang dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Yang aku tak sangka , aku berkumpulan dengan harraz lagi dan setiap kumpulan mempunyai seorang ketua iaitu senior tahun 2. Diorang diberi pilihan untuk memilih mana-mana kumpulan yang diorang suka.
Selepas itu kitorang diminta memberikan no tentera dan nama. Tiba-tiba aku dengar suara yang aku kenali. Aku mencari sumber suara itu. Bulat mata aku melihat empunya suara itu. Tuan arif iskandar ? Ohh tidak , dia jadi ketua kumpulan aku. Apalah nasib aku. Ohh tidak!!
Aku menenangkan diri sendiri. Seperti yang dujadualkan kami berlari ke tempat pertemuan. Di situ penerangan mengenai keselamatan dan aktiviti yang perlu dilakukan dalam hutan diterang dengan jelas. Ye la, jauh beb. Kalau hilang orang , habislah. Selama 3 hari 2 malam kitorang akan berada dalam hutan. Ketua kumpulan akan menilai prestasi dan tahap kerjasama kitorang.
Setiap kumpulan dilepaskan 5 minit selepas kumpulan pertama. Sementara tunggu, kitorang diuji untuk menggunakan kompas. Tuan arif memberi taklimat untuk kumpulan aku. Aku hanya mendengar tanpa memandangnya.
"Oit" tegur seseorang. Aku memandang orang yang menegur aku.
"Eh,harraz. Ye awat?" tanya aku.
"Masuk hutan ni beb . ko oke ?" tanya harraz.
"Oke je." aku tersenyum.
Dari jauh, tuan arif memerhatikan aku. Akhirnya tiba giliran kumpulan aku. Aku sebenarnya risau akan terkena alergik kulit semasa berada dalam hutan. Aku tak nak menyusahkan kawan-kawan aku.Kitorang berjalan sebaris. 'Aku kena kuat' kata aku dalam hati. Tuan arif berada di hadapan. Kitorang mesti sampai ke check point pertama dan kedua sebelum malam menjelma. Tuan arif memberi isyarat supaya berhati-hati dengan ranting-ranting pokok yang menjalar. Aku berjalan di belakang aina. Harraz pula menjadi orang terakhir.
Berhati-hati aku melangkah , tiba-tiba aku perasan ular dibawah kaki aku. Ohh tidak! Ular tedung beb. Aku mengeraskan diri. Aina memanggil aku.
"Ifa cepat, dah ketinggalan." aku masih kaku. Adoi macam mana ni,kalau aku bergerak ular ni akan terkejut. Harraz dan 2 orang lelaki semakin hampir. Harraz hairan melihat aku bethenti. Aina dihadapan pun memberhentikan langkah lalu memanggil tuan arif supaya berhenti.
"Kenapa ni ?" aku melihat harraz cuak.
"Har..harraz..err.. Ul..ular" tergagap aku memberitahu lalu menunjukkan ular dikaki aku. Harraz terkejut. Dia terus melambaikan tangan tanda bahaya.
"Ifa jangan bergerak" harraz memberi arahan. Lalu dia dengan cepat mencari ranting kayu. Aku hanya melihat tindakannya."Ta..kut takut"aku getap bibir. Dengan perlahan harraz mengambil ranting dan melilitkan pada badan ular itu lalu mencampaknya dengan pantas ke dalam semak. Huh. Lega.
Aku mengurut dada aku. Tuan arif hanya melihat." dah. Cepat sambung perjalanan. Nak dekat tengah hari."suara tuan arif tegas. Apa masalah dia tah.
Kitorang bergerak ke check point pertama. Akhirnya sampai juga. Aku melihat dua kumpulan sudah sampai di checkpoint itu. Setelah meminta tanda tangan jurulatih disitu, sebagai bukti kitorang sampai di checkpoint itu kitorang bergerak semula.Setiap checkpoint seorang jurulatih akan menunggu setiap kumpulan untuk memberi tanda tangan. Kumpulan aku bergerak ke checkpoint kedua memandangkan hari sudah hampir senja.
Akhirnya sampai juga ke checkpoint kedua. Pada waktu itu, sudah nak masuk waktu mahgrib. Selepas semua kumpulan sampai di checkpoint kedua Kitorang mula memasang khemah. Ada yang pergi memasak. Setiap kumpulan ada tugas masing-masing. Setelah selesai solat berjemaah, kitorang duduk mengelilingi unggun api.
Semua senior yang menjadi ketua ada disitu. Badan aku terasa lemah sangat ketika itu. Aku mula melihat tangan aku, bintik-bintik merah mula kelihatan. Aku perlukan tidur seketika tetapi apabila senior menyuruh disini aku tidak dapat membantah. Seorang senior bangun.
"Korang semua dah kenyang kan ? Dah sedia untuk malam ni ? " tanya senior itu sambil tersenyum.
Kitorang hanya membalas "ye tuan". Senior itu menyuruh kawan-kawannya berkumpul untuk berbincang. Lalu datang kembali.
" Berbaris mengikut kumpulan. Selepas itu dengar arahan ketua masing-masing." senior itu memberi arahan.
Aku berbaris dalam kumpulan aku. Tuan arif menyuruh kitorang membentuk satu bulatan. Lalu memberi sekeping kertas pada setiap orang.
"Aku mahu korang tulis benda apa yang korang paling takut.dan.. Tak apa korang tulis dulu." Kata tuan arif tenang.
Ahli kumpulan aku terus menulis. Setelah itu, kertas itu diserahkan kepada tuan arif."Ok. Selepas ni korang akan seorang-seorang masuk ke dalam hutan itu." kata tuan arif selamba dan menunjukkan ke arah hutan tebal. Aku menelan liur. Terkejut aku mendengar arahan itu.
"Dan ingat kalau korang dengar bunyi korang diam je. Kalau ada orang panggil korang , guna panggilan 'tuan' kalau dibalas 'ye' baru korang bergerak keluar daripada tempat yang aku hantar sebentar lagi" tuan arif menerangkan permainan itu. Aku hanya menangguk faham. Aku lihat wajah harraz hanya bersahaja.
Apakah ini ? Aku hanya mencarut dalam hati pasal permainan mengarut ni. Badan aku mula rasa lemah. Harraz memandang aku dan menunjukkan tanda bagus kepada aku. Aku hanya senyum kepadanya. Akhirnya tiba giliran aku.
Tuan arif menemani aku. "Adik, relaks tau. Abang tahu adik takut dengan binatang kaki berbulu . tapi adik kena kuat tau. " bisik tuan arif. Aku hanya diam.
Lama juga aku berada dalam hutan itu. Nyamuk pula makin banyak. Aku hanya mampu menunggu. Tiba- tiba ada sesuatu di kepala aku. Ya Allah apakah ini. Aku meangkat tangan perlahan-lahan ke atas kepala. Aku mula merasakan benda itu.
Lembut... Apakah ini??!. Aku mula rasa takut. Aku dengan berani mengambil binatang itu dan cuba melemparkannya.
"Lepaslah!!apa ni ? Lepas" jerit aku. Binatang itu mencengkam jadi menyukarkan aku untuk membuangnya. Adoi, macam mana ni. Aku cuba lagi namun gagal. Akhirnya... Gelap...
***
Apakah itu ?? moga2 ifa oke.
thanks krana membaca.
YOU ARE READING
Askar Itu Orang Kaya ?!
Teen Fiction".. Pantang menyerah terus mara" "Walaupun aku bukan pilihan kau, tapi aku tetap juga akan ada disamping kau." "Maafkan aku." "Biarlah orang nak kata apa, andai ini yang aku cari, cinta dan cita-cita dapat disatukan." #penulis Hye readers. Act ni ka...