Sebelum aku pulang ke kampung. Aku tinggal di hotel selama 3 hari 2 malam untuk menenangkan fikiran aku. Bagi aku waktu cuti begini lah sesuai untuk aku berjalan-jalan di bandar kuala lumpur ini. Selain dapat menenagkan jiwa aku juga boleh melupakan masalah aku.
Aku berjalan di sekitar taman perdana kuala lumpur. Ya Allah cantik sangat ciptaan tuhan. Alam semula jadinya amat menarik minat aku. Letih juga aku berjalan seorang diri di taman itu. Aku cuba mencari taman rama-rama namun apakan daya aku tak menjumpainya. Aku terus sahaja berjalan dan akhirnya aku jumpa satu bangku yang berada di hadapan air terjun. Aku duduk disitu.
"Ifa?" aku tersentak apabila ada yang menegur aku. Harraz ? Dia buat apa kat sini.?
"Eh awak ? Buat apa dekat sini ?" tanya aku. Harraz tersenyum.
"Saya bersiar-siar lah disini. Ni adalah tempat saya hilangkan stress. " aku hanya menangguk.
"Harraz tahu tak taman rama-rama kat mana ? Letih dah cari." harraz memandang tepat ke arah aku. Aku mula tak keruan."Harraz?" panggil aku sambil memukul lengannya.
"Oh ye. Tahu. Jom saya temankan awak. Jom" balas harraz lalu menarik tangan aku. Sebuah kereta kecil seperti kereta dipandang golf berhenti di hadapan kitorang berdua. Harraz senyum dan terus mengajak aku menaiki kereta itu.Aku hairan daripada mana datangnya kereta ni. Harraz pula dengan senang sahaja memanggil kereta itu. Harraz ni siapa ? Getus hati aku.
Akhirnya sampailah di taman rama-rama. Harraz membayar tiket masuk ke taman rama-rama. Cantiknya. Aku terpegun melihat keindahan rama-rama yang berterbangan. Aku asyik bermain dengan rama-rama yang hinggap di tangan aku. Aku cuba mengejar rama-rama yang berwarna-warni dan leka merakamnya. Tiba-tiba ....
Bukk! Aku terjatuh di atas harraz. Mata aku dan dia saling berpaut. Terus sahaja aku mengalihkan pandangan aku dan cuba untuk bangun.
"Sorry,sorry." harraz menolak badan kecil aku dan bangunkan aku. Aku masih menunduk pipi aku mula rasa merah.
"Sorry." ucapku sekali lagi. Harraz masih memandang aku tepat.
"Ye. Tak apa. Jom duduk disana. " harraz menunjukkan ke arah sebuah bangku.Aku duduk bersebelahan dengan harraz kini. Aku masih malu dengan kejadian sebentar tadi. Aku hanya diam. Harraz juga diam.
"Emm. Lepas ni nak kemana?" tanya harraz.
"Err,nak ke pwtc. Makan kat sana. Kenapa?" balas aku teragak-agak.
" ohh. Saya temankan ye. Saya pun lapar." temankan ? Aku kaku.
"Eh, tak apa." aku masih malu dengan kajadian tadi. Ni kan pula harraz nak temankan aku.Harraz senyum dan berkata.
"Tak apa. Tak payahlah malu pasal tadi. Tak sengajakan. Jom lah ye." aku mengukirkan senyuman paksa. Akhirnya aku bersetuju.Setelah penat bermain dengan rama-rama aku mengajak harraz ke pwtc. Semasa ingin menolak pintu kaca taman itu, tiba-tiba tangan aku dan harraz bersentuhan, sama-sama menolak pintu kaca itu. Aku dengan pantas menarik tangan aku. 'Kenapa dengan aku ni?' harraz hanya buat muka selamba.
"Kejap tau. Tunggu sini. Saya ambil kereta." bulat mata aku apabila harraz kata dia datang dengan kereta. Kereta toyota berwarna hitam berhenti di hadapan aku kini. Harraz keluar dan membuka pintu untuk aku. Apakah ini ? Harraz ni siapa? Sekali lagi soalan siapa harraz terdetik di hati.
Suasana dalam kereta nyaman dan sunyi. Aku diam , harraz pun diam.
"Ifa dah sampai.jom" panggil harraz. Aku keluar daripada kereta itu.
"Jom makan kfc." kata aku. Harraz hanya menurut. Semasa di kfc, harraz mula menyoal kepada aku."Ifa awak ok?" tanya harraz.
"Ye ok." balas aku pendek.
"Awak mesti tertanya-tanya siapa saya kan ?" tanya harraz seperti memahami apa yang aku rasa selama ni. Aku menangguk dan mata aku berainar ingin mendengar kata-kata harraz.
"Betul ke awak nak tahu ?nanti awak akan terkejut." harraz menjongketlan keningnya sedikit.
"Betul nak tahu. Dah lama saya nak tahu siapa awak sebenarnya." jawab aku yakin. Harraz menarik nafas dan hembus."Saya harraz afendi bin dato alias. Masih bujang dan masih belajar. Cita-cita nak jadi pegawai tentera." harraz menhulurkan tangan seperti ingin berkenalan. Aku kaku . wait, dato ? Dia anak dato ? Aku teragak-agak menghulurkan tangan.
"Err. Saya ifa katrina binti ahmad. Masih belajar. " gugup aku memperkenalkan diri.
"Awak anak dato ? Kenapa nak jadi askar ?" tanya aku hairan. Harraz hanya tersenyum.
"Ye saya anak dato. Kenapa tak boleh ke ? Tu cita-cita saya." balas harraz yakin. Aku hanya mampu tersenyum. Anak dato beb, nak jadi askar pula tu. Dan aku tak sangka harraz ialah kawan aku. :')Harraz menceritakan mengenai tasha. Tasha ialah bekas tunangnya. Dia putuskan pertunangan itu sebab dia nak masuk askar. Dia tak kisah apa orang nak cakap pasal dia janji dia dapat jadi askar. Patotlah tasha marah sangat bila berjumpa dengan dia.
"Saya sanggup je buat apa janji cita-cita saya tercapai walaupun saya kena uruskan syarikat ayah saya lagi." kata hartaz dengan bersemangat. Aku kagum. Ya , kagum dengan semangat dia.
***
Thanks baca . jemput baca novel kedua saya. #mr keding vs mrs gemok. :)
YOU ARE READING
Askar Itu Orang Kaya ?!
Teen Fiction".. Pantang menyerah terus mara" "Walaupun aku bukan pilihan kau, tapi aku tetap juga akan ada disamping kau." "Maafkan aku." "Biarlah orang nak kata apa, andai ini yang aku cari, cinta dan cita-cita dapat disatukan." #penulis Hye readers. Act ni ka...