#22

1.1K 34 0
                                    

Setelah selesai menyimpan khemah dan sarapan,kumpulan aku bergerak ke checkpoint ketiga. Peristiwa semalam seperti tidak pernah berlaku tiada seorang pun bertanya pada aku, bagaimana aku boleh pitam. Mungkin diorang risau akan memberi impak kepada aku kalau bertanya sekarang.

Seperti biasa tuan arif berada di hadapan dan harraz berada di belakang tetapi aku hari ni perlu berada belakang tuan arif. Aku hanya mengikuti langkah mereka. Harraz tiba-tiba bertukar tempat dengan alias dan berada di belakang aku. Terkejut aku dengan tindakannya.

"Ifa, jangan risau aku ada." bisik harraz.
Aku hanya senyum kepadanya. Akhirnya sampai ke checkpoint ketiga. Wau! Terpegun sebentar aku dengan keindahan alam. Air terjun beb air terjun. Cantik gila.

"Oii. Berangan apa? Tu jurulatih dah tunggu. Kertas mana?" tegur harraz.
"Err. Terkejut aku gila. Nah"aku memberi kertas kepada harraz.
" ok. Kita berehat sebentar. Selepas ni kena pergi ke checkpoint keempat. Penuhkan botol air masing-masing." arah tuan arif.

Aku terus mencelupkan kaki aku ke dalam air. Aku perasan aku diperhatikan oleh tuan arif. Mungkin dia risaukan aku. Aku tiba-tiba rasa bersalah kepadanya.

"Seronok main air?" harraz menegur aku lalu mencurahkan air sungai kepada aku. Habis basah tudung aku. Hantu betul harraz ni. Aku membalas balik curahan air. Sedang seronok bermain tiba-tiba harraz dijerkah oleh tuan arif.

"Hoi! Harraz kau buat apa? Tengok kumpulan kau ni , bermain air pula!" marah tuan arif. Aku terkejut begitu juga harraz. Kitorang berhenti dan bersama dengan kumpulan kembali. Tuan arif menjeling tajam kepada aku. 'Cemburu ke' getus aku dalam hati.

Kitorang meneruskan perjalanan ke checkpoint keempat. Dan akhirnya sampai. Kitorang bermalam disitu. Malam itu, senior telah merancang satu lagi aktiviti. Aku harap sangat bukan macam malam sebelumnya.

"Malam ni, kita santai. Memandangkan malam ni malam terakhir. Jadi malam ni kita main... True and dare !" kata seorang senior.

What? True and dare ? Adoi , apa bendalah. Aku membuat muka masam. Kitorang disuruh duduk dalam kumpulan. Hanya kumpulan tu sahaja yang tahu rahsia permainan tu.

Aku duduk disebelah harraz dalam satu bulatan dan bertentangan dengan tuan arif. Aku memang tak pandang dia langsung. Botol air mula berpusing dan akhirnya botol itu menuju kepada .... Alias. Nasib baik.
Aku cuma berharap aku tak kena.

"Ok. Alias true or dare ?" tanya tuan arif. Alias memilih dare. Tuan arif menyuruh dia komander rest selama sejam. Ambil kau. Kesian alias. Alias memutarkan botol air itu. Dan ....

"Ifa. Ifa." tersentak aku. Ohh tidak. aku ke yang kena. Aduhai, malang.

"Ye alias." aku membalas perlahan.
"True or dare ?" semua mata memandang aku. Adoi, kalau pilih true tak tahu soalan apa yang ditanya, kalau pilih dare kena buat apa pun tak tahu.
"Err, true" adoi apa aku buat ni. Ahh lantak lah. Alias memikirkan soalan.
"Erm. Antara lelaki dalam kumpulan ni yang mana satu kau pilih ? " terlopong aku mendengar soalan alis. Ingatkan apa tadi. Aku berfikir sejenak. Abang is ? Ahh tak nak! Harraz ?

"Harraz..?" jawapan aku teragak-agak. Tuan arif diam membisu. Yang lain seperti nak lanjutkan soalan tetapi..
"Dah. Game over. Pergi masuk khemah masing-masing !" arah tuan arif tiba-tiba. Semua diam dan masuk ke khemah. Harraz mendekati aku.

"Betul ke ?" harraz tersenyum sinis.
"Perasan." balas aku bersahaja lalu meninggalkan harraz. Saat aku hendak masuk ke dalam khemah tangan aku ditarik oleh seseorang.

Aku menoleh. Abang is ?.
"Betul ke ?" tanya abang is. Matanya sayu. Aku kaku. Namun, cepat-cepat aku sedarkan diri dan menarik tangan aku.
"Betul apa ? Abang nak apa ? Tadi suruh masuk khemah. Sekarang nak apa ?" Dingin aku membalasnya.
"Abang..abang.."
"Abang, abang apa ? Dah la . jangan sentuh saya lagi. Pergi!" geram aku melihat abang is apabila peristiwa dulu melewati kotak fikiran. Aku melangkah pergi. Abang is pantas menarik bahu aku. Aku kaku.

"Abang minta maaf. Abang minta maaf. Tolong bagi abang peluang." kata abang is sayu. Aku diam.
"Lepas ! Lepas! Sebelum saya menjerit. " abang is perlahan-lahan lepaskan aku. Aku meninggalkan abang is dan berlalu. Gila punya senior. Maaf ? Senang sangat diucap.

"Maafkan aku arif iskandar.." kata aku dalam hati. Kepercayaan tak mampu diberikan dengan hanya satu perkataan maaf. .

***

Thanks sebab setia membaca. Minta maaf diatas typo ye. Kalau tertypo maafkan ye. Ok teruskan membaca. Kalau hambar atau perlu diperbaiki bagi tahu ye.

Askar Itu Orang Kaya ?!Where stories live. Discover now