Setelah tamatnya aktiviti bermalam dalam hutan, maka tamat lah kem tahunan. Dua hari ni cuma dipenuhi dengan raptai penutup kem tahunan. Tiga persembahan akan dipersembahkan pada hari tersebut.
Persembahan pertama kawad senyap daripada ex mtd, maktab tentera diraja. Persembahan kedua haka. (Betul kot ejaan) Dan yang terakhir tts, tempur tanpa senjata. Semua intake aku membuat persembahan, tiada yang terkecuali.
Majlis penutup dengan meriah dijalankan. Ibu bapa dan senior-senior menjadi penonton. Walaupun ada sahaja senior yang memandang pelik dengan persembahan kitorang , kitorang tetap melakukan yang terbaik.
Selepas membuat persembahan, aku berehat di bangku yang disediakan. Letih ok. Muka dah macam apa tah. Harraz datang melabuhkan punggungnya disebelah aku. Aku masih letih dan malas nak layan karenah harraz. Harraz menghulurkan sebotol air mineral. Aku terus minum air mineral itu dengan gelojoh.
"Oii,slow-slow la minum." harraz menegur aku. Aku hanya senyum senget padanya.
"Thanks" balas aku.
"Letih sangat kan kau? Kesian.." aku hanya mencebik mendengar kata harraz. Muka harraz kemerahan. Comel. Dia meletakkan senjata di sebelahnya. Dia telah mempersembahkan kawad senyap sebentar tadi,ye dia adalah ex mtd. Aku hampir lupa untuk melakukan tts dengan betul apabila melihatnya melakukan persembahan. Kagum!Harraz perasan aku memandangnya. Aku sengaja melihat kedai di tengah padang.
"Pandang-pandang aku kenapa ? Handsome ya ?" harraz senyum sinis. Tak guna betol dia ni. Aku buat-buat tak dengar. Tiba-tiba abang is menghampiri aku."Adik? " harraz menunjukkan wajah yang terkejut. Aku memandang lelaki tersebut.
"Nak apa?" harraz hanya melihat adegan dihadapannya. Abang is mula menarik nafas dan mula berkata-kata.
"Bagus persembahan tadi. Harraz kan nama kau?" abang is bertanya kepada harraz.
Harraz hanya menangguk.
"Nak apa ? Tak takut ke kawan-kawan tengok sembang dengan junior hingusan kat sini ?" tanya aku dingin. Abang is seperti terkejut.
"Maafkan abang. Jangan la macam ni. Abang betul-betul tak sengaja.... " aku mematikan kata-kata abang is.
"Dah la. Jaga sahaja hati kekasih sendiri. Tak perlu jaga hati orang disini." balas aku dan bangun untuk pergi daripada situ. Daripada jauh aku perasan puan salwa memandang aku sinis.Abang is menarik baju aku. Ahh, apa pula mamat ni nak. Harraz hanya diam mungkin tidak mahu masuk campur.
"Stop. Please stop." rayu arif iskandar.
Aku memandangnya.
"Sudahlah.... " tak sempat aku menyambung kata-kata puan salwa menghampiri aku.
"Hey arif. Kau buat apa ni ? Siapa dia ni ? Adik kau?" sengaja puan salwa bertanya sebegitu. Aku hanya diam dan menunduk."Kau nak apa salwa?sibuk sahaja. Dah pergi sana ." suara abang is keras. Dan pada masa inilah aku melangkah pergi. Aku hanya meninggalkan abang is disitu bersama puan salwa.
Tamat sahaja majlis penutupan itu, maka dengan rasminya aku dan rakan-rakan berjaya menamatkan tahun asasi. Cuti pula akan menyusul. Aku tidak pasti sama ada hati aku kini pada abang is atau pada harraz. Jujur aku suka kepada salah seorang daripada mereka.
***
Siapa dihati ifa katrina? Iskandar atau harraz ? Tetapi kedua-duanya seperti sudah ada pasangan.
YOU ARE READING
Askar Itu Orang Kaya ?!
Teen Fiction".. Pantang menyerah terus mara" "Walaupun aku bukan pilihan kau, tapi aku tetap juga akan ada disamping kau." "Maafkan aku." "Biarlah orang nak kata apa, andai ini yang aku cari, cinta dan cita-cita dapat disatukan." #penulis Hye readers. Act ni ka...