"Dimana aku ni ?" aku terkebil-kebil membuka mata. Aku tercari-cari kelibat rakan-rakan aku. Ya Allah aku di mana. Keliling aku gelap. Aku nampak satu cahaya yang malap. Aku cuba berlari ke arah cahaya itu tetapi semakin malap cahaya itu.
"Ifa, ifa ,ifa..." aku terdengar nama aku sayu-sayu. Siapa tu ? Getus aku.
"Ifa,bangun. Bangun." terasa badan aku digoncang-goncang. Aku cuba membuka mata.
"Ifa katrina, abang ada ni." aku dengar seperti orang membisik. Aku cuba lagi membuka mata. Akhirnya, berjaya."Tu..tuan arif ??" tanya aku samar-samar.
"Harraz ambilkan air. Ifa dah sedar" kata lelaki itu.
"Sabar ye. Aku ada dekat sini." kata lelaki itu. Mata aku kini jelas. Ye arif iskandar. Lelaki itu yang memapah aku kini. Harraz datang memberikan air. Tuan arif membaca doa dan dihembusnya ke dalam air lalu menyapukan air itu ke muka aku.Aku hanya melihat tindakannya. Setelah sedar sepenuhnya aku gagahkan diri untuk bangun.
"Hey, kau tak sihat lagi lah !" keras suara tuan arif. Aku endahkan sahaja arahannya. Aku mencari aina. Aina datang menghampiri aku. Yang lain semua melihat keadaan aku. Tuan arif masih lagi cuba untuk menghalang aku.
"Lepaskan saya. Jangan ganggu saya tuan arif iskandar!" keras aku berkata kepada tuan arif. Tuan arif kaku. Semua senior kini memandang aku yang dingin terhadap tuan arif.
Tuan arif mengeluh dan menyuruh semua masuk ke dalam khemah.
Semua mengikut arahannya. Dia pula berjaga di unggun api bersama harraz.Aku masuk ke khemah bersama aina. Aku merehatkan diri aku. Bintik-bintik merah mula hilang. Aku termenung seketika dan cuba mengingati macam mana aku boleh pitam. Akhirnya aku melelapkan mata.
***
YOU ARE READING
Askar Itu Orang Kaya ?!
Teen Fiction".. Pantang menyerah terus mara" "Walaupun aku bukan pilihan kau, tapi aku tetap juga akan ada disamping kau." "Maafkan aku." "Biarlah orang nak kata apa, andai ini yang aku cari, cinta dan cita-cita dapat disatukan." #penulis Hye readers. Act ni ka...