#23

1K 33 0
                                    

Hari ni hari terakhir berada dalam hutan. Setelah selesai menyimpan semuanya , kitorang bergerak ke checkpoint terakhir. Panas cuaca hari ni. Seperti biasa tuan arif berada dihadapan dan harraz di belakang aku.

Bekalan makanan pun sudah semakin sikit ,nasib baik bekalan air cukup lagi. Kitorang terus meredahi hutan yang tebal itu. Dan akhirnya sampai ke chekpoint kelima.

Kumpulan kitorang adalah kumpulan ketiga sampai ke checkpoint itu. Letih gila. Sementara tunggu kumpulan lain, kitorang berehat sebentar di bawah pokok. Aku mengambil tempat untuk melelapkan mata seketika.

Dengan hanya mengalaskan bagpack aku baring diatas rumput. Mata aku memandang langit yang biru. Peristiwa aku dengan abang is masih segar di ingatan. Abang is bersungguh-sungguh ingin aku memaafkannya. Tetapi aku berkeras tidak mahu terima maafnya itu. Mengenai puan aira abang is belum lagi jelaskan kepada aku. Dan aku juga belum memberitahu dia tentang puan salwa yang tergila-gilakan dia. Puan salwa juga dah banyak menyusahkan aku.

Ifa,ifa. Apalah nasib kau kan. Asyik diperhati sahaja. Wajah harraz tiba-tiba menghiasi kotak fikiran aku. Malu aku bila teringat akan permainan malam semalam. Aku memilih harraz sebagai lelaki pilihan. Ini semua alias punya soalan yang tak masuk akal tu. Pada masa itu juga , abang is tiba-tiba naik angin. Aku pun tak tahu kenapa.

Sedang aku melayan perasaan. Tiba-tiba harraz berbaring disebelah aku. Aku terkejut. "Er..ha..harraz kenapa baring kat sebelah aku ni ? Tanya aku gagap.
Harraz sudah melelapkan mata. Eee, mamat gila ni. Nak apa tah. Aku menolak badannya berkali-kali. Tidur mati agaknya.
Lantak dialah. Aku terus melelapkan mata.

" woi bangun !" panggil seseorang.
Aku terkebil-kebil. Aku angkat kepala aku untuk melihat siapa yang panggil. " oii bangun. Kita kena panggil dah."kata lelaki itu. Harraz ? Buntang aku merasakan kepala aku berada di ribanya. Merah pipi aku.
"Eh, ye ke ? Macam mana aku, aku boleh tidur dekat kau?" aku bertanya.
"Tak yah banyak tanya. Dah jom. Nanti kena marah." aku bangun mengikuti langkah harraz. Malunya aku tertidur atas riba dia. Apa lah aku ni.

***

Askar Itu Orang Kaya ?!Where stories live. Discover now