Bab 8 | Terasa hati

21.7K 506 18
                                    

Sebaik kaki aku mula melangkah masuk ke dalam lif, terasa ada genggaman tangan yang memegang kejap lengan aku. Terus aku menoleh.

Naufal!

"Hey Kay kau nak pergi mana ni? Aku lewat sikit tak kan kau tak boleh tunggu kot. Told you already to wait for me didn't I?" Naufal terus bersuara dengan tangannya tidak dilepaskan dari lengan aku.

"Err Fal bila masa you tukar baju ni? You.." aku terus terkebil-kebil memandang Naufal. Aduhh berdrama depan lif la pulak.

"Ehemm boss nak masuk lif ke tak ni? Nanti tak pasal rosak pula lif ni kena hold lama-lama." Salah seorang jejaka dalam lif tadi bersuara. Aku agak lelaki tu pekerja Naufal sebab dia panggil boss tadi kan?

"Oh sorry. No I ada urusan nak settlekan dulu, you guys go ahead." Naufal bersuara seraya terus menarik aku keluar lif dan menghampiri kaunter di mana tempat aku bersapa dengan dia tadi.

Bila terpandang senyuman nakal lelaki yang masih bersandar di kaunter itu, serta-merta mentol lampu bagaikan menyala di kepalaku. Aku mula memahami apa yang berlaku sebenarnya. Maknanya lelaki tadi bukan Naufal tapi Haikal!

Ya Allah malunyaaaa. Apa aku dah buat ni. Patutlah dari tadi dia asyik memerhati aku. Agaknya mesti dia fikir 'aku ini awek Naufal, masakan aku masih tidak dapat membezakan antara Naufal dengan Haikal!'

Itu la excited sangat mahu berjumpa dengan Naufal hinggakan Naufal dengan Haikal pun aku tak boleh bezakan.

Sejurus menghampiri Haikal, dia terus melepaskan tawanya yang dari tadi cuba ditahan. Kuat tawanya sehingga menarik perhatian pekerja yang lalu-lalang.

"Weh kau dah kenapa gelak tiba-tiba macam hantu ni? Kena sampuk ke apa?" Naufal terus bertanya. Pelik melihat abangnya ketawa tak berhenti sambil memandang Kayla.

"Hahaha aduhh senak perut aku gelak dari tadi. Huh cute la awek kau ni Fal, rasa macam aku nak lipat-lipat simpan dalam kocek seluar aku je. Duhh look at those blushing cheek. Malu eh cik adik manis..." Haikal menumbuk mesra bahu Naufal dengan ketawanya yang masih tidak nampak tanda mahu berhenti.

"Mana ada lah. You tak payah nak merepek bukan-bukan! Tak ada sebab I nak malu pun." aku cuba bersuara angkuh walhal hati aku dah berdetak lain macam. Malu!

"Apa korang berdua ni? Am I missing something interesting? Kay? You tak-" Naufal kelihatan bingung dengan situasi sekarang ini.

"Fal you punya kerja dah siapkan? Jom la lunch nanti tak sempat nak lunch, your lunch break dah abis pulak. Jom laaa" aku segera memotong pertanyaan Naufal seraya menarik lengannya agar segera berlalu dari sini.

"Okay okay we go now. Kerja I pun dah siap actually. Carl kau pun belum lunch kan? Nak join kita orang tak?"

Aku ketap bibir kuat bila mendengar soalan Naufal itu. Dia tak nampak ke aku tak selesa dengan kehadiran jejaka itu?

"Sure ke ni? Aku tak kisah tapi takut Kayla ni tak selesa la. Three is a crowd kan. And fyi cik Kayla, Naufal ni big boss jugak kat sini tau. Tak ada siapa nak marah kalau big boss masuk lambat." Jawab Haikal sambil mengenyitkan matanya ke arah ku.

Aku cuma kemam bibir sebelum menjawab. Separuh rela. "No la. I tak kisah pun. The more the merrier kan Fal. " Aku berpandangan dengan Naufal. Memberi isyarat mata yang berlawanan dengan ayat yang aku tuturkan tadi. Tak mahu Haikal join lunch date aku dengan Naufal!

"Okayy if you say so sweety, tapi aku gerak kereta sendiri je la. Korang pergi dulu, nanti ws aku location. Jangan buat-buat lupa pulak tau." Haikal terus berlalu dari situ meninggalkan aku yang memandang geram ke arah Naufal.

Love or Lust ✔Where stories live. Discover now