Bab 26 | Pujuk

15.6K 498 54
                                    

"Naufal!"

Dari jauh kelihatan Naufal yang tergesa-gesa berjalan keluar dari lobi Panglima Holding.

"Eh Kay. Kau buat apa sini? Ada date dengan Carl ke?" Naufal menghampiri aku dengan tangan sibuk menekan papan skrin iPhonenya.

"Kind of. Tadi aku pergi your house ingat Carl ada sana tapi aunty Rosni kata you both ada kat PH. Weekend pun kerja ke?"

Tadi pagi aku ada singgah di rumah Haikal. Ingatkan boleh la ajak Haikal berbincang terus memandangkan agak sukar untuk Haikal mengelak daripada aku sekiranya parents dia ada sama. Tetapi kata aunty Rosni, Haikal ada di Panglima Holding. Aku pun segera lah datang ke sini. Tidak mahu hal ini makin bertangguh lama.

"Selalunya tak tapi minggu ni ada projek tertangguh pula. Tu pasal weekend pun kena masuk. Eh Kay kau nak jumpa Haikal kan? Kau pergi la naik. Dia ada dalam bilik dia. I got to go Kay. If anything just give me a call okay."

Aku hanya mengangguk dan memandang Naufal yang segera berlalu dari lobi.

Aku pula tanpa berlengah terus masuk lif dan tekan butang tingkat 12. Dalam hati asyik berdoa je moga semua dipermudahkan dan harap-harap Haikal menerima kedatangan aku dengan baik.

Sampai sahaja ke tingkat 12, aku berjalan sepanjang koridor untuk sampai ke bilik Haikal. Bilik Haikal paling hujung. Maklumlah bilik bos kan?

"Excuse me. I need to see Haikal. Is he around?" Aku bertanya kepada seorang staff lelaki yang bertugas di tingkat 12.

"Eh Kayla kan?" Lelaki yang bertshirt polo hitam kembali menanya kepada aku.

"Ahh yes I am. Pernah jumpa ke sebelum ni?" Berkerut dahi aku cuba mengingati wajah lelaki itu tapi hampa. Langsung tidak terakam dalam kotak memori aku.

"Haa agak dah. Kita pernah jumpa masa family day je. Malam karaoke tu you really awesome sampai terngiang-ngiang suara you."

Teruja lelaki itu bersuara menceritakan malam dinner family day lepas.

"Oh haa. Biasa-biasa je tu." Malu aku bila teringatkan nyanyian aku malam tu.

"Oh yaa nak jumpa sir Haikal kan? Sir ada kat dalam. Is he expecting you?"

"Yes." Ringkas aku jawab walhal Haikal sama sekali tidak tahu kedatangan aku.

Dia tersenyum lebar bagaikan berpuas hati dengan jawapan aku."Okay let me-"

"No err I nak surprise kan Carl actually. So if you don't mind..."

"Oh okayy you masuklah bilik sir hujung sana. He is expecting you after all right."

"Okayy. Thank you. "

Setibanya di hadapan pintu bilik Haikal. Aku menarik nafas perlahan cuba menenangkan debaran di dada. 'Dah kenapa berdebar sangat ni. Bukan tadi dah confident sangat ke nak jumpa Carl? Haihhh'

Pintu aku ketuk perlahan. Tidak sampai seminit aku sudah mendengar balasan dari sana yang menyuruh aku masuk.

Tombol pintu aku pulas dan kaki mula melangkah masuk.

Haikal kelihatan sungguh sibuk dengan dokumen dan fail-fail berselerak atas meja. Malah kepalanya pun asyik menunduk dari tadi. Tekun sangat buat kerja tu.

"Yes anything-" Haikal mengangkat muka memandang gerangan orang yang berdiri berhadapan mejanya.

Termati terus soalan Haikal bila terlihat kan Kayla berada di hadapan matanya. Hanya diam dan memandang tajam lama ke arah Kayla sebelum kembali tunduk dan menyambung kerjanya.

Aku yang berdiri sini sudah mula rasa ketar semacam. Pandangan Haikal tadi sungguh dingin dan tajam menakutkan aku. Awkward. Tangan aku mula meramas sesama sendiri cuba mengembalikan kekuatan diri.

"Erm Carl. You busy ke? Jom teman I lunch hari ni."

Haikal diam sebentar sebelum menjawab "I busy."

Nafas aku tarik dalam cuba mengumpul kesabaran dalam menghadapi Haikal yang sungguh dingin di hadapan aku. 'Aihh aku tanya dengan lenggok manja lagi boleh pula dia jawab sepatah je? Ada jugak yang makan penampor sat lagi ni.'

Aku berjalan menghampiri meja Haikal dan duduk di kerusi berhadapan meja kerjanya.

"Ala Carl please. It won't take long. Just a simple lunch will do Carl. Lagipun I ws you pun you tak reply."

"You buat apa kat sini? I tak nak tengok you kat depan I lagi. Pergi!"

Haikal menghalau aku keluar?

"I don't want to see your face again in front of me. Go!"

Muktamad. Wajahnya menggambarkan keseriusan kata-katanya.

"You ni kenapa Carl?! I tak akan pergi selagi you tak dengar penjelasan I dulu." Tegasku pula.

Haikal mendengus marah. Marah dengan kedegilanku mungkin.

"Nak jelaskan apa lagi Kay? Mata you dah cukup menggambarkan semuanya. I fucking don't need your explanation. I dah lama tunggu you Kay. I cuba bagi you masa untuk cintakan I but-"

Belum sempat Haikal menghabiskan ayatnya, aku memotong dengan nada sama tinggi dengan Haikal.

"Indeed! From the very start I dah cakap I might not love you back tapi you yang berkeras kata you sanggup tunggu dan akan berikan I masa untuk lupakan Naufal. Malah you juga kata akan tetap cintakan I walaupun I tak mungkin dapat balas perasaan you. You know this from the very start Carl so why bringing it up now? I tak pernah paksa you untuk kahwin dengan I pun. Kenapa bila dah tunang and dah nak dekat pun tarikh pernikahan kita you baru nak ungkitkan?!" Sedaya-upaya aku cuba kelihatan kuat di hadapannya. Lantang suara aku membalas kembali kata-kata Haikal.

Haikal mendengus. Matanya tajam memandang tepat ke arahku.

"Jadi you nak salahkan I la ni? Nak kata I yang tergila-gila nakkan you padahal you tu syok dengan adik I macam tu? Memang I yang kata nak beri you masa dulu. Tapi sampai bila I perlu tunggu? At this rate, I rasa kita bernikah pun you will never love me back."

"Tak ada lah sampai macam tu Carl-"

"Habis tu macam mana Kay? You nak terus berpura-pura depan I? Kononnya you cintakan I padahal sekelumit perasaan you langsung tak ada untuk I. Sudah lah Kay. I don't need your explanation. Semuanya dah terlambat."

Aku tarik nafas panjang-panjang.

"Betul semuanya dah terlambat? You tak nak dengarkan penjelasan I dulu? You tak nak teruskan pernikahan kita walaupun I kata I dah mula cintakan you rindukan you?"

Senyap.

Air mataku merembes tak tentu pasal. Sedih dengan hubungan kami yang akhirnya menemui penamat.

"Baiklah kalau itu jawapan you I tak boleh buat apa dah. I terima keputusan you. Maafkan kesalahan I pada you selama I bergelar tunangan you. I'm sorry."

Dengan kata-kata itu, aku melucutkan dan meletakkan kedua cincin di jariku di atas mejanya. Cincin pertunangan dan cincin hadiah darinya.

Aku terus berlalu dengan air mata berlinangan di pipi. Hanya tuhan Maha Mengetahui betapa retaknya hati aku saat ini. Aku sudah tidak peduli dengan amarah yang bakal aku terima dari keluargaku atau amarah abang Khai yang menyuruh aku memujuk Haikal hari ini. Aku akan bertanggungjawab semuanya.

Masalah aku dengan Haikal sudah aku ceritakan pada abang Khai. Malah kehadiran aku di sini pun atas arahan abang Khai yang menyuruh aku memujuknya.

'Maafkan Kay abang. Nampaknya Kay tak berjaya memujuk Carl seperti yang abang inginkan. Maafkan Kay.'

Kiranya Haikal membenci aku. Lebih baik aku segera beredar dari terus dicemuh, diherdik macam aku tiada harga diri sama sekali.

Love or Lust ✔Where stories live. Discover now