Bab 33 | Rungsing (Carl)

16.8K 228 8
                                    

Haikal's POV

"Arghh kusutttt!!!"

Bergema jeritan amarah Haikal memenuhi ruangan kamar pejabatnya. Sekelip mata biliknya berselerak dengan fail dan dokumen yang bertaburan atas lantai. Dah serupa tongkang pecah biliknya.

Amarah yang menguasai diri cuba dikawal dengan sebaiknya. Haikal menghempas kasar punggungnya di salah satu sofa yang terdapat di biliknya.

Jarinya merenggut kasar neck tie di leher. Dua butang teratas kemeja dibuka rakus. Mendedahkan sebahagian dada kekarnya yang tidak dilindungi singletnya. Kotnya pula sudah lama dibaling merata. Sungguh melemaskan.

Wajahnya diraup berkali-kali cuba memikirkan rasionalnya dia menghamburkan amarah sebegitu rupa.

"Kenapa Aulia perlu kembali semula? Apa tujuannya? Bukankah aku cuma salah seorang kawannya? Kay.... arghhh"

"Tak.. tak mungkin. Aku pasti. Benih dalam perut perempuan tu bukan aku punya. Memang aku pernah fuck dia berkali-kali tapi aku tak pernah beri benih aku kat perempuan tu. Iye aku yakin itu."

Kepala Haikal terangguk-angguk mengiyakan apa yang bermain di fikirannya.

Haikal kembali menundukkan kepala. Kedua tangannya menekup muka. Kesal dengan zaman mudanya yang terlampau memikirkan keseronokan tanpa memikir akibat yang boleh menjatuhkan dirinya sendiri.

Tidak sangka kedatangan kembali Aulia membawa berita bala. Punya lah dia excited mahu berjumpa kembali Aulia sahabatnya ketika belajar sama dulu.

Aulia menghubunginya pagi tadi mengajak dia teman lunch sekali. Atas dasar persahabatan, Haikal tanpa berfikir panjang terus bersetuju walaupun dirinya sendiri sibuk dengan kerja yang bertimbun. Malah penat baru balik dari PH family day semalam pun ditolaknya tepi.

Teringat kembali butir bicara Aulia yang membuatkan dia terus hilang selera.

"Carl I ajak you ni sebab I ada something nak bagi tahu you." Setelah lama teragak-agak, akhirnya Aulia mula bersuara. Cuma menguatkan diri untuk memberitahu Haikal.

"Ye? Bagitau apa? You nak kahwin ke?" Aku masih selamba menghirup sup ayam yang terhidang. Menghiraukan wajah gelisah Aulia.

"I pregnant."

"You what?!" Terus tersedak aku dengan sebaris ayat yang dituturkan Aulia. 'Aku dengar dia kata macam pregnant tadi. Ke aku salah dengar ni?'

"You heard me correctly Carl. I pregnant. Anak you." Sedikit membentak Aulia berkata walaupun perlahan namun tetap menarik tumpuan beberapa orang yang makan berhampiran meja kami.

"What rubbish are you talking about Lia? You jangan nak merepek boleh tak? I tak suka!" Mangkuk berisi sup ayam ditolak ke tengah meja. Hanya air teh 'o ais diteguk rakus bagi menghilang perit ditekak gara-gara tersedak dengan berita Aulia.

Memang dasarnya aku tak percaya dengan kata-kata Aulia namun sedikit sebanyak berita tersebut turut membuatkan aku tak senang duduk. 'Macam mana kalau tu betul anak aku? Aku memang pernah sentuh Aulia tapi...'

"I tak merepek la Carl! You lupa ke dulu you sedap je pakai I kan. Sekarang bila dah tunang nak jadi lelaki baik la konon I ni you dah tak nak sentuh lagi. Habis benih you dalam perut I ni macam mana? Siapa yang nak bertanggungjawab?!" Aulia masih cuba menegakkan bicaranya.

"Wait wait wait you yakin ke tu anak I? Entah-entah tu anak jantan lain you bawak lepas tu you nak tuduh I pula."

Love or Lust ✔Where stories live. Discover now