Bab 24 | Bekal Pagi

18.4K 561 84
                                    

Semuanya bagaikan makin rumit. Sudahlah Haikal berterusan menyepi diri. Puas aku call, WhatsApp dan mesej namun satu pun tidak berjawab. Mungkin aku perlu bertemu empat mata dengan Haikal.

Memang masih belum terlewat untuk aku menarik diri daripada pernikahan yang bakal diangkat lima bulan lagi, lagipun aku yakin hati aku belum sepenuhnya beralih pada Haikal. Hati aku masih setia menunggu Naufal walaupun mustahil untuk aku menjadikan dia milik mutlak aku.

Namun memikirkan harapan keluarga aku yang teruja dengan perkahwinan ini membuatkan aku tak sampai hati mahu menarik diri. Melukakan keluargaku dengan mainan perasaan antara aku-Naufal-Haikal.

Lagi pula apa kata keluarga Haikal nanti sekiranya aku putuskan pertunangan ini? Sudah lah aku mula memperkenalkan diri sebelum ini sebagai teman istimewa Naufal dan sekarang bergelar tunangan Haikal. Aku tak rasa putus tunang merupakan perkara yang baik buat masa sekarang. Kalau benar putus pun biar lah datangnya daripada pihak lelaki atau berpunca daripada pihak lelaki. Only then aku tak akan dipandang sebagai perempuan jahat, player atau perempuan yang suka mainkan perasaan lelaki.

Hal Haikal satu. Dan sekarang tambah lagi satu hal abang Khai.

Sudah dua hari berlalu dari kes terserempak dengan kak Intan namun abang Khai tetap mengelak daripada aku. Bila aku datang mendekat, abang Khai pasti akan berpura-pura tidur tak pun menyibukkan diri dengan urusan pejabat. Langsung tak beri peluang untuk aku menanya kisah sebenar yang berlaku antara mereka berdua.

Malah hari weekend sebelum ini boleh lah dia menjauhkan diri daripada aku, tapi kebelakangan ini banyak masa diluangkan di luar sampai mama aku sudah mula bertanya. Ada je aktiviti luarnya. Lepak dengan kawan, badminton, siapkan kerja dan macam-macam lah sampai satu tahap aku fed up mahu bertanya lagi.

Memang aku geram dan marah dengan perilaku abang Khai tapi nasib baik aku masih boleh bersabar namun apa yang abang Khai lakukan pagi tadi sungguh membuatkan aku sedih.

"Ha Rul mai breakfast sekali ni. Mama masakkan nasi lemak favourite abang ni." Mama mencedok nasi ke dalam pinggan untuk dihulurkan kepada abang Khai yang baru menuruni tangga dengan berpakaian lengkap ke pejabat.

Abang Khai memandang aku sekilas dengan muka bekunya sebelum bersuara. "Tak apa la ma. Rul nak cepat ni. Lagipun tiba-tiba Rul rasa tak berselera pula nak makan bila terpandangkan orang tu."

Sekali lagi wajah aku dikerlingnya. Memaksudkan orang itu ialah aku. Aku hanya mampu menunduk bawah dan kemam bibir tanpa bersuara. Selera makan aku yang tadinya membuak bila terbau kan harum nasi lemak mama terus termati dengan sendirinya. Sudu garfu aku letakkan kembali atas pinggan. 'Teruk sangat ke aku ni sampai tak berselera abang Khai mahu duduk semeja makan dengan aku?'

"Orang tu? Orang mana pula ni pagi-pagi dah buat anak mama tak berselera ni Rul?" Berkerut dahi mama mendengarkan kata-kata anaknya.

Mama memang tidak tahu menahu pergaduhan kami adik-beradik.

"Tak ada apa la mama. Rul pergi dulu. Nanti lewat pula dengan jammed lagi." Segera tangan mama dipaut dan dikucupnya sebelum kucupan beralih ke pipi kanan mama. Kelam kabut tingkahnya yang berlalu ke pintu utama rumah. 'Lagi lama aku situ, mahu runtuh ego aku melihatkan muka muram Risya. Kejam sangat ke kata-kata aku tadi?'

"Eh budak ni! Berkejar apa agaknya sampai tak menyempat nak makan dulu. Rul! Risya ni nak pergi kerja macam mana nanti?" Soalan mama dijawab dengan bunyi kereta yang menderam berlalu dari perkarangan rumah.

"Hmm Risya nak mama hantar ke nanti?"

"Tak apalah mama Risya drive sendiri. Nanti mama lewat ke tempat kerja pula." Perlahan aku menyuap nasi ke mulut. Cuba menghabiskan baki nasi atas pinggan meskipun perut aku bagaikan tidak boleh menerima lagi. Mahu dibuang khuatir mama akan berkecil hati pula.

Love or Lust ✔Where stories live. Discover now