Bab 10 | Unknown Number

18.8K 456 6
                                    

Konsentrasi aku terhadap data akaun syarikat terus tergangu apabila iPhone aku berbunyi tiga kali berturut-turut menandakan ada mesej masuk.

Memikirkan kemungkinan mesej penting yang masuk, segera aku capai iPhone dan aku menyemak inbox. Ketiga-tiga mesej masuk merupakan dari orang yang sama. Unknown number.

From : 018-2362xxx
I miss your presence. Your smile.
And not to forget your shiny bright eyes.
I miss them..

Berkerut dahi aku membaca mesej yang berbaur nada rindu itu. Satu lagi mesej aku buka dan baca.

From : 018-2362xxx
How I wish I could hold you in my arm for forever. Be mine dear

Mesej ketiga aku baca. Voice note? Segera aku dekatkan speaker telefon pada cuping telinga.

From : 018-2362xxx
'Jadikan siang ku lebih indah, jadikan malam ku lebih terang, biarkan bunga ku mewangi. Selamanya. I need you to brighten up my day, to live up my life for every seconds.'

Uishh mesej dari siapa ni? Suara nyanyian merdu dari sana gagal memberi klu buat aku. Aku langsung tidak dapat mengagak siapakah gerangan pemilik suara merdu ini?

Seram pulak memikirkan kemungkinan ada orang yang sentiasa memerhati gerak-geri aku. Tidak mahu berada dalam keadaan tertanya-tanya, terus aku menghubungi nombor tersebut.

Aku merengus geram apabila sudah 3 kali panggilan aku tak berjawab. Deringan ada, menandakan panggilan aku masuk tetapi mungkin orang sana sengaja membiarkan panggilan aku tak berjawab atau orang tu tak ada bersama telefonnya tika ini.

Sudah dua minggu sejak aku memulakan tugas di sini. Aku pun mula seronok bekerja dalam kalangan rakan-rakan yang ramah dan tidak kedekut ilmu. Masing-masing tidak sombong dengan aku.

Tiba-tiba aku teringatkan orang yang dirindui, serta-merta kepala aku menunduk. 'Naufal memang dah lupakan aku ke, sampai hati dia diam terus macam tu..'

Sejak hari kami bertiga keluar lunch dulu, belum pernah lagi Naufal mengajak aku keluar. Aku pun tidak berani mahu mengajak Naufal keluar memandangkan aku sedia maklum dengan perangai baru Naufal yang tidak suka kerjanya diganggu.

Aku kecik hati dengan Naufal. Seusai makan tengah hari tu aku terus pulang dengan dihantar oleh Haikal. Ada kerja di luar kata Naufal. Tapi tak boleh ke kalau dia call aku memohon maaf atau sekurang-kurangnya tanya khabar aku sama ada aku selamat pulang ke rumah atau tidak? Kalau ikutkan rindu, memang malam itu juga aku call meluahkan ketidakpuas hati aku tapi...

Lamunan aku terganggu apabila mendengar ketukan bertalu-talu di pintu sebelum pintu terbuka dari luar.

"Risy, termenung ke? Abang ketuk pintu dari tadi tak dengar. Makan gaji buta la tu. Report kat abah kang baru tau."

"Ish bising je la abang ni. Mana ada Risya termenung pun. Abang nak apa datang bilik orang ni?" Aku menyoal garang. Sengaja cuba mengelak daripada dimarah.

"Uuu garangnya adik aku ni. Ni abang nak ajak keluar lunch, dah waktu lunch ni. Hari ni Zafran nak belanja. Makan besar la kita tengah hari ni." Abangku terus bersuara sambil menepuk bahu Zafran yang berdiri di sebelahnya.

"Oh really Zaf? Ada apa-apa ke nak belanja ni? Tak berani la Kay nak join you all lunch, nanti tak pasal-pasal kena serang dengan awek you pulak." Aku cuba berseloroh. Tidak ingin keterlaluan menunjukkan isi hati aku yang sedang bersedih dek Naufal.

"Mengarut je you Kay. I mana ada awek pun. Jom laa. Bukan senang I nak belanja orang tau." Pelawa Zafran bersungguh.

Selama aku bekerja di sini, memang tak pernah lagi aku nampak mana-mana perempuan mendatangi Zafran. Tapi iyalah, di luar sana siapa tau kan? Mustahil lelaki cukup pakej seperti Zafran masih belum berpunya?

Love or Lust ✔Where stories live. Discover now