Bab 37 | Keputusan

17.6K 509 51
                                    

Keresahan di wajah Haikal dapat aku lihat ketika kami bertemu petang itu. Resah apabila aku berterusan senyap tanpa mahu bersuara setelah setengah jam kami berjumpa.

Sengaja aku memilih untuk berdiam diri memeluk tubuh dan memandang ke arah tasik di hadapanku. Jawapan yang sudah jelas diulang banyak kali mengapa perlu ditanya lagi? Serasanya Haikal tak akan pernah berhenti bertanya selagi dia tidak mendengar jawapan yang dikehendakinya daripada mulut aku.

Ini juga tanda aku menunjukkan protes. Benci aku bila dia guna alasan kedua ibu bapaku untuk menemui aku. Setelah tiga hari aku senyap daripada mengangkat panggilannya dan menjawab message, nampaknya kesabaran Haikal sudah sampai ke tahap maksima apabila tengah hari tadi dia datang ke rumah dan meminta izin kedua ibu bapaku untuk membawa aku keluar. Pada pandangan orang tua memang tingkah Haikal kelihatan seperti lelaki yang sopan sekali, sanggup menemui kedua ibu bapa si gadis demi meminta izin untuk berjumpa. Walhal hakikat perkara sebenar hanya aku seorang yang tahu, aku belum bersedia mahu mengkhabarkan kecurangan Haikal pada ibu bapaku. Biarkan masa yang menentukan semuanya.

"Darl please. Jangan senyap macam ni je, kalau you berterusan senyap masalah kita tak akan pernah selesai." Haikal bersuara lembut memujuk. Walaupun dari tadi hanya dia yang bersuara sendirian.

"You nak apa lagi Carl? I dah bagi tahu kan keputusan I? I want to end this stupid engagement. And it's final! Dah selesai masalah kan? You yang buatkan semuanya makin complicated." Dengusan kasar aku lepaskan. Memaksa juga diri agar bersuara, kalau tidak sampai kesudah Haikal tak akan berhenti menganggu aku.

"I'm sorry darl. I tahu I salah. I terlampau ikutkan nafsu. Tak boleh ke you bagi I peluang kedua? You kena percayakan I darl. I dengan Aulia tak ada apa-apa hubungan pun dan I yakin kandungan dalam perut dia bukan anak I." Bersungguh Haikal cuba menyakinkan aku.

Aku tidak tertarik dengan ucapan maafnya. Sudah berkali dimainkan di telinga aku sehingga naik menyampah aku mendengarnya. Namun sepotong nama berjaya menarik perhatian aku terhadap kata-kata Haikal.

"Aulia...." Berkerut dahi aku cuba mengingatkan diri di mana aku pernah mendengar nama tersebut.

"Aulia you mean perempuan yang you beromen dalam pejabat tu merupakan perempuan sama yang you attended with that night?" Spontan pandangan aku terarah kepada Haikal. Cuba mendapat kepastian daripada keraguan ingatan samar-samar aku terhadap malam pertama aku menemui Haikal.

"Yes. That's her." Haikal menjawab tanpa teragak-agak. Langsung tidak menyedari hati aku yang berkocak makin kuat.

"What... woahh so it was all lies from the very start huh? Brilliant! Pandai you both mainkan I kan?" Penuh kesal aku bersuara sambil menggoyakkan senyuman sinis di bibir.

Langsung aku tak terfikir perempuan malam itu merupakan perempuan yang sama aku jumpa di pejabat Haikal tiga hari lepas. Malah tidak terlintas sama sekali di fikiran yang aku bakal berjumpa semula dengan perempuan yang menyebabkan aku terjerumus dalam kepura-puraan sebagai teman istimewa Naufal, malah gara-gara perempuan itu juga, aku mula menemui Haikal.

Ketawa sinis terluah di bibir tanpa aku sedari. Ketawa yang bagaikan mengejek diri sendiri kerana begitu mudah mempercayai dan meneruskan orang yang aku baru kenal.

Berubah riak muka Haikal mendengarkan bicara sinis aku. "No Kay. I tak pernah permainkan you. Which part yang you kata I tipu you?"

Tajam mata aku memandang ke arah Haikal. Benci dengan kepura-puraanya. Bagaikan sengaja mahu menambah rasa sakit hati aku.

"I mengaku memang I pernah ada something dengan Aulia tapi itu semua cerita lama. Cerita sebelum I jumpa you dan cerita masa I study dulu. Memang I tak pernah ada sebarang hubungan dengan dia sejak I balik Malaysia. I love you. I still love you and will always love you. Itu pun I tak pernah tipu. Sejak kali pertama bertentang mata dengan you lagi I dah terpikat darl. Please you percayakan I kan?" Tangannya cuba meraih tangan aku, namun sepantas kilat aku menarik kembali dan aku kembali ke posisi berpeluk tubuh.

Love or Lust ✔Where stories live. Discover now