Bab 38 | Tomorrow

16.5K 425 57
                                    

The tomorrow we've been waiting for becomes the name of yesterday at some point
Tomorrow become today, today becomes yesterday
Life isn't about living alone but living through
As you live through, you'll dissappear someday
If you keep spacing out you'll be swept away, if you ain't no got the guts, trust.

"Aduhh!! Sakitlah maa..." Punggung aku yang ditepuk kuat membuatkan aku automatik bangun duduk bersila. Aku yang tadinya sedap baring meniarap segera mencabut earphone yang terpasang di telinga. Punggung yang sedikit pijar aku gosok perlahan.

'Adoi maa ni tang sini juga nak dipukulnya. Kang senget sebelah tak ada yang nak aku nanti, haa menangis la mama aku nanti satu-satunya anak dara dia dah tak laku huhu.'

"Tau pun sakit. Bertuah punya budak. Tadi mama dah suruh bersiap kan lepas tu turun bawah? Ni dah kenapa dok sedap berbaring langsung tak bersiap lagi ni ha? Elok sangat la buat orang tunggu kau? Orang tu datang nak jumpa Risya, boleh pulak dibuat tak tahu je. Cepat bersiap lepas tu turun bawah. 5 minit lagi Risya tak turun mama panggil abang nanti." Bagai petir mama bersuara garang.

"Jangannn. Okay-okay Risya bersiap lawa-lawa sekarang jugak eh." Sepantas kilat aku geledah almari dan mengeluarkan sehelai t-shirt dan jeans. 'Hmm boleh laa, bukan nak jumpa bakal suami pun heh.'

Paling tak suka bila mama gunakan nama abang. Tau sangat kelemahan anak dara dia sorang ni. Kalau lah abang tau aku buat tetamu menunggu, pasti duit bulanan aku kena tolak dan telinga aku tentu akan dipiatnya. Ish tak sanggup tak sanggup!

Siap menukar pakaian dan bermekap ala kadar, aku turun mendekati keluarga aku dan keluarga Haikal yang kelihatan sedang serius berbincang.

Memandangkan keluarga Haikal datang ke mari, aku agak Haikal pasti sudah memaklumkan kepada keluarganya mengenai keputusan aku.

"Assalamualaikum ma." Aku tunduk menyalami tangan mama Haikal. Baru aku mahu menarik kembali tangan, mama Haikal terlebih dahulu menarik aku duduk di sebelahnya. Tidak mahu kelihatan kurang ajar, aku akur juga walaupun agak tidak selesa dengan kedinginan suasana sekarang.

Rasa seperti semua mata memandang aku, menuntut penjelasan daripada aku. Bagaikan aku yang salah di sini.

"Kayla, betul ke Haikal kata kamu dah berbincang dengan dia nak putuskan pertunangan?"

Terpempan aku mendengarkan kata-kata mama Haikal. Terlampau berterus-terang dan pandangan matanya memandang aku dengan penuh harapan. Mengharapkan aku memberi jawapan yang positif. Ah serba-salah aku dibuatnya.

"Betul ma. Kami dah setuju untuk memutuskan pertunangan ini." Perlahan sahaja aku menjawab.

"Risya! Kenapa tak bagi tahu mama pun pasal ni? Pandai-pandai buat keputusan sendiri. Ke dah bincang dengan abah ni?" Melengking suara mama memenuhi ruang tamu rumah. Marah mungkin kerana dia diketepikan daripada hal ini.

Bukan niat aku mahu menyorok apa yang berlaku daripada pengetahuan keluarga aku, cuma aku sahaja yang belum cukup berani mahu menceritakan hal ini. Baru pagi tadi aku berniat mahu berterus-terang, namun keluarga Haikal sudah mendahului. Sekali gus membuatkan keluarga aku tahu hal ini daripada orang lain.

"Tapi kenapa Kayla? Apa yang Haikal dah buat?"

Soalan mama Haikal menarik perhatian aku. Agaknya apa alasan yang Haikal berikan pada keluarga dia? Sejauh mana Haikal jujur pada keluarga dia?

"Erm ma.. Carl tak cerita ke?" Takut-takut aku bertanya. Panahan mata mama tepat menikam aku, membuatkan aku tak selesa mahu berbincang soal ini di hadapan kedua belah keluarga.

"Haikal tak cerita apa pun. Sebab tu mama cuba tanya Kayla. Tahu tahu je Haikal kata mahu putus tunang. Tak mahu teruskan perkahwinan ini. Kenapa Kayla?"

Love or Lust ✔Where stories live. Discover now