Bab 30 | Khianat

17.9K 419 102
                                    

Dengan malas aku melangkah keluar dari lif tingkat 12 Panglima Holding.

Kad kahwin ditangan aku pandang sekilas.

Kalau ikutkan sepatutnya selepas lunch dengan Naufal tadi aku terus pulang ke rumah. Namun mata aku tertangkap pula ke arah sample kad kahwin kami yang baru aku ambil semalam.

Sepatutnya Haikal yang mengambilnya dari MZ PRINTING semalam tetapi disebabkan tugasan kerjanya yang menimbun, aku dengan baik hatinya menawarkan diri untuk mengambil kad tersebut sebelum datang ke PH tadi.

Lantas aku teringat semula tujuan aku datang mencari Haikal di pejabat hari ni. Mahu menyemak semula kad kahwin itu sebelum kami berdua berpuas hati dengan sample tersebut dan bersetuju untuk cetak sebanyak 1,000 keping.

Jujurnya aku sudah tawar hati mahu berpatah balik ke PH bila teringatkan amarah Haikal tadi. Tapi aku lebih rela menghadap amarah Haikal daripada mendengar mama aku membebel kerana menangguhkan soal kad kahwin ini.

Tak sanggup aku mahu mendengar leteran mama yang bagaikan murai tercabut ekor. Mahu tuli telinga aku nanti.

Meja Nisa yang kosong aku pandang dengan hati yang berbelah bagi. Haikal ada ke dalam pejabatnya? Tak silap tadi dia kata ada lunch appointment pukul 3 petang dan sekarang sudah pukul 3.15 pm. Sia-sia lah kedatangan aku ke sini, sekiranya Haikal tiada dalam bilik.

Sedangkan tujuan aku ke sini mahu menemuinya dan membincangkan tentang kad kahwin ini.

Baru aku berura-ura mahu meninggalkan sahaja kad kahwin di atas meja setiausaha Haikal dan menyuruh Haikal mengambilnya balik lunch nanti, namun pintu bilik Haikal yang sedikit renggang mematikan niat aku.

'Pasti Haikal ada dalam biliknya, kalau tak pun setiausaha dia ke...'

Pantas kaki aku melangkah menghampiri bilik Haikal. Dengan perasaan teruja dan separa berdebar, tangan aku naik mahu mengetuk pintu.

Namun, belum sempat tangan aku menyentuh pintu, spontan tangan aku jatuhkan semula ke sisi bila telinga menangkap bunyi erangan dan desahan dari dalam bilik.

Aku cuba bersangka baik. Mungkin sahaja itu suara Haikal dalam kesakitan atau kekusutan. Tapi.. itu macam suara perempuan. Suara Haikal garau...

Tanpa mengetuk pintu, aku menolak pintu agar terbuka luas sedikit dan sebelah kaki aku melangkah masuk ke dalam pejabatnya.

Terkaku. Tergamam. Terkejut.

Apa yang sedang berlaku di hadapan mata sungguh mengejutkan aku. Haikal dan perempuan tadi? Mereka sedang bermesra? atau lebih tepat lagi bersetubuh?!

Itu yang menerjah di fikiran aku bila melihatkan pakaian perempuan itu dari belakang sudah terbuka zipnya separuh dan dressnya tersingkap tinggi menampakkan punggungnya yang berbalut seluar dalam. Muka Haikal pula menekup rapat pada bahagian dada perempuan itu.

Belakang tubuh perempuan itu yang sedang naik turun dengan laju dan bunyi desahan yang keluar dari mulutnya membuatkan aku bagaikan sesak nafas.

Tangan aku gengam erat. Cuba menyabarkan diri dari berbuat bukan-bukan tetapi aku tak mampu! Perut aku rasa sebu sekali. Rasa seperti apa yang aku makan tengah hari tadi tiba-tiba menjolok anak tengkak dan membuatkan aku bagaikan mahu termuntah.

Mahu termuntah melihatkan aksi sumbang Haikal di pejabat.

Anehnya suara aku bagaikan tersekat di kerongkong. Mata aku berterusan memandang aksi mengghairahkan mereka. Hanya mampu memandang tanpa berbuat apa-apa.

Malah bunyi deringan kuat dari iPhoneku belum cukup untuk membuatkan aku tersentak dan mengalihkan pandangan dari memandang mereka. Peliknya mereka dua yang sedang bermadu asmara pula yang tersentak. Bagaikan ditangkap mencuri sahaja lagaknya.

Love or Lust ✔Where stories live. Discover now