Bab 13 | Bersua Kembali

18.5K 438 1
                                    

Aku bersiap lawa-lawa ahad petang ni. Teruja mahu berjumpa kembali dengan seniorku yang tua tiga tahun daripada aku.

Hampir 14 tahun aku mengenalinya. Dia merupakan seniorku semasa bersekolah rendah dan sekolah menengah dulu. Juga merupakan teman sepermainan aku ketika kecil dulu. Selalu aku ditinggalkan dengan keluarga dia bila keluarga aku mempunyai urusan luar. Maklumlah masa menetap di Johor dulu kami berjiran.

Aku ada menjemput dia bertemu di rumahku sahaja, boleh berjumpa dengan keluarga aku terus. Tapi bila aku memberitahu abang Khairul pun ada di sini, terus dia mengajak aku berjumpa di luar sahaja. Aku faham kenangan lalu membuatkan hubungan mereka berdua renggang. Aku pun tidak mahu memaksa jadi aku akur sahaja dengan ajakan dia. 'Tak apa lah, lain kali je aku ajak dia datang rumah.'

"Maa Risya nak pergi dulu ni. Nak jumpa kawan lama kejap. Abah dengan abang mana?" Terus aku menyoal mama sebaik tiba di tangga terakhir.

"Biasa la petang-petang cuti macam ni, main badminton la tu. Ha Risy nak keluar? Risya drive elok-elok tau. Mama nak suruh Risya belikan barang dapur boleh? Nanti mama mesej list barang." Selalunya Cik Nab orang gaji kami yang membelikan barang dapur semua tetapi memandangkan hari esok cuti umum, Cik Nab pun tidak masuk kerja. Barang dapur pula sudah banyak yang habis, lupa nak pesan pada Cik Nab suruh beli lebih minggu lepas.

Cik Nab ni tugas dia beli barang dapur, kemas rumah dan uruskan kain kotor sampai siap berlipat kemas. Memasak memang mama tak pernah tinggalkan walaupun sesibuk mana pun tugas mama sebagai pensyarah.

"Okay ma. Apa pun wasap je, Risy on je phone ni. Pergi dulu maa." Terus aku berlalu menuju ke kereta ku. Nasib baik Khairul tak ada, senang sikit aku nak keluar. Kalau tak mulut dia bagaikan peluru, banyak sangat soal siasatnya.

*****************


Aku menghampiri meja yang disebut pelayan. Meja yang telah direservekan under Intan Suraya.

Kelihatan seorang perempuan setia menunggu di meja tersebut. Perlahan-lahan aku mendekati dan terus memeluk Intan dari belakang.

Terjerit kecil Intan dibuatnya sehingga menarik perhatian beberapa pasang mata di meja berdekatan.

Melihatkan sahaja aku gerangan orangnya yang ditunggu sedari tadi, terus Intan bangun dan memelukku erat.

"Ya Allah Kayy rindunyaa. Lain sangat kamu sekarang. Dah makin lawa lah Kay.... Eh duduklah takkan nak berdiri je." Kata Intan dengan nada teruja.

"Akak Kay pun rindu. Akak makin lawa la sekarang. Mesti hot je akak macam dulu-dulu." Aku berkata-kata sebaik mengambil tempat berhadapan dengannya.

"Tak ada lah. Kamu tak payah nak mengarut. Kay tu hah sekarang lain sangat dengan dulu. Kalau Kay tak tegur dulu tadi akak tak rasa boleh cam kamu. Dulu selekeh je, baju oversize, rambut pendek, muka pun gelap. Kat fb pun gambar profile lama... Kay sekarang ni macam bidadari dah. Lawa je, kamu pun lagi tinggi daripada akak, muka pun putih je. Ni mesti dah jadi model kan?"

Aku ketawa menahan malu bila dipuji sebegitu. "Model? Tak dapat lah kak... orang besar kat rumah tu tak luluskan, terkubur macam tu je lah impian Kay."

Cita-cita aku dulu mahu jadi seorang model. Peragakan baju lawa-lawa, kalau beruntung dapat menjadi model majalah pulak. Tapi apakan daya bila abah sudah menentang keras impian aku, memang tidak dapat tidak aku lupakan saja hasrat aku.

Terhenti perbualan kami seketika apabila pelayan mula menghantar makanan dan minuman yang dipesan secara atas talian oleh Intan. Segera aku mengambil minumanku dan aku minum dengan agak rakus. Ah leganya tekak

"Erm abang Kay okay?" Intan kelihatan teragak-agak ingin memulakan perbualan yang serius.

"Abang okay je. Makin sibuk dengan kerja dia. Mama pun dah bising suruh abang cari calon cepat-cepat atau mama yang carikan. Akak tak payah risau la. Abang okay je tu, dia pun dah lupa cerita lama."

Abang Khairul ada hati dengan kak Intan sejak mereka sama-sama berada di sekolah menengah. Semua batch mereka dulu turut mengetahui hal ini kerana abang Khairul selalu mengekor ke mana sahaja kak Intan pergi. Malah semua tak berani kacau kak Intan kerana secara terang-terangan abang mengakui perasaannya di khalayak ramai. Tetapi sayang, kak Intan katanya tidak mahu serius dengan siapa-siapa lagi pada masa tu, cuma mahu fokus pada pelajaran dulu.

Abang Khairul boleh menerima alasan kak Intan, dan menyatakan kesanggupan untuk menunggu sehingga tamat belajar.

Tetapi siapa sangka, kak Intan yang berhati batu itu rupa-rupanya dalam diam sudah berpacaran dengan seseorang yang sudah mempunyai kerjaya dan tua lima tahun daripada mereka. Sejak abang Khai mengetahui hal ini, sedaya-upaya dia cuba mengelak daripada berjumpa dengan kak Intan malah aku juga pernah dilarangnya bertemu dengan kak Intan lagi.

"Hmm akak pun harap macamtu la. Maaf Kay... sebab tak berterus-terang dulu. Akak takut kalau sampai Kay pun nak tolak akak. Kay tahu kan, Kayla sorang je la adik yang akak ada sekarang ni." Intan bersuara rendah sambil menggenggam erat tanganku di atas meja.

"Ish jangan la cakap macam tu. Itu soal akak dengan abang, Kay tak nak masuk campur. Dah jom makan, perut Kay berbunyi dah ni." Berkeroncong perut aku terbau makanan yang berasap ni.

"Ha akak apa cerita dengan lelaki yang akak cerita dulu tu?"

Sambil makan kami meneruskan lagi perbualan.

"Oh dia tu... Entah la Kay. Akak pun tak tahu nak cakap macam mana." Berubah terus riak wajah Intan apabila membicarakan tentang lelaki 'itu'.

"Aik lain macam je bunyi. Ala akak cerita laa nama dia ke, asal mana ke... hah gambar! Nak tengok handsome sangat ke jejaka tu sampai akak pun boleh jatuh hati dengan dia." Sedaya upaya aku cuba mencungkil rahsia kak Intan.

"Amboi ni nak korek sampai mana ni? Sampai asal mana pun nak tahu? Dah-dah tak payah nak tanya lagi. Akak tak ada niat nak cerita hal lama dah. Akak tak nak la ingatkan orang yang entahkan dah kawin tak pun ada anak dah. Gambar dia pun akak tak simpan dah. Kayla pun tahu kan, phone akak hilang masa study kat US dulu. Nasib baik kita jumpa balik kat fb tau, kalau tak memang lost contact terus." Intan tak mahu membuka kembali cerita lama yang dia kesalkan. 'Kalaulah....'

"So akak tak nak cerita la ni? Okay tak apaa. Kay akan cuba korek jugak sampai jumpa. Bukan Kayla Batrisya la namanya kalau tak dapat korek cerita sampai dapat!" Aku bukan jenis busybody tetapi dengan Intan memang aku selesa. Dia yang telah aku anggap sebagai kakak kandung memandangkan aku tidak punya kakak untuk berkongsi cerita.

Aku mahu tahu apa yang membuatkan kak Intan begitu tekad sampaikan pernah bertanya pendapat aku dulu sekiranya dia berkahwin muda.

Wow mesti hebat lelaki itu kalau baru second year student pun kak Intan ada pasang niat mahu kahwin. Aku mahu tahu apa yang menyebabkan cerita mereka terputus di tengah jalan.

"Okay akak nak tengok sejauh mana kamu boleh tahu." Sengaja Intan cuba mencabar aku dengan keningnya yang terangkat tinggi .

"Eleh ini Kayla okay.. you just have to wait and see. I'll present them all infront of you." Aku jawab dengan nada membongkak. Sengaja mahu membuatkan kak Intan cuak.

"Amboii yakinnya dia... Dah-dah jom makan cepat. Lepas ni kita shopping jom. Akak tak sabar nak shopping dengan adik akak seorang ni. Dulu-dulu nak shopping pun susah. Mesti kena berteman orang tua, tak pun duit jadi masalah. Nak shopping sakan tapi duit tak ada kan." Mengimbau kenangan lama kami dulu yang sentiasa mendapat halangan keluarga apabila mahu keluar jalan-jalan.

"Yeayyy akak belanja lagi. Foods ni pun akak belanja kan. Alhamdulillah jimat duit Kay hari ini." Berseloroh aku membalas kata-kata Intan.

Tapi jauh dalam sudut hati aku, aku mengharapkan adanya jodoh antara abang Khairul dengan kak Intan. Tak dapat jadi kakak kandung, jadi kakak ipar pun dah cukup.


















Thanks for your votes and comments peeps. Happy reading!

Love or Lust ✔Where stories live. Discover now