Bab 36 | Kantoi (Carl)

15.6K 238 10
                                    

Haikal's POV

Nafsu aku yang tadinya membara bagaikan tersekat apabila telinga aku menangkap deringan telefon.

"Kayla!"

Spontan aku terbangun dari duduk. Membuatkan Aulia turut sama terbangun. Terkejut melihatkan Kayla di muka pintu.

Kayla yang tersenyum kelat aku pandang dengan serba-salah. Tak sangka akan tertangkap dalam keadaan seperti ini. Sungguh memalukan.

"Er ermm I come for this. Cuma nak ask for your suggestion erm pendapat. Tapi I err tak jadi kot. Rasanya I need to think more about this card. It's suck right? The colour just urghh ugly." Kayla bersuara dengan nada tersekat-sekat. Pasti Kayla terkejut dengan apa yang dilihatnya dengan mata sendiri.

"Kay semua ni bukan macam apa yang you fikirkan. I can-" kelam-kabut aku cuba menjelaskan perkara yang berlaku.

Belum sempat aku habiskan ayat, Aulia sudah mencelah.

"Hai Kay. Jumpa lagi kita kan. Remember me?" Riak muka Aulia langsung tidak menggambarkan rasa bersalah. Tersenyum senang sambil membetulkan dressnya yang tersingkap.

Geram pula aku melihat riak selambanya. Bagaikan semua ini sudah dirancangnya.

"You know me?" Suara Kayla membuatkan aku berpaling ke arahnya. 'Kayla tak kenal Aulia? Bukan diorang pernah jumpa ke sebelum ni?'

No! Lebih baik Kayla tak tahu. Lagi buruk keadaan kalau dia tahu siapa Aulia sebenarnya. Cepat-cepat aku mencelah.

"Lia stop it!" Keras suara Haikal. "Kay let's meet tonight okay. We'll discuss this thoroughly, please." Suara aku yang tadinya kasar berubah lembut.

Kayla masih senyap. Hanya memandang aku tanpa perasaan. Risau pula aku dengan Kayla yang senyap berterusan macam ni. Aku lebih rela dimarahi atau ditengking daripada senyap macam ni yang mungkin membawa maksud yang aku tak inginkan.

"Ok tak apa Kayla, tak penting pun you nak tahu siapa I. Tapi I nak bagi tahu something, rasanya Carl pun about to say the same thing. I mengandung anak Carl. Semuanya terjadi dengan rela. We both rela. Jadinya you sebagai perempuan mesti tak sanggup kan nak tengok anak I tak berbapa?"Aulia yang bersuara lirih membuatkan kepala aku automatik terarah padanya.

What the hell? Rahsia aku simpan kemas, senang-senang je Aulia nak bocorkan?

"Lia stop it already! You'd better get lost now sebelum aku heret kau keluar!"

"Alah you ni Carl rilekslah. Nak gelabah apanya? You always hesitate to tell this matter to your fiance and I cuma tolong mudahkan kerja you je. Tak payah la marah." Kata-kata Aulia langsung tidak menenangkan aku, malah semakin panas aku rasakan.

"Lia. What rubbish are you talking about?! Aku sendiri tak percaya yang anak dalam perut tu anak aku so kau tak payah nak canang kat orang lain yang tu anak aku!" Suara aku naik tinggi. Menggambarkan kesabaran aku sudah di tahap maksimum.

"Oh you dah sedap main dengan I, bila dah ada hasil macam ni you tak nak mengaku pula?! Come on la Carl, tengok tu Kayla tak marah pun even tahu tunang dia mengandungkan anak perempuan lain." Riak sinis aku dapat kesan pada bibir Aulia. Dituju buat Kayla.

Aku memandang tepat ke arah Kayla. Meminta agar Kayla tidak percaya dengan kata-kata Aulia.

"Carl jom kita bagi tahu yang sebenarnya pada family you pula. Mesti tak susah dah kan? Kayla pun dah approve. Boleh lah kita kahwin lepas ni kan?" Dada Haikal diusap lembut.

"Lia! Kau tak faham bahasa ke ha?! Lebih baik kau keluar sekarang!" Tangan Aulia di dadaku aku tepis kasar. Kasar perlakuan aku hingga menyebabkan Aulia hampir tersungkur. Tapi aku tak peduli. Lagi bagus kalau perempuan itu tersungkur. Biar arwah terus anak dalam perut tu.

"Auch sakit la Carl!"

Jeritan Aulia aku hiraukan, cuma deheman Kayla yang menarik perhatian aku.

"Erm I balik dulu Carl. Don't call me. Don't text me. Just leave me alone. I need some time to figure this out. This card, I'll take it back."

"Kayla!"

Terkejut aku mendengar kata-kata Kayla. Walaupun ayatnya bertapis, aku bukan bodoh untuk tidak faham maksudnya. Aku belum sedia mahu melepaskan Kayla. Tak, aku tak akan biarkan Kayla jatuh ke tangan orang lain. Kayla milik aku. Selangkah lagi Kayla akan menjadi hak milik kekal aku.

Aku membuka langkah mahu mengejar Kayla namun pelukan erat dari belakang mematikan langkah aku.

"Aulia lepas!"

"Tak.. tak nakk. Carl jangan tinggalkan aku." Aulia mula teresak nangis di belakang aku.

Sedaya upaya aku cuba lepaskan pelukan eratnya. Bila terlepas sahaja, badan aku hadapkan ke arah Aulia. Tidak meneruskan niat asal aku mahu mengejar Kayla.

Kedua lengan Aulia aku cengkam kuat. "Kenapa kau sanggup buat macam ni Lia? Kenapa??!" Lengannya aku goncang kuat.
Makin lebat tangisan Aulia. Namun hati aku masih keras, langsung tidak bersimpati dengan Aulia yang mula meringis kesakitan. Aku masih bengang dengan apa yang terjadi hari ini.

Aulia masih nangis dan berterusan menunduk. Langsung tidak mahu menjawab soalan atau mengaduh kesakitan. Lengannya sudah kemerah-merahan bekas cengkaman kuat aku.

Diam Aulia membuatkan aku makin marah. Dengan kasar aku melepaskan cengkaman pada lengannya.

"Sudah lah Aulia. Kau balik lah. Cukup apa kau dah buat hari ni. Aku tak mahu makin banyak masalah kau timbulkan nanti. Baliklah." Dengan lemah aku berkata. Aku berpaling dari menghadap Aulia. Duduk bersandar di meja seraya memandang ke arah cermin kaca luar menghadap kesibukan kota. Aku lebih rela memandang kesesakan lalu lintas daripada memandang Aulia yang boleh meletuskan amarah aku bila-bila masa sahaja.

Kusut sekali kepala aku sekarang ni. Macam mana kalau Kayla mahu memutuskan pertunangan kami? Dengan alasan apa yang perlu aku berikan untuk mempertahankan ikatan yang aku dambakan?

"Carl...I'm..." takut-takut Aulia cuba bersuara.

"Get lost!!"

Kuat jerkahan aku menakutkan Aulia. Tanpa berlengah, beg tangannya di atas mejaku di tarik kasar dan Aulia terus berlalu keluar dari bilik aku.

Aku meraup muka berkali-kali. Kesal kerana aku terlambat memberitahu perkara sebenar pada Kayla dan akhirnya Kayla mengetahui sendiri dengan kedua matanya.

Perkara ini pasti tak akan jadi sebegitu rumit kalau aku menjelaskan semuanya dari awal.

Sekali lagi muka aku raup kasar. Apa gunanya kalau Kayla tau dari awal sedangkan depan matanya tadi aku bermesra dengan perempuan lain?

'Ahh kau bodoh Carl! Pantang Aulia goda sikit dah cair! Kalau dah kata sayangkan Kayla, jadi apa perlunya kau melayan Aulia? Nafsu tu tahan la sikit Carl. Dengan Aulia yang kau benci pun boleh buatkan kau bernafsu ke?!'

Kedengaran sinis suara hati aku mengejek diri sendiri yang senang sangat kalah dengan nafsu.

"Arghhh. Diamlah! Memang. Memang ni salah aku tapi aku tak tahu pun semuanya akan jadi sampai macam ni sekali."

Aku bangun dari duduk. Kunci kereta atas meja aku capai rakus. Tak guna juga kalau cuma duduk mengenangkan nasib. Sekarang yang penting aku perlukan bukti, betul atau tak dalam perut Aulia tu anak aku.

Love or Lust ✔Where stories live. Discover now