Bab 32 | Abortion (Carl)

15.8K 200 7
                                    

Haikal's POV

2 March 2012, Ireland

"Lia! You okay tak ni?" Cemas aku bertanya kepada Aulia yang terbaring lemah atas katil di hospital.

"Carl..." tanpa dapat ditahan, air mata Aulia laju merembes keluar membasahi pipi. Semua ayat yang disusun elok dalam kepala bagaikan hilang semuanya. 

"Hey Lia what's wrong? Are you hurting somewhere? Nak I panggil doktor?" Gelabah aku bertanya. Aku mana boleh tengok perempuan menangis ni. Cepat saja cuak dan serba-salah. Risau aku dikatakan sebagai penyebab mereka menangis.

Habis kelas professor Edward tadi, aku terus on phone. Patutlah terasa phone aku asyik bergetar je dalam poket seluar ni, ada banyak panggilan masuk dan semuanya dari nombor Aulia.

Panik aku berganda bila Aulia meminta aku menemuinya di hospital. Baru aku sedar Aulia tidak hadir ke kelas business economic tadi.

"No Carl. Don't leave me alone. Please stay here with me. I'm begging you." Penuh sendu dan separa merayu nada Aulia. Risau aku dibuatnya.

"Lia kenapa ni? Wanna share with me? You tau kan I sayangkan you. Tell me please.." aku menyelitkan rambut Aulia yang agak menganggu pandangannya ke belakang telinga.

Sebulan berlalu sejak peristiwa aku bersamanya pada malam itu, aku nekad cuba jadikan Aulia sebagai teman istimewa aku. Namun hampa apabila Aulia katakan dia sudah mempunyai teman lelaki.

Aku pun tidak kisah malah lega ada lah. Tidak perlu aku terikat dengan perempuan.  Pelawaan aku untuk menjadikan dia teman istimewa aku pun hanya berdasarkan tanggungjawab dan nafsu semata-mata. Tiada perasaan yang bernama cinta.

Malah sejak hari itu, hanya Aulia satu-satunya yang menjadi tempat untuk aku melampiaskan nafsu. Kami sama-sama rela dan sentiasa menginginkan. Ada kalanya Aulia sendiri datang meminta aku melayannya. Aku sebagai lelaki manakan boleh menolak apabila ada yang sudi memberi.

Bukan tidak ada perempuan lain yang mahu melayan nafsu aku. Malah banyak, berderet perempuan dari pelbagai negara yang sudi menjadi teman tidur aku, cuma aku sahaja yang menolaknya.

Tidak mahu aku terlibat dengan perempuan yang aku belum cukup kenal, entah macam mana gaya kebersihan dan penjagaan diri mereka. Well orang negara lain mana kita tau kann.

"I....I..." tersekat-sekat Aulia cuba bersuara. Ayatnya tidak terluah dek air mata yang berterusan mengalir turun.

"I heard from doctor yang you jatuh tangga. Macam mana boleh sampai jatuh ni Lia?" Perlahan aku bertanya seraya mengelap air mata di pipi Aulia.

Tangan aku yang mengelap air matanya tadi Aulia tarik turun dan digenggamnya erat ke dada. "I.. I jatuh tangga masa... masa rushing nak pergi class pagi tadi. Tak tahu macam mana I boleh tersalah langkah sampai I terjatuh tangga macam tu sekali."

"Haih tu lah you ni lain kali cuba jalan tu tengok langkah sikit, apa la you kejar sangat sampai jatuh tangga dibuatnya." Aku bersuara sedikit merungut ke arah Aulia yang memandang tepat ke dalam mata aku. "Sakit ke? Is your head okay? Sampai berbalut kepala you ni." Kepalanya yang berbalut aku sentuh lembut.

"Aah sakit. Sakit sangat kat sini Carl." Kedua tangan aku ditarik Aulia dan diletakkan tepat ke bawah perutnya. Menunjukkan rasa sakitnya di situ.

Berkerut dahi aku dengan tindakan Aulia.  Kalau jatuh tangga bukan selalunya orang akan mengalami kesakitan di bahagian kepala, tangan atau kaki ke? Ni dah kenapa bawah perut pula yang sakit?

Love or Lust ✔Where stories live. Discover now