Bab 16 | Tunang

18.5K 485 26
                                    

Bahu kananku yang dicuit membuatkan aku berpaling kepala ke kanan. Tak ada sesiapa pun...

Belum sempat mahu sambung layan iPhone, terasa ada tangan yang melingkari pinggangku dari sisi kanan. Erat. Membuatkan kepala aku automatik berpaling ke kiri. Haikal!

"Sayang..."

"Hmm you're late for 50 mins." Dingin suaraku. Langsung tiada riak mesra dengan mata masih memerhati laman twitter. Tangan yang melingkari pinggang aku biarkan.

"So sorry dear. Tadi lepas meeting memang ingat nak blah terus tapi Naufal tu tiba-tiba je suruh I review project under dia, terpaksa jugalah I tengokkan, sebab dah urgent. Sorry Kay....."

Baru mahu up status baru, tidak semena-mena iPhone ditanganku dirampas.

"Hey! Bak la sini phone I." Terkejut kerana telefon aku dirampas tiba-tiba, membuatkan tanpa sedar suara aku sedikit naik. Menarik perhatian pelanggan meja berdekatan.

"No. Say you forgive me first and only look at me dear."

Tangan panjangnya digawangkan ke atas, membuatkan semakin sukar untuk aku merampas semula telefon ditangannya.

"Ish. You ni memang la! Senang je nak minta maaf macam ni kan? Asal buat salah je you minta maaf, buat salah je you minta maaf. This is not the first time Carl. Penting sangat ke kerja you tu daripada I? I know you just got a new project which mean you will have less time to spend with me. Okay I can accept it but can't you at least text me first? Inform me if you are going to be late of anything. Don't you know I hate waiting? You tahu tak tadi pun orang dah pandang I semacam. Tertoleh-toleh kat luar tu macam alone sangat I ni." Malas mahu mendapatkan semula phone. Aku membiarkan saja iPhone ku dalam gengaman tangannya yang sudah diletakkan disisi.

Senyap.

"Atau kalau you busy sangat hari ni, you boleh je kan bagitahu I yang you busy and postpone our date to a later date. Tak susah pun kan Carl takkan tu pun you nak I ajarkan." Masih senyap. Aku pula masih dalam mood tidak puas hati. Terus sahaja aku menghamburkan ketidakpuasan hati aku.

"Hey Carl you dengar tak ni?"

Tangan aku laju menampar lengannya. Tidak selesa diperhatikan sebegitu. Dari aku mula bagi ceramah tadi lagi dia asyik memandang aku dengan pandangan tunak. Menongkat kepala dengan tangan kirinya di atas meja sambil kepala mengiring ke arah kanan. 'Dia ni mengelamun ke apa.'

"Hmm you're pretty." Jawab Haikal dengan senyuman dibibir.

"Huh?"

"Yes you heard me correctly dear. You're pretty than any girls on earth."

"Carl. You ni memang laaa. Benci I!" Sedar diri dipermainkan. Saja la tu nak mainkan perasaan aku. Konon-konon amarah aku lenyap bila dengarkan ayat manis dia tu.

"Haha apa dearrr . Betul la I cakap ni. Memang you lawa pun. Nak rasa tak jantung I ni dah dup dap dup dap bila tengok you bercakap dari tadi. Cakap la panjang lagi, biar tercabut terus jantung I ni ha." Haikal bersenda dengan menarik tangan aku menekap ke dadanya.

"Haikallll!" Terus aku rentap tangan dari gengamannya.

"Okay-okay sorry dear. Serius I bukan saja-saja nak biar you tunggu macam ni. Sorry Kayyy..."

Haikal mula menarik kembali tangan aku dan mengusap lembut. Menimbulkan kerlingan tidak puas hati dan cemburu gadis-gadis berdekatan meja kami.

"You ni.... Lain kali cuba serius sikit boleh tak. I cakap panjang-panjang you lencong benda lain pulak. Malas la I nak cakap dengan you dah." Nada merajuk namun tangan dalam gengamannya tidak pula aku leraikan.

Love or Lust ✔Where stories live. Discover now