Bab 21 | Family Day P2

18.6K 478 28
                                    


Aktiviti explorace pagi tadi berakhir dengan jayanya.

Walaupun hati aku masih mendongkol geram dengan perangai Elisa yang gedik tak sudah-sudah. Naufal pula baik semacam layan perangai gedik Elisa tu.

Terimbas kembali perangai Elisa tadi yang betul-betul membuatkan aku menyirap.

"Aduhhh sakitlah kaki I Kay! You ni nak bunuh I ke apa?" Elisa mengaduh kesakitan apabila terasa satu tarikan kuat di pergelangan tangannya yang membuatkan dirinya bagai hilang imbangan sebelum dia jatuh terduduk atas jalan berturap.

"Bunuh you? Hei cakap baik-baik sikit eh. Orang dah tolong bukan nak berterima kasih malah dituduh pula kita!"

"Falll tengok lutut I dah berdarah. Ni semua Kay punya pasal lah. Tak tahu kenapa dia benci sangat dengan I sampai sanggup tolak I macam ni sekali. Sakit Fal...." suara nyaring Elisa tadi terus berubah kepada suara lembut. Memang dasar syaitan bertopeng dua muka!

Muka Naufal merah menahan malu dan marah yang datang bertimpa. Sudah lah badan penat tak rehat dari pagi sekarang ni jadi tontonan umum pulak dengan suara Elisa yang nyaring bagaikan orang nak terberanak saja gayanya.

"Kay takkan dengan Elisa pun kau nak cari pasal? Elisa ni our team member ok bukan lawan kita. Yang kau tetiba nak tolak dia ni kenapa? Nanti kalau Elisa sampai tak boleh jalan macam mana? Kau nak ke angkat dia?" Nada Naufal tinggi menyentakkan aku. Tak pernah lagi Naufal semarah macam ni bila dengan aku.

"Aku tak tolak dia la Fal. I'm just..."

"Just what? Kau nak nafikan lagi? Nak kata Lisa cuma berlakon? Kay please snap out of it. Tolong bukak sikit pemikiran kau tu. Jangan nak fikir semua orang sama macam apa yang kau fikirkan. Aku ingatkan kau lain daripada yang lain tapi rupanya aku silap. Kau lagi teruk daripada yang aku pernah kenal!" Puas menghamburkan kemarahan bercampur kepenatannya, Naufal tunduk mengendong Elisa dan terus berlalu ke kereta.

Hati aku bagai ditoreh mendengarkan tengkingan Naufal. Tak bolehkah dia beri aku peluang untuk menjelaskan perkara sebenar? Kenapa Naufal lebih memilih untuk mempercayai Elisa yang baru dia kenal daripada aku yang dia sudah kenal bertahun lamanya? Tak cukup lamakah usia perkenalan kami?

Bukan aku sengaja mahu menarik Elisa dengan kuat atau pada pandangan orang lain aku menolak Elisa. Aku cuma menarik lengan Elisa yang tergesa-gesa ingin duduk di atas bangku usang. Bangku tersebut ada 3 batang paku yang terjulur keluar dan aku tak mahu ada di antara kami yang tercedera sepanjang aktiviti ini. Niat aku hanya mahu menolong dengan menarik lengan Elisa tapi tak sangka pula tarikan aku terlampau kuat hingga menyebabkan Elisa terjatuh. Salah aku kah?

"Darl. Fal mana? Haa Kay I dah dapat point for the last checkpoint. Rasanya point kita not bad. Tadi pun masa I minta daripada mak cik tu, I nampak ada dalam 2-3 group lagi yang terkial-kial cuba tangkap belon air tu." Kata Haikal sebaik dia berdiri dihadapan aku.

"Eh Darl kenapa mata you merah ni? Muka pun muram semacam je. You tak sihat ke?" Tangan mula naik menekap di dahi aku. Prihatin nada Haikal apabila melihatkan muka aku yang sudah mendung menahan tangis daripada terhambur keluar.

Aku tak mahu panjangkan lagi isu ni. Cukuplah aku sahaja yang tahu apa yang Naufal katakan pada aku, walaupun air muka aku jatuh bila Naufal menengking aku di hadapan Elisa yang tersenyum sinis melihatkan situasi depan mata.

"Erm tak ada apa lah Carl. I tak sihat sikit. Maybe penat kot dari tadi pagi lagi tak rehat. Em ni kira kita dah settle la kan? Boleh balik hotel dah kan?"

"Yes darl. Semua dah settle. Tinggal nak serahkan our point cards je. Sampai hotel nanti you rehat la. Aktiviti petang ni you tak payah join okay? Dah jom kita balik. Cepat balik cepat la you dapat rehat."

Love or Lust ✔Where stories live. Discover now