Bab 5 | Syed Haikal

25K 480 8
                                    

Dan jejaka itu.... Naufal?!

Tersentak aku apabila terasa ada tangan yang melingkari pinggang aku. Terus aku mengangkat kepala memandang gerangan siapakah yang berani memelukku.

Naufal? Eh tapi tadi dia ada kat sebelah swimming pool tu. Bila masa dia datang sini?

"Hey Kay you kenapa pandang aku macam nampak hantu je ni? Loosen up girl, ramai lagi guest yang aku perlu kenalkan kau hari ni. Jom jumpa kembar aku." Tanpa menunggu persetujuan aku, Naufal terus menarik tangan aku menghampiri pasangan tadi. Eh ada dua Naufal?

"Hey Carl, meet my girl. Kayla Batrisya. And kay ini kembar aku, Syed Haikal and next to him, Aulia." Huluran tangan Haikal aku masih tidak sambut. Terkebil-kebil aku memandang dua jejaka tersebut.

"Hey Kay you okay tak ni, tak sihat ke?" Naufal bertanya dengan riak gusar di wajahnya. Dah kenapa minah ni? Kena sampuk hantu air ke apa...

"Fal you err kenapa muka you ada dua? I err...." kata-kata ku termati sendiri apabila dua jejaka tersebut mula ketawa kuat sehingga menarik perhatian tetamu lain.

"Haha kesian your girl Fal, dia tak biasa lagi tu. Hai Kayla, I kembar kepada Naufal, Haikal. Nak lagi mesra just call me Carl okay." Haikal berkata sambil memeluk bahu kembarnya.

"Lawak la you ni, dah nama pun kembar, tak mustahil muka pun boleh sama. Atau you terkejut tengok dua jejaka segak depan mata? Handsome sangat ke?" Aulia bersuara sinis sambil memeluk tubuh.

"Okay sorry my dear, my bad tak explain awal-awal. Korang berdua dah makan ke belum? If not, jom la join us. Dah lapar sangat ni, berbunyi dah perut ni." Naufal mula berseloroh dengan kembarnya.

"No it's okayy, aku dah makan, you both pergi la makan dulu. I nak jumpa kawan dulu. Kay I'll see you later okay, Lia jom." Haikal mula beredar sambil menarik tangan Aulia menghampiri tetamu lain.

Aku memandang kelibat belakang tubuh Haikal yang sudah berlalu pergi. 'Dari belakang pun nampak sebiji seperti Naufal, macam mana aku nak bezakan dia orang ni...'

"Kay jom makan. Aku rasa perut kau kosong tu, tu pasal kepala kau dah sesat. Dah macam kucing terberak pula muka kau ni, buruk tau. Atau kau tengok aku dah handsome ni? Eh eh aku handsome kan??" Naufal bersuara nakal sambil melaga-laga bahunya dengan bahuku. Saja la nak mengusik aku tu. Benci!

"Kau tak payah merepek eh. Sebab rupa korang yang macam alien la, tu pasal kejung kejap aku tadi. Jom la makan, aku dah lapar ni." Menonong aku tinggalkan Naufal di belakang dan menghampiri sebuah meja kosong yang terletak di tepi kolam renang. 4-seat table.


****************

"Hai Kay. Dah sudah makan? Mana Naufal? Tak nampak pun dia dari tadi.." Haikal terus menyapa sejurus dia labuhkan punggung atas kerusi kosong berhampiran meja yang sedang aku menyantap.

"Hai. Erm Fal?" Aku toleh pandang wajah Haikal dua tiga kali sebelum menyambung kata. "I pun tak tahu. Tadi kata nak pergi jumpa cousin dia kejap. Lagipun I baru abis makan, tu pasal tak join dia." Pelik. Aku langsung tak rasa janggal berbual dengan Haikal ni. Hmm maybe sebab muka dua beradik tu sama kot.

"Ohh dia jumpa Hadi la tu. Our cousin. Kalau dah jumpa tu mesti dia orang berborak panjang punya. Hmm dah lama ke you kenal Fal? I've been curious about this sejak you datang tadi so I hope you don't mind if I ask you such question."

"Lama la jugak kami dah berkenalan. Sejak semester 1 lagi. Awal-awal tu memang kami kawan biasa je. Tapi tah macam mana boleh jadi couple pulak, Fal tu yang goda I kot." Aku ketawa menutup perasaan cuak yang mula hadir. Risau kalau dia mula tanya lebih mendalam.

Awal-awal lagi Fal dah rekakan cerita kami. Kononnya Fal dah lama usyar aku, tapi aku reject dia dengan alasan study. Rasa macam tak perlu kot cerita part ni pada si Haikal tu. Dia pun tanya simple je kan.

"Hmm kenapa Fal tak pernah cerita dengan I? Selalu dia paling kecoh bila dapat awek baru tap-". Terus terhenti ayat Haikal apabila Naufal mula datang dan menepuk bahu Haikal mesra.

"Kau sembang apa dengan awek aku? Daripada kau menyemak kat sini I think you'd better go over there layan awek kau yang dari tadi memuncung mulut dah serupa itik hodoh aku tengok. Dia cari kau tu."

Menipu saja kerja Naufal ni. Aku nampak elok je Aulia berbual dengan mamat lain. Hmm nak menggatal la tu. Berbulu biji mata aku melihatkan Aulia yang sengaja berpura-pura hampir terjatuh tu. Kesian dasar attention seeker!

"Kau sembang apa je tadi? dia ada tanya bukan-bukan ke?" Segera Naufal bertanya sebaik Haikal melangkah pergi.

"Tak ada apa pun. Tak sempat nak tanya lebih kau dah datang kacau. Potong line je kau ni. Btw aku nak tanya, Aulia tu ke yang kau cakap kau kacau awek Carl?". Musykil jugak aku. Kenapa mereka tak bertegur sapa pun?

"Aah dia tu la. Kenapa tanya? Pelik eh dia macam tak kenal aku tadi? Kau jangan terpedaya dengan perempuan muka opera tu. Dia berlakon je tadi. Tak kan dia nak Carl tau yang dia pernah dating dengan aku kan. Tadi aku jumpa cousin kejap je, tapi terserempak dengan perempuan tu pulak. Tu pasal jadi lama." Tergelak aku apabila Naufal menggelarkan Aulia sebagai perempuan muka opera. Aulia ni lawa muka putih melepak tapi make up tebal dia mengalahkan pelakon opera pulak.

"Fal kalau kembar kau still insist yang kau kacau awek dia macam mana? Kalau dia tak percaya cerita kita macam mana?" Risau jugak kalau family Naufal ni tak percaya dengan cerita rekaan kami nanti. Nanti mesti aku dilabel sebagai perempuan penipu dan di black list kan terus daripada calon menantu mama Naufal.

Teruk la kalau hal itu berlaku. Dah la aku dalam usaha cuba memikat hati Naufal!

"Kau tak payah risau macam-macam la. Carl okay je. Aku tengok dia pun macam nak tak nak je dengan Aulia tu. Dah jom masuk dalam. Orang ramai dah balik pun. Sekarang mama aku tunggu cerita kita je. Lagi cepat settle cepat la aku boleh hantar kau balik." Tanpa menunggu jawapan aku, terus Naufal menarik tangan aku ke halaman rumahnya yang sudah tersedia set sofa dan meja. Ajaibnya meja tu pun dah tersedia dengan set minuman dan makanan ringan. Hmm macam dah dirancang pulak.

Atau mama Naufal sememangnya menunggu kami dari tadi? Alamak, risau pulak bila aku memikirkan kemungkinan yang satu itu.

Pandai buat pandai tanggung sendiri la! Aku menggenggam erat jemari Naufal. Meminjam kekuatan. Aku melihat Carl pun ada sama. Aulia aku sudah tak nampak batang hidung dia. Dah disuruh pulang agaknya. Kalau tidak memang dia mahu menggeletis saja dengan Haikal. Macam dia seorang ada teman lelaki. Menyampah!







P/s : mcm biasa sorry for typo and all. N maaf tak sempat nak re-check sebelum publish ni. So kalau ada mana2 part xfaham sila bertanya okayy.

Do vote and comments peeps. Thanks for your support. Truly appreciate it ^^

Love or Lust ✔Where stories live. Discover now