Bab 15 | Weekend Well Spent?.

19.4K 414 10
                                    

"Risy!!! Ya Allah budak ni tak bersiap lagi ke? Kamu janji nak keluar pukul berapa ni? Tak elok tau buat orang tertunggu-tunggu!"

Haa tu diaa suara Puan Manishah sudah memetir membelah hening pagi Sabtu.

Kelihatan mama menuruni tangga dengan dibuntuti abang Khairul dari belakang. 'Rambut berserabai baju berkedut seribu. Ni konfem baru bangun heh!'

"Bersiap ke mana ma? Kay tak ada janji dengan siapa pun hari ni."

'Keluar? Dengan siapa pulak aku ada janji ni? Ke dah bengong sikit kepala ni gara-gara semalaman marahkan Haikal?'

Terjaga saja pagi ni, terus aku dikejutkan dengan 42 missed calls, 22 messages. Itu belum lagi ditambah dengan WhatsApp. Beratus WhatsApp masuk. Semuanya daripada Haikal in fucking one night!

'Tak tidur ke mamat ni? Tak paham ke yang aku masih marahkan dia? Telefon la berjuta kali pun tak lah aku nak jawab. Dua beradik sama je menyakitkan hati. Tidur lagi bagus!'

"Maa cuba cakap dengan adik ni. Dah tau janji dengan orang pun boleh buat-buat lupa pulak. Kecik hati orang nanti." Khairul mula mencucuk jarum. Sempat lagi dibuatnya jari peace sambil menjelir lidah di belakang mama.

'Ah ada la tu abang nak kenakan aku ni! Abang memang ada je nak mendengki dengan aku!'

"Ish mana ada lah ma! Abang tu saja buat cerita sesedap rasa dia je. Risya tak janji dengan sesiapa pun hari ni. Malas la nak keluar. Duduk rumah tidur lagi bagus!" Baru aku berura-ura mahu baring atas sofa berangkai tiga ni tiba-tiba terasa paha aku ditepuk kuat dan tempat disebelahku sudah diambil mama. Hmm tak dapat den nak rebahkan badan.

"Risya jangan nak mengada nak sambung tidur pulak. Pergi bersiap lawa-lawa sikit. Lain kali dah tahu malas jangan dok main janji je dengan orang, bila dah malas macam ni ikut suka hati Risy je nak cancelkan. Apa punya perangai lah buat orang macam ni."

Okay mama dah start membebel. Not a good morning to start with!

"Tapi Risya tak- "

"Risya jangan nak buat-buat lupa pulak. Kan Risy dah janji dengan Zafran nak keluar jalan-jalan dengan dia hari ni. Pergi bersiap sekarang." Belum sempat aku habiskan ayat, kata- kataku dimatikan Khai dengan nada mengarah.

'Janji dengan Zafran?! Oh jadi ini lah rupanya permainan abang ye. Dia yang pandai-pandai berjanji kata orang pulak. Kurang asam punya abang!'

Terkebil-kebil aku memandang mama. Memohon agar tidak terus didesak.

"Maa Risy mana ada janji la. Abang tu je yang pandai-pandai buat cerita. Bahh...."Meleret suara aku cuba meminta pengertian abah pula. Tahu sangat aku mana pernah menang lawan dengan abangku.

Abah pula dari tadi kusyuk dengan akhbarnya. Abah memang macam tu. Dah dapat surat khabar dia, bom sebelah telinga pun tak perasan.

"Risya pergi la bersiap. Zafran pun daa mintak izin nak bawak kamu keluar. Risy pun dah janji kan? Tak baik mungkir janji tau Risy, abah tak pernah ajar anak abah mungkir janji."

Melongo aku mendengar kata-kata abah. 'Zafran ada mintak izin? Kenapa aku sendiri pun tak tahu ni?!' Segera mata aku terarah pada abang yang memandang aku dengan riak kemenangan di wajahnya.

"Dah-dah, lambat sangat dah ni Risya. Pergi tukar baju lawa-lawa sekarang. Nanti menunggu pulak si Zafran tu." Suka lah mama anak lelaki kedua dia nak datang tu. Kena lagi dengan Zafran yang pandai ambil hati orang tua, mulut pun manis sentiasa.

Dengan sebal aku berlalu juga ke tangga, mahu naik ke bilik tukar baju. Tak ada maknanya aku nak lawan, sah-sah aku akan kalah. Semua macam dah pakat je gayanya.

Love or Lust ✔Where stories live. Discover now