Bab 29 | Lunch Appointment

16.4K 409 45
                                    

Hubungan kami kembali seperti biasa. Lunch sekali, night call, dan weekend together. Walaupun ada masanya kami bergaduh hal remeh tapi itu semua masih boleh dikawal. Adat la kan dalam sesuatu hubungan?

Status aku akan berubah kepada isteri Haikal dalam masa 2 bulan lagi. Baju untuk majlis nikah dan majlis resepsi sudah siap. Begitu juga soal katering dan tempahan hotel. Kedua pihak bersetuju untuk menggabungkan majlis resepsi kedua belah pihak. Aku dan Haikal pun tak ada masalah. Senang dan tak ada lah terlalu memenatkan.

Cuma soal kad perkahwinan sahaja yang masih belum selesai. MZ Printing tersalah cetak tarikh, jadinya terpaksa kami menunggu sehingga kad yang sudah dibetulkan semula siap.

Tetapi ada satu perubahan sikap Haikal yang aku tak berapa senangi. Ada satu panggilan telefon yang aku tak tahu daripada siapa. Seringkali Haikal akan menjawab jauh daripada aku apabila nombor tersebut muncul di skrin telefon. Ada sesuatu yang Haikal sembunyikan daripada aku kah?

Status aku dengan rasminya penganggur sementara. Bukan aku masih merajuk atau marahkan abang Khai tetapi aku mahu mengambil cuti kahwin. Dua bulan setengah. Lama sangat kan?

***********************

Aku melangkah masuk ke bilik Syed Haikal.

Meja yang berselerak aku rapati. Sekilas tangan aku membelek-belek fail yang terdapat di atas meja. Baru tangan mahu menyusun, aku teringat kata-kata Haikal pada setiausahanya dulu tentang aturan fail dan dokumen-dokumennya. 'Hmm kang kalau ada yang tak jumpa, tak pasal-tak pasal aku kena marah dengan tunang sendiri.'

Aku menghenyakkan punggung atas sofa. Untuk menghilangkan kebosanan, aku mengambil majalah Business di bawah meja kopi dan mengelaknya satu-persatu.

"Kalau sekadar nak main selak-selak, baik tak payah baca." Tegur Haikal tiba-tiba.

Entah bila masanya Haikal masuk ke bilik langsung aku tak perasan.

Majalah di tangan aku letakkan kembali di tempat asal dan mula mencari-cari majalah lain.

Haikal sudah duduk di sebelah aku. Aku mengerling Haikal sekilas yang kelihatan segak memakai kot hitam dengan seluar slack Dockers Haikal memang mempunyai gaya seorang ahli korporat.

"Tak ada ke majalah lain selain Business dan Times? Letak lah majalah Wanita ke, keluarga ke atau tak pun majalah Epop. Baru la tak hambar sangat."

Haikal tergelak besar mendengar bicara Kayla. Ingat ini saloon ke apa nak letak majalah macam tu?

Haikal memeluk bahu aku erat. Menarik aku rapat padanya.

"You dari mana Kay? Lawa semacam je ni." Lembut suara Haikal sambil sebelah tangannya mengelus pipi aku. Haikal bertanya sekali gus menghiraukan pertanyaan aku tadi.

"I dari rumah la. I kan menganggur sekarang ni. Erm Carl..." meleret suara aku. Nada biasa aku gunakan apabila mahukan sesuatu.

"Kenapa?" Haikal terus bertanya.

"I ingat nak kerja sekali dengan you boleh tak? Hmm jawatan tealady ada tak? I rasa tealady pun not bad! Boleh lah I buatkan you kopi tiap pagi, kira macam I bagi strength la untuk you mulakan kerja. Ada tak?"

"Tealady? Haha kenapa you dah tak sabar nak jadi suri hati I ke? Jagakan pakai minum I? Atau jadi housewife I?" Haikal memandang tepat ke wajahku. Tidak mahu melayan soalan mengarut aku.

Haikal tak ada masalah sekiranya Kayla mahu bekerja dengannya, tapi semestinya jawatan disandang adalah setaraf dengan kelulusan yang diperolehlah. Mana mungkin mahu membiarkan bakal isterinya menjawat jawatan tealady.

Love or Lust ✔Where stories live. Discover now