Bab 23 | Kak Intan

16.1K 435 37
                                    

Sudah 3 hari telefon aku senyap sepi, sunyi. Panggilan yang aku tunggu daripada Haikal tetap tidak kunjung tiba. Bukan aku ego tidak mahu cuba menelefon Haikal tetapi mungkin seperti yang Haikal katakan soal perkahwinan kami perlu difikirkan semula. Jadinya aku tidak mahu menganggu Haikal. Aku akan berikan dia masa selama mana yang dia mahu.

Aku belum bersedia mahu berkongsi perihal ini dengan keluarga aku. Mujur aku punya kak Intan untuk berkongsi cerita.

Kak Intan sudi untuk datang bermalam di rumah keluarga aku sebaik habis waktu kerja hari Jumaat. Aku berani ajak kak Intan datang pun sebab abang Khai masih berkursus dan akan pulang sabtu malam nanti.

Lagipun keluarga aku memang dah lama menyuruh aku ajak kak Intan datang ke rumah cuma masa yang tidak mengizinkan.

"Jadi apa cerita Kay dengan dia? Putus atau tunang lagi ni?" Intan bersuara setelah mendengarkan cerita aku.

"Entah lah. Kay pun tak pasti tapi rasanya kami masih bertunang sebab family kami tak tahu pun hal ni plus cincin ni... Kay tak pulangkan lagi." Cincin dijari aku pandang. Nampaknya cincin ini hanya sementara jadi milik aku sebelum diserahkan semula kepada tuannya.

"Tengok gambar tunang Kay tu.."

'Gambar? Baru aku teringat dalam telefon aku tak ada satu pun gambar Haikal. Kebanyakan selfie pun menggunakan telefon Haikal. Nampak sangat endah tak endah aku ni dengan Haikal.'

"Erm tak ada lah kak. Semua dalam telefon dia je."

"Tak ada?! Like seriously Kay? Pasangan yang hangat bercinta pun tahu nak letak gambar partner masing-masing as wallpaper tapi ni jangankan wallpaper, gambar tunang pun tak ada dalam telefon? Haihh Kay...Kay dah lah tak payah fikir sangat. Kalau ada jodoh ada la tu. Dapat akak makan nasi minyak Kay tapi kalau tak ada pun tak apa. Kay muda lagi kan? Banyak lagi lelaki bujang luar sana. Ha kalau Kay nak akak carikan pun boleh jugak. Kat sana banyak lelaki mata biru yang handsome tau. Badan pun sado. Duit pun tak payah cerita la. Untuk adik akak ni, akak sanggup carikan full package tau. Cuma kena bayarkan postage la. Hehe" Sengih Intan dengan lawak sendiri.

"Kann. Jom la kita cari satu. Satu untuk Kay, satu lagi untuk akak. Nanti kahwin anak masing-masing bermata biru jugak."

"Kahwin? Hmm Kay tau tak. Orang kata mamat mata biru ni power tau." Intan berbisik di telinga aku.

"Power? Power apa?" Berkerut dahi aku memandang kak Intan yang mukanya mengorak senyuman nakal.

"Ala naif sangat la Kay ni. Power atas katil la. Power buat anak. Dengar kata ada yang sampai terlolong-lolong tau bila kena henjut sekali."

Merah muka aku mendengar kata-kata kak Intan. 'Eh dia ni share bab hubungan kelamin la kan? Habis kuning la otak aku nanti dek kak Intan ni.'

"Ish akak!! Tak malu kee. Mana tau eh? Dah pernah try eh? Amboi akak pandang rendah laki melayu nampaknya. Dengar dek lelaki melayu nanti teruk akak kena." Aku menyelar dengan muka mula merah menahan malu. Hal ini bagi aku terlalu peribadi untuk berbincang dengan orang lain, sekalipun sesama perempuan.

"Tak payah nak malu sangat lah. Kay pun nak kawin dah nanti. Jangan lupa cerita pula pengalaman first night tu. Mesti-" Mata kak Intan terpaku pada satu arah.

"Mesti apa kak?" Hairan aku bila bicara kak Intan termati tiba-tiba.

'Apa yang kak Intan terkejut sangat pandang tu macam nampak hantu je.' Melihatkan kak Intan yang berterusan pegun melihat imej belakang aku, aku turut pusing belakang ingin tahu apa yang kak Intan pandangkan.

Love or Lust ✔Where stories live. Discover now