Bab 9 | Zafran

21.1K 520 10
                                    

Sedang santai aku bersila atas sofa di hadapan tv sambil mata terarah ke tv. Layan drama DOTS pun best malam-malam macam ni. Mulut pula sibuk mengunyah keropok dari awal drama bermula. Entah siapa punya keropok yang aku bantai ni. Lantak lah siapa suruh letak atas kabinet dapur tu kan.

'Handsome pulak aku tengok captain Yoo Shi Jin ni... Lepas ni nak cari suami askar la senang. Mesti dia tak akan pandang perempuan lain. Aku pun tak ada lah asyik makan hati je. Maklumlah kerja askar kan sibuk, aku seorang pun tak terlayan agaknya. Hikhikhik.' tanpa sedar ketawa mengada aku terlepas.

Pap!

"Adoi sakitlaa. Apa main luku-luku kepala orang ni." Terus aku menggosok bahagian kepala yang disekeh tadi. Kurang asam punya mamat, sesuka hati je main luku kepala orang. Ingat kepala ni tak bayar insurans ke?

"Tau pun sakit. Kau tu la dik. Dah macam tak betul je aku tengok. TV tu tengah scene sedih, kau pulak gelak sorang-sorang macam orang sewel. Kau fikir apa eh? Fikir benda kotor eh eh..." Khairul mula menggiat adiknya.

"Mana ada lah! Abang ni kacau je orang nak tengok tv. Pergi sana la. Orang nak tengok cerita ni, tak payah kacau!" Abang aku sorang ni memang. Mendengki! Saja la tu jealous aku dapat tengok tv ni sorang-sorang. Padahal tv dalam bilik santai tingkat atas pun tak ada orang tengok.

"Biar la abang nak tengok juga. Bak sini sikit keropok tu." Tangan menganggau ingin mencapai keropok dari tanganku.

Terus aku menarik jauh keropok. Tak mahu berkongsi dengan abang. Dia tu kalau makan 5-6 kali suap je boleh habis terus. Langsung tak ingat kat orang dah.

"Hei kedekut punya budak kecik. Bak la sini. Tu abang yang beli tau. Patutlah cari tadi tak jumpa. Kau rupanya yang amik." Terus tangan Khai berusaha merampas keropok dari pegangan kejapku.

"Tak boleh tak boleh. Abang makan la yang lain. Banyak lagi abang beli kan. Yang orang makan juga dia nak. Sajalah abang tu mendengki!" Terus aku memukul kuat lengan abang apabila dia berjaya merampas keropok daripada aku.

"Dah tekak abang nak makan yang ni punya, so memang tak ada lah nak makan yang lain." Khairul terus menyuap keropok ke dalam mulutnya. Menghiraukan aku yang berwajah masam dan berpeluk tubuh tidak puas hati!

Sedang seronok aku menonton babak Yoo Shi Jin mengusyar awek dalam tv, tiba-tiba skrin bertukar hitam. Alamak tak kan lah masa ni jugak nak putus elektrik. Tapi kalau black out bukan semua sekali elektrik mati ke? Lampu elok je terpasang, air-cond pun sejuk je aku rasa.

Terus aku mengecilkan pandangan ke arah Khai. Bila terlihat je remote tv dalam genggaman dia, memang sah aku tak silap dah!

"Abangggg!! Siapa suruh tutup tv? Bukak la tv tu orang nak tengok lah. Ya Allah sakitnya hati orang ni. Abang ni memang saja kan. Risya dah bagi kan keropok tu apa lagi yang tak puas hati ni?!" Suara aku terus bergema kuat di ruang tamu.

Keluarga aku lebih senang menggelarkan diri aku sebagai Risya. Aku pun tak kisah sangat sebab dua-dua nama aku kan. Asalkan bukan 'woi' dan 'Bat' (singkatan kepada Batrisya) sudah la.

"Alah kau ni dik, esok ulangan drama tu adik tengok lagi. Tak bosan ke tengok dua kali?" Dah tahu tabiat adik dia seorang yang ni suka tengok episode sama berulang kali. Khairul yang tengok pun naik juling dah mata tengok mamat korea tu.

"Sini abang nak tanya sikit. Adik dah ada kerja ke? Rileks je abang tengok kau ni.."

"Kenapa tanya? Biarlah orang nak rileks pun, bukan kacau masa abang pun." Terus aku berpeluk tubuh seraya menjulingkan mata ke atas.

Geram dengar jawapan Risya, tangan Khairul cepat saja naik meluku kepala Risya sekali lagi. "Tak kacau abang kau kata? Habis tu siapa yang tiap minggu ceroboh masuk bilik orang dengan muka tak tahu malu tu minta duit? Kadang belum sampai seminggu lagi orang tu datang lagi minta duit abang. Tak kacau abang ke tu namanya? Orang suruh kerja tak nak. Pemalas!"

Love or Lust ✔Where stories live. Discover now