Bab 18 | Kiss

33.9K 494 53
                                    

"Kay not here please... Please listen to me first." Haikal bersungguh memohon pengertian aku. Tidak mahu pergaduhan kami menjadi tumpuan orang ramai.

Kedua bahu aku dicengkam menghadap dirinya. Berusaha menenangkan amarah aku.

Mata aku berterusan memandang tajam dirinya. Belum puas rasanya biarkan amarah aku bersisa dalam diri. Nak je aku pukul-pukul dada sasanya yang masih berbalut baju kemeja itu.

Cengkaman tangannya di bahu, aku tepis kasar. Tangan mula naik memukul dada Haikal.

"I benci lelaki yang tak tepati janji. I benci!! You pun sama je macam lelaki lain. Semua sama je!!"

Melihatkan aku yang seakan tidak terkawal dengan amarah, Haikal segera menarik aku ke satu sudut yang tersorok. Menolak aku kebelakang kuat hingga belakang aku terasa perit menghempap dinding.

Baru aku mahu memukul Haikal kembali, kedua pergelangan tangan aku dipaku kemas ke dinding. Membuatkan aku meronta-ronta cuba melepaskan cengkaman tangannya.

"Kay please. You boleh tak cuba dengar explanation I dulu? I know my fault sebab tak datang on time tapi I bukan saja-saja nak datang lambat. Ada emergency case kat site tadi. Takkan I nak suruh papa I yang tak sihat tu pulak pergi site instead of me anak dia sendiri." Tegas penjelasan Haikal berjaya menyurutkan amarah aku.

"Naufal?" Nama Naufal terluah di bibir tanpa dapat ditahan.

Haikal memandang aku tajam. Lama. Sebelum menjawab "Huh budak tu awal-awal belum habis waktu kerja lagi dia dah cabut keluar. Memang salah orang la kalau nak mintak tolong."

"Erm Carl please...." suara aku mendesis kesakitan. Cengkaman kuat tangannya terasa bagai menjerut pergelangan tanganku.

"What? You tak percaya dengan apa yang I kata?"

Haikal memang! Tak pernah nak biar aku habiskan ayat aku dulu. Geram betul!

"You're hurting me Carl. You nak putuskan tangan I ke apa?" Aku membalas renungan tajamnya sebelum perlahan tangan aku terasa bebas.

"Eh sorry Kay, I tak perasan. Still hurting?" Tangannya naik mengusap tanganku yang mula berbekas kemerah-merahan.

'Bukan sakit mana pun tapi saja nak buat you rasa bersalah dengan I'. Tidak terluah, kata-kata itu aku cuma biar dalam berlegar dalam kepala.

"Dah la jom makan. I lapar. Dari tadi perut I berbunyi." Dada Haikal aku tolak, melepaskan diri daripada terperangkap ditengah-tengahnya. Kaki pun mula melangkah meninggalkan Haikal di belakang.

'Nak buat free show ke apa kat depan cinema tu. Buat malu je gaduh hal kecik macam gaduh hal suami isteri pulak.'

"Ye ke berbunyi? Tak dengar pun. Meh I nak dengar sikit." Haikal membongkok cuba mendengar bunyi dari perut aku yang dikatakan berbunyi tadi.

"Hey Carl janganlah! Nanti orang kata I preggy your child pulak. Dah jom lah kita keluar." Tubuhnya aku paut supaya tegak semula.

Beberapa pasang mata mula memandang ke arah kami. Ada yang tersenyum sinis malah ada juga yang berbisik-bisik dengan pandangan tidak puas hati. 'Ah malas nak fikir! It's my life not yours. Lantak kau orang la nak kata apa pun.'

"Slow la sikit Kay. You laju nak kejar apa ni? Kay...sakit lagi ke tangan you?"

Sekali lagi langkah aku terhenti bila Haikal menarik tangan aku ingin membelek kesan kemerahan yang berpunca daripada dia.

Love or Lust ✔Where stories live. Discover now