Reunion !

11.8K 497 25
                                        

Anastasia

Rumah banglo milik Ella tersergam indah. Halaman rumah dihiasi lampu malam berkelipan. Lagu classic Over the Stars by Miranda Albesa dimainkan. Malam ini ialah party reunion untuk rakan sekelas. Buat reunion, tapi nampak macam majlis kahwin. Maklumlah, Ella sifatnya memang high class. Sebab itu Anastasia dan Ella jadi best friend , dua dua memang dibesarkan dalam keadaan keluarga yang kaya. Cuma Anastasia lebih low profile.

Rakan sekelasnya yang lain masih belum kelihatan , yang ada cuma Samad dan Dean. Anastasia tertanya-tanya apa yang mamat dua orang tu jadi selepas 6 tahun tak jumpa. Masing masing dah ada kerjaya sendiri nampaknya.

" Hey Samad ! Dean! Lama tak jumpa u guys "- Anastasia menegur mereka berdua. Mereka berdua memalingkan wajahnya ke arah Anastasia ,

Gulp..

Boleh berterabur iman tengok Anastasia. Anastasia memakai jubah berwarna pink cair dengan sulaman putih yang cantik dengan tudung gaya Neelofa berjalan ke arah mereka. Selendang kelabu dipakai labuh. Memang sekali nampak macam model tudung .

" Haii Anastasia... kau. Kau makin emm cantik aku tengok "- ujar Samad.Jejaka yang rupanya persis Alif Satar itu hanya tergamam melihat kecantikan Anastasia. Dia pelik apehal lah Hakim tak nak terima cinta si Anastasia ini? Kalau aku memang terima dengan jiwa yang terbuka. Cewahh

" Haha thanks Samad, emm apa pun kau kerja apa sekarang ini? Lama tak nampak batang hidung -" Anna bertanya.

" Aku sekarang jadi one of upcoming popular actor. In short, aku bakal pelakon. Insyallah -" Samad memberi penjelasan. Wajahnya biasa biasa sahaja bukannya hensem pun tapi sebab minat akan bidang teater ni yang membuatkan dia ingin jadi seorang pelakon.

" Kau pula Dean..? "

" Aku? Aku jadi peninju je. Nothing big lah "- ujar Dean. Acah merendah diri konon. Patutlah badan tegap semacam. Fikirkan Hulk manalah tadi.

" Ouh okay bye, aku pergi dulu "- Anastasia meminta izin mengundur diri dan segera mencari Ella. Kawan kesayangannya.

" ANASTASIA IS THAT YOU??!! " jerit Ella kegembiraan dan memeluk erat Anastasia seakan akan tidak percaya apa yang ada di hadapannya sekarang. Rindu.

" Relax lah Ella , kau nak aku mati tercekik tak boleh bernafas ke apa? "

" Okay okay sorry. Ha kejap lagi Jack , Gloria, and Ogy dan Jiman sampai lah tu. Diorang naik satu kereta. Jimat minyak katanya hahahh "-

Tiba tiba bunyi hon kedengaraan. Kereta Honda putih jelas kelihatan di luar pagar.

" Hah. Panjang umur diorang! Dah jom jom kita pergi sambut tetamu khas kita ." -Ella kemudian mengajak.rakannya itu keluar.

Anastasia tersenyum lebar. Rindu zaman persekolahannya dahulu. Sekarang ni... why not kita cipta balik nostalgia ?

Masa untuk game lah apa lagi ?

----------

ANASTASIA

" TERIMA JELAH kau dah kalah Jiman! Bwahahaha " - aku berkata kepada Jiman. Kami sedang bermain Nerf di perkarangan rumah Ella. Yes Nerf. Macam budak budak , ya aku tahu . Jiman terkena tembakan aku, see aku dah kata aku ni cool. Boleh buat macam macam.

" ANNA!! SIAP KAU AKU TARIK TUDUNG KAU NANTI BARU KAU TAHU! - Aku tak akan belanja kau pizza! Kau dengar tu! " Jiman meronta ronta sambil Jack menarik badan Jiman kebelakang. Aww so dramatic . Jack pula macam biasa malas nak layan.

Kesimpulannya team perempuan yang menang. Ella, Anna , Ogy dan Gloria. Muka semua depan depan nampak lembut.. tak tengok lagi bila.kat belakang. Mengalahkan singa - garang namati

" Dah aku dah penat- jom makan! "- Dean berkata. Memang boleh jadi gila kalau satu geng dengan Anastasia . Semua gila . Umur dah 25 tahun lebih main nerf macam budak kecil. Semua menyorok bawah dapur lah apa lah. Haishh.

"Okay team girls yang menang ya. Losers! Dah jom makan ." - Ella berkata. Tiba tiba mata aku memandang sebuah kereta Ferrari.merah di hadapan banglo milik keluarga Ella.

" Ermm... Ella nak tanya siapa yang ada dalam Ferrari tu?."

" Hmm entahlah jom tengok, aku rasa semua dah datang reunion ni kecuali........ "

Aku dah panik. Mungkin sebab aku dah tahu jawapan yang bakal diungkap oleh Ella.

"... kecuali si Hakim Zachary"- jelas Ella sambil tersenyum kelat kearah ku.

" What?!! Hmm dia datang ke? Weh serius lah jangan! "-

" Eh mestilah dia kena datang! Susah betul aku nak jemput dia kau tahu? Mentang-mentang dah jadi traveller terkenal aku kena buat surat bagi kat setiausaha dia baru lah boleh approve. I mean, kita kawan right? Takkan sampai nak tempah tempah ni? -" jelas Ella kegeraman. Semua sibuk dengan kerja masing masing. Tapi yang paling sibuk ialah Hakim. Entah apa ntah kerja dia pun dia gak tahu.

" Kita tunggu je siapa yang keluar dari kereta tu. Tapi kan, kalau betul betul Hakim yang muncul . Kau nak buat apa Anna? -"

Aku hanya mengelipkan mata ku berkali kali. Sial kenapa aku nervous semacam ni? -

" Apa.. aku nak buat kalau jumpa dia? ... Aku akan lari. Lari sampai afrika kalau aku perlu -"

" Kau tahu kan kau tak boleh pergi Afrika sekarang ni? -"

Anastasia hanya mengangguk. Lalu semua mata memandang seorang jejaka yang sedang membuka pintu kereta dan keluar .

Sudah terang lagi bersuluh .

Jejaka itu adalah Hakim! Oh em gee guys Hakim! ( cuba untuk bernafas)

Hakim keluar daripada kereta dengan pakaian yang segak. Jacket coklat dan T-shirt putih di dalamnya sesuai dipadankan bersama. Beg sandangnya cuma disandang sebelah bahu sahaja. Sekali tengok macam orang cowboy yang pakai jacket dan but. Mukanya matang dan nampaklah perubahan sedikit. Dia juga memakai topi hitam pelengkap gaya.

Aku anggap dia akan terkejut tengok aku... tapi apa yang aku tak sangka dia berjalan masuk ke rumah dengan senyuman. Semua mata memandang Hakim. Kacak dan bergaya ( cewah) .

" Hai semua! Oh hai Ella, ape pun sorry Ella aku lambat. Emm.. ada kerja sikit tadi. -" Hakim berkata sambil tersengih. Matanya kemudian beralih kearahku.

Relax Anna,...buat macam biasa okay? Fuhh

Namun apa yang aku paling tidak sangka ialah...

apabila dia memantulkan senyuman mahalnya dan berkata ;

" Eh Hai Anastasia ! Nice to see you. You look good in your hijab . Makin lawa -" Hakim berkata dengan selamba, tiada rasa kekok mahupun malu.

Aku terdiam... okay guys.. mana inhaler? aku tak boleh bernafas sekarang ni.

----

A/n hey my story dah keluar lah! Hahaha





Dia, Jejaka CharmingTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang