BUDAPEST

5.4K 380 14
                                        

  Pejam celik, pejam celik kami sudah pun sampai ke Budapest, Hungary. Jam di tangan menunjukkan 12 tengah hari . Kali ini boleh berjalan jalaan dari siang ke malam sebelum kami naik ke train seterusnya. Tanpa membuang masa , aku terus mencari tempat menyimpan beg. Tak sanggup rasanya nak pikul beg 10 kg ni ke hulu ke hilir.Kawasan tempat meletak beg terletak di bahagian kanan stesen. 

Destinasi seterusnya ialah Buda Castle Labyrinth . Mata yang mengantuk ini menjadi segar melihat permandangan kota Budapest yang sangat padat dihiasi seni bina mengangumkan merangkumi pelbagai era hasil penaklukan negara asing seperti Rom, Bulgaria,Turki Uthmaniyah sehinggalah penjajahan komunis. Buda Castle ini merupakan kompleks istana raja raja Hongaria di Budapest yang siap di bina pada tahun 1265. 

Aku dan Hakim mula melihat bahagian dalam istana. Istana ini terletak di bahagian atas - bukit yang membolehkan kami semua melihat permandangan indah bandar Pest. Aku apa lagi, tidak jemu jemu untuk menangkap gambar. Mencari spot sesuai bagi menyerlahkan kecantikan gambar. Aku tidak lupa juga untuk membuat video pendek bersama Hakim ,  terasa macam dah masuk zaman dulu dulu dah ni. Seni bina dia tak payah cakap lah, cantik gila!!

" Hakim, berapa harga istana ni? "- aku dengan selamba bertanya,. Saja je nak mulakan conversation.

" Tak ternilai Cik Annastasia. Kenapa,kau nak beli ke?"

Aku yang tersenyum kelat. Cett kalau aku nak beli pun apa salahnya kan? Tapi sebelum sempat beli aku dah meninggal dulu sebab muflis. HAHAHA

" Mana ada, haih cantik betul istana ini. Untung lah prince and princess yang duduk dalam istana kan? 

" Tak untung pun "- jelas Hakim sambil mengunyah keropok yang dibelinya.

" Kenapa pula? . Istana besar, gaun cantik, malam tari menari. Semua itu fantasi untuk perempuan perempuan kat luar sana. Well, aku  pun teringin juga nak pakai gaun kembang macam Cinderella tu en. Menari dengan putera idaman.Hmm " -  

Amboi, besar betul angan angan kau Anastasia. 

" Memang betul, tapi satu je masalah kalau kau duduk dalam istana "- Hakim berkata sambil memandang ke arah ku

" Apa dia?"

" Kau tak bebas-.. Kau tak boleh pergi travel mana mana tanpa bodyguard, kau tak boleh menari tengah tengah jalan tanpa sebab, kau tak boleh makan gelojoh, All you must do is to be polite and ladylike. Dan ... aku tak rasa kau ni jenis yang sopan . Hahahah "- jelas Hakim. 

" Hello! Tolong sikit eh. Saya sopan lagi ayu tau sekarang ni. Zaman sekolah dulu lain cerita. Masa itu hingusan , tak matang lagi. " - aku mencebik. Malu rasanya bila teringat zaman sekolah dulu,

- " Tahu tak apa. Hingus meleleh lagi masa tu . Rambut serabai , baju sekolah lengan lipat keatas, gaya kau macam nak makan orang . Grrr.. " - Hakim berkata sambil membuat gaya ala ala kucing cakar angin ke arahku. Giigi taringnya jelas kelihatan. Ini kalau letak bedak sikit dah boleh jadi vampire dah. 

" Pandai juga eh buat kelakar. Terasa nak gelaklah. Ha. Ha. Haaaa " - perliku kepada Hakim.Mata juling ke atas ciked.

" Okay dah lah Anna, jom kita pergi beli makanan. Aku lapar and hari ni aku belanja kau . "-

Jelas Hakim kepadaku. Aku apa lagi melompat lah macam anak tikus. Aku menelengkan kepalaku sedikit ke bahu Hakim sambil tersengih sengih ikan masin. 

" Ice cream? "

" Bukan." Hakim menggeleng.

" Keropok?"

" Nope "

" Pasta ? "

" Tak, pasta dah bosan "

Jenuh kepala aku memikirkannya. Haih

Dia, Jejaka CharmingTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang