Squad hangout

4.4K 297 39
                                        

    (Video di atas is Pulau Kapas)


" Hakim , jom hang out dengan kawan kawan saya "- Anastasia berkata sambil mulutnya penuh melahap cekodok hangus buatannya sendiri. Hakim menolak keras untuk merasa resepi cekodok yang dibuat oleh Anastasia. Al kisahnya terpaksa lah Anastasia makan cekodoknya sendiri . Bukannya tak sedap, sedap apa aku buat. Hakim je terlebih cerewet mengalahkan chef dalam Masterchef- getus Anastasia . Hakim yang sedang leka menaip sesuatu di laptop Asus nya mengangguk tanda setuju. 

" Hakim! Awak dengar tak apa saya cakap ini!"- rengek Anastasia. Dia tak suka apabila Hakim tidak memberi perhatian ketika dia bercakap. Girls always want attention. Hakim hanya mengeluh ringan. 

" Ya sayang, saya dengar . Saya okay je. Tapi Anna, bila kita nak hang out sama sama? Awak pun tahu kan semua orang busy dengan life masing masing -" jelas Hakim menerangkan logik akalnya kepada akal senget Anastasia. Anastasia mengangguk tanda setuju.Tapi itu tidak bermakna dia menyerah kalah. Dia sudah ligat membuat rancangan trip 2 days one Night di Pulau Kapas, Terengganu. Lagi best kalau boleh hang out sama sama dengan kawan sehidup sematinya- Ella. Malah bukan itu sahaja, suasana Pulau yang  romantik sesuai untuk Anastasia berdua duaan macam dalam music video retro Melayu 90-an dengan Hakim.  Alahai..indahnya.

" Saya tahu, itu biar saya yang handle. Tugas awak cuma ikut je semua plan saya. Deal?"- Anastasia kemudian menghulurkan tapak tangannya untuk bersalaman dengan suami kesayangan. Hakim pula hanya memandang Anastasia dengan penuh rasa curiga. Walaupun baru 3 bulan berkahwin, dia sudah tahu perangai Anastasia bagaimana.

" Perlu atau tidak saya risau dengan plan awak ini?" - tanya Hakim. Anastasia ini bukan jenis boleh percaya. Muka cantik tak semestinya pandai, Kadang kadang otak senget Anastasia itu ada sahaja yang idea yang timbul untuk mencetuskan huru hara.  Pernah sekali Anastasia prank pak cik-pakcik guard di sebuah pasaraya  dengan buat buat pengsan supaya Ella dapat menyusup masuk pasaraya tersebut lebih awal daripada orang lain. Bila ditanya kenapa buat macamtu, katanya ada Sale diskaun 50 percent pada hari tersebut. Haih perempuan.

" Don't worry . Plan saya semua nya baik-baik . No evil plan if that is what you are thinking"- kata Anastasia dengan penuh serius. Namun Hakim sempat menangkap senyuman sinis Anastasia dan pandangan mata yang cukup dikenali. Sah, memang sah perempuan ini ada merancang sesuatu.

Apabila Anastasia berjanji macam tu, lagilah Hakim berasa gelisah. Ya allah kuatkan lah aku untuk menghadapi segala rancangan perempuan Jahat dihadapan ku ini. Rintih Hakim di dalam hatinya. Semoga semua nya berjalan lancar . Amin

--

Trip 2 days 1 night di Pulau Kapas sudah pun bermula. Kali ini, Fazri dan Jasmine turut ikut sama.  Ezira dan Ayi. Jiman dan Jack. Ella dan Georgia. Perfect. Semua  rakan seperjuangannya bersetuju untuk mengikuti program percutian anjuran Anastasia Reyna. Mereke semua sudah sedia maklum bahawa trip ini pasti akan penuh dengan kucar kacir. Tengoklah siapa yang handle. Anastasia yang rancang? Memang hancur dunia ini.

Memandangkan ini bukan trip untuk honeymoon.Anastasia dan semua rakan perempuannya tidur di dalam satu chalet besar. Khas untuk girls. Satu lagi untuk para lelaki . Hakim pada mulanya tidak setuju . Sepatutnya dia tidur sebilik dengan Anastasia since mereka berdua suami isteri ,akan tetapi Anastasia tetap berkeras untuk tidur berasingan. Dia tidak mahu plan yang dia rancangkan terbongkar. 

Trip ini bukan trip biasa biasa. Its all about Girls vs Boys,

--

1. Volleyball 

Pertandingan volleyball antara lelaki dan perempuan antara salah satu agenda dalam trip to Pulau Kapas. Jasmine merupakan pengadil memandangkan dia arif dalam peraturan permainan. Ezira,Anastasia,Ella dan Georgia - Girl Group. Manakala Hakim,Fazri ,Jiman dan Ayi Haiqal - Boy Group. Jack pula menjadi pemain simpanan since dia tidak pandai main volleyball. 

Dia, Jejaka CharmingCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang