France

4.6K 301 9
                                    

Anastasia

Kota cinta. Tak sangka aku dapat jejakkan kaki di negara yang aku memang mengidam nak pergi.

PERANCISS!!

Kami kini berada di Arc de Triomphe yang dibina di tengah tengah kawasan Place de I'Etoile . Pembangunan monumen ini adalah untuk hargai jasa tentera Napoleon setelah kemenangaannya di petempuran Austerlitz.

Macam mana aku tahu? Aku baca buku lah. Itulah korang malas baca buku tak tahu apa.

Ok gurau hahaha

Actually, aku hanya mendengar apa yang Hakim sedang katakan kepadaku. Mulutnya tidak lekang dengan informasi yang bermanfaat. Dia dah macam wikipedia bergerak aku tengok. Bukan dia nak menunjuk dia pandai ke apa,cuma dia suka benda benda macam ni. Pengetahuan yang luas memang menjadi keutamaan dia.

" Hakim ... dah lah cakap benda benda sejarah pasal monumen Arc De Triomphe ni . Awak tahu kan saya tak suka sejarah -" jelasku sambil menguap .

" Hrmm.. kau nak tahu tak, pada tahun 1806. Tentera Napoleon.. -"  Hakim dengan selamba meneruskan celotehnya dengan harapan untuk annoy aku dari hujung rambut sampai hujung kaki.

" Tak. TAK NAK dengar. Jom pergi Eiffel Tower cepat !-"

Dengan segera kami berjalan ke Eiffel Tower. Perjalanan memakan masa 10 -15 ninit. Sampai sahaja di situ, aku ternampak beberapa penyanyi jalanan menyanyi dengan penuh jiwa dan raga.

" Hakim , saya nak buat dare -" jelasku sambil membuat senyuman sinis.

Hakim yang sedikit terkejut bertanya kepadaku -:

" Jangan kata kau nak aku menyanyi depan orang ramai tu? Jadi penyanyi jalanan ?-"

" Aww , awak memang faham kan apa yang ada dalam kepala otak saya ni.!? -" jelasku dengan nada yang manis .

" Tak, aku tak nak -"

" Alaa... please lah. Saya rasa semua viewers awak akan suka bila awak menyanyi .Pewliss -"

" Still,aku tak nak .-"

" Kalau awak tak buat saya post dekat instagram video awak menari pakai pajama spongebob -" ugutku. Hah, sbenarnya aku tiada pun video tu.

" Sejak bila pula aku menari pakai pajamas spongebob?! -" muka Hakim berkerut seribu sambil melihat aku seperti orang gila.

" Ada! Saya memang nampak awak menari pakai pajama! Betul lah!" - aku dengan penuh berkeyakinan mempertahankan pendirian aku. Reaksi Hakim, hanya selamba. Dia tak nampak macam nak layan aku langsung. Bosan nya orang macam ni. Aku merepek sikit tak nak layan. 

" Kalau aku menyanyi, kau boleh diam tak-?" -

Kalau aku serigala, telinga aku dah lama naik ke atas bila dengar apa yang Hakim kata. Aku menoleh ke arahnya dengan wajah yang bersinar sinar.

" Tapi awak betul-betul nak nyanyi ke? Like really? -" aku bertanya. Bila fikir balik takut lah pula kalau permintaan aku ni keterlaluan.

" Kalau itu yang boleh buat kau diam,aku menyanyi-". Tanpa sempat aku menjawab kata katanya. Hakim sudah pun pergi ke arah penyanyi jalanan tersebut dan request sebuah lagu untuk menyanyi bersama-sama penyanyi tersebut.

Band nyanyian itu terdiri daripada lima orang. Vokalis utama , rambutnya berwarna coklat dan mata yang sedikit kebiruan. Ironinya, penyanyi itu kemas berkemeja. Aku boleh tahu, dia menyanyi hanya sekadar sambilan sahaja.

Aku melihat Hakim menanggalkan kot hitamnya dan menonjolkannya segak berkemeja putih.

" This song is called -Unbreakable by Westlife -"

Dia, Jejaka CharmingWhere stories live. Discover now