Kejadian menunjukkan beberapa hari sebelum Ayi Haiqal, adik Fazri yang hilang sejak setahun yang lalu ditemui di jalan raya .Sebab hilang : diculik semasa dalam melakukan siasatan ke atas Tan Sri Kalid secara rahsia
Jasmine
Suasana suram menemani tubuh badan Jasmine yang kaku . Hujan yang membasahi bumi menggambarkan perasaannya sekarang ini. Bilik tidurnya berada dalam keadaan yang kalut. Bersepah. Rak bukunya jatuh, kaca berderai. Almari pakaiannya penuh dengan kesan darah akibat amukan ayahnya sendiri.
Badannya terbujur kaku - bunyi tapak kaki dari luar jelas kedengaran. Syaitan berbadankan manusia sedang menghampirinya dan menyeret Jasmine masuk ke dalam kereta. Jasmine masih separuh sedar, apa yang dia tahu, dia kemudian ditempatkan di kawasan hutan. Cabin usang yang besar menjadi pelindung.
Suara jeritan manusia menempelak telinga Jasmine. Setiap daripadanya diikat di kerusi . Suasana seakan akan di dalam penjara. Semuanya seperti menunggu untuk dihukum gantung.
" Jasmine, duduk sini diam diam. Papa nak uruskan hal lain -" Tan Sri Kalid berkata lalu mengucup dahi anaknya itu. Jasmine berusaha untuk tidak mengeluarkan kata kata kesat yang boleh menimbulkan lagi amarah ayahnya. Perit . Kenapa hidupnya perlu menjadi sebegini rupa?
Tangannya diikat dan Jasmine dicampakkan ke dalam bilik yang penuh dengan mangsa kejahatan ayahnya itu. Semuanya kelaparan, badan yang cengkung.
Jangan tanya mengapa ayahnya berbuat demikian. Memburu manusia seperti memburu haiwan.
Psychopat. -keadaan di mana penyakit mental yang bertindak agresif dan obsesive dalam mencapai matlamat dan keinginan.
Namun, seorang lelaki yang masih sihat meraih perhatian Jasmine. Badannya tidak kurus kering seperti yang lain. Namun wajahnya masih kelihatan lemah dan lesu.
Jasmine duduk disebelah jejaka tersebut menunggu masa untuk layu ke tanah. Lebih kurang satu jam juga dia duduk tanpa berkata apa apa.
" Kenapa kau kena tangkap?" - lelaki tersebut memulakan bicara. Baju uniform menjelaskan bahawa dia seorang tentera di kawasan ini.
" Ayah saya kurung saya dekat sini. -" jawab Jasmine dengan lemah dan tersenyum kelat.
" Ayi. Nama aku Ayi Haiqal. Kau? -" jejaka tersebut memperkenalkan diri
" Jasmine ." -
" Aku macam pernah dengar nama itu" -jelasnya. Kata kata Ezira bergema di dalam mindanya
' Aku ada adik nama dia Jasmine, dia cantik dan baik. -"
" Kau adik Ezira kan?-" kata Ayi Haiqal lalu memandang Jasmine dengan tenungan yang kosong.
Jasmine kaget. Lelaki ini kenal Ezira? Tapi bagaimana?
" Aku kawan dia dulu. Tapi sekarang dia dah hilang, aku sendiri tak tahu dia dekat mana sekarang . Aku tak boleh nak buat apa walaupun ramai yang sedang mencari dia sekarang ni-" keluh jejaka tersebut. Matanya ditutup rapat.
" Kenapa..kenapa semua cari Ezira?-" tanya Jasmine walau dia sudah tahu jawapannya.
Ayi tersenyum kelat . " Aku tak tahu, tapi apa yang pasti dia dalam bahaya -"
Jantung Jasmine berdegup laju. Ezira dalam bahaya. Peluhnya dikesat ; dia sudah gagal. Dia gagal untuk selamatkan ibu dan kakaknya. Air matanya mengalir perlahan. Semua yang dilakukan hanya sia sia.
" Jangan menangis boleh tak? Ayah kau bukan boleh pujuk pun -" kata Ayi Haiqal dengan selamba. Jasmine hanya tergelak kecil. Air matanya dikesat berkali kali.
YOU ARE READING
Dia, Jejaka Charming
RomanceDia datang bila aku dah move on, Dia jadi lagi kacak, lagi berpengaruh - yang paling penting dia LEMAH LEMBUT!. Sekejap bukan lembut macam sotong, maksud aku dia lagi charming gitu. Semua jadi cair dengan dia ( termasuk diri ini) S...