Jasmine

5.1K 297 49
                                    



   Eliya Iskandar , isteri kepada Tan Sri Kalid bergegas ke dapur untuk memasak  makan malam suaminya - Ezira dan Jasmine turut membantu menyiapkan hidangan . Jika dilihat, mereka seperti keluarga yang normal sahaja. Ezira, seorang gadis yang cantik bertudung manakala Jasmine memiliki rupa paras gadis Hollywood. Wajahnya amat cantik - namun badannya penuh dengan luka dan parut yang ditinggalkan oleh bapanya - bapa durjana. 

" Mama, bila ayah nak datang ini? "- Jasmine merungut, dia memang tidak pernah suka apabila ayahnya melawat ke rumah. Hatinya sentiasa girang jika lelaki berhatikan syaitan itu tidak datang ke rumah .

" Nanti dia sampailah, pergi sediakan pinggan atas meja "- jawab Pn .Eliya dengan nada yang lemah. 

" Mama,... kenapa kita kena hidup macam ini ?-" Ezira, dengan lemah memotong bawang sambil mengeluh panjang. Ezira rindu kan kehidupannya yang dahulu, yang bebas bergaul dengan semua orang. Yang bebas melakukan apa sahaja yang diminati. 

Namun sekarang, mereka bertiga tidak dibenarkan sama sekali untuk keluar dari rumah bangalow yang besar ini kecuali dibenarkan oleh Tan Sri Kalid. Ya, Ezira tidak menyambung pelajarannya di mana mana universiti begitu juga Jasmine. 6 tahun. 6 tahun terperangkap di dalam rumah yang terpencil. Bungalow yang terletak di hujung bukit di dalam sebuah pulau yang indah. Pulau Bohey .Hanya taman taman bunga yang menemani.  Gila bukan?

" Mama , dah tak tahu nak buat macam mana lagi Ezira.. mana kita nak lari? Dia kurung kita dalam rumah ini, bagi kita semuanya ; duit, baju,barangan mewah yang lain. Tapi bukan kebebasan. Kalau kita lari sekalipun,..dia tetap akan jumpa kita -" tangis Pn Eliya  .

" Sampai bila mama? Ezira tak nak hidup macam ini lagi! Ezira nak keluar dari sini,nak hidup normal macam kawan kawan Ezira yang lain. Ezira sanggup mati berlari keluar cari jalan untuk pergi dari sini, daripada duduk dalam rumah ni !. Jasmine boleh lah keluar, bila dia kahwin dengan anak dato mana ntah. Dia boleh bebas! Tapi macam mana dengan Zira, macam mana mama ?!!"- jerit Ezira . Dia tak tahan lagi, setiap saat setiap hari - bayangkan betapa peritnya bila terperangkap dalam kawasan yang terpencil - tiada kawan untuk bermain. Tiada kebebasan.

Jasmine hanya menangis, dia berjalan perlahan lalu mengenggam erat tangan kakak tirinya itu dan  berkata .." Jasmine, tak- akan tinggalkan Zira dengan Mama, Jasmine janji bila Min keluar, Jasmin akan minta pertolongan , bebaskan mama dan Zira . Jasmine bersumpah , kalau nyawa Jasmin jadi pertaruhan untuk bebaskan mama dan Zira, Jasmin sanggup. Jadi tolong, tolong bertahan sikit lagi kakak Zira .." - rintih Jasmin.

Dia tidak akan tinggalkan keluarganya di belakang, dia berjanji dia akan bebaskan mama dan kakak tirinya daripada penderitaan yang terlalu lama. Dia mengaku , dia diberi kelebihan untuk keluar daripada pulau ini untuk menemani bapanya ke mana -mana acara fashion yang berprestij. New York, London mahupun Paris.

  Ibunya meninggal sewaktu melahirkannya, dan bapanya- Tan Sri Kalid berkahwin secara rahsia dengan Eliya beberapa tahun yang lalu . Tidak ramai yang tahu akan Tan Sri Kalid mempunyai isteri yang lain. Bak kata orang, lelaki nisbah 1 kepada 4. Mana tahu, bukan mama tirinya sahaja yang menjadi mangsa?

Kini, dia dikehendaki untuk berkahwin dengan anak Dato yang dia sendiri tidak tahu nama jejaka tersebut. Dia tidak ingin pun tahu siapa jejaka pilihan ayahnya itu. Cinta dan perkahwinan bukan keutamaan dalam hidupnya sekarang. Umurnya baru sahaja mencecah 18 tahun, kenapa perlu berkahwin terlalu awal?. 

" Dah, dah cepat hidangkan makanan ini- jangan nangis lagi. Mama tak pernah ajar anak mama untuk jadi lemah, dan Jasmine..,"- Pn Eliya memanggil Jasmine dengan lembut.

" Ya Mama, .." jawab Jasmin sambil  memeluk erat mamanya itu. 

" Kalau Jasmin keluar, jasmin tahu tak nak minta tolong siapa?"- tanya Pn Eliya

Dia, Jejaka CharmingWhere stories live. Discover now