" kau cuma sedar kau cintakan dia bila kau sedar kau akan kehilangan dia "
Fazri mengiringi Pn Eliya dan Ezira menaiki kereta. Perjalanan ke balai polis Kuala Lumpur mengambil masa dalam 2 jam setengah. Kedua dua anak beranak sudah pun nyenyak tidur. Jam menunjukkan pukul 4 pagi. Sampai ke balai terus solat subuh di sana. Kapten Kamil berada di seat bersebelahan Fazri." Fazri , kita dah selamatkan mangsa lepas ini kita mahu buat apa?-" tanya kapten Kamil .
" Kita tangkap lah orang tua itu, nak buat apa lagi? -" sengih Fazri . Walaupun hatinya gusar- tak kan semudah itu Tan Sri Kalid masuk ke penjara?
Beberapa jam perjalanan, Fazri memandu keretanya menuju ke jalan yang gelap gelita. Tiada lampu jalan menyuluh . Hanya lampu kereta hadapan menemani.
Namun, tiba tiba kereta Fazri seakan akan terlanggar sesuatu dan membuatkan Fazri membrek secara mengejut. Ezira dan Pn Eliya turut terjaga dek kerana hentaman yang tidak diketahui identitinya.
" Fazri , kau dengar tak apa aku dengar?-" suara Kapten Kamil kedengaran saspen.
" Kau jangan main main Kamil , anggap je lah aku dah terlanggar babi hutan . Main main macam ada hantu pula"- ujar Fazri . Walaupun dia merasakan bahawa kata-kata Kapten Kamil itu ada benarnya ,namun dia tetap tidak mahu mempercayainya.
" Betul aku belum pekak lagi lah ... bunyi itu, bunyi orang tengah sakit minta tolong -" kapten Kamil menekankan apa yang dirasainya sejak tadi.
Fazri dengan pantas keluar daripada keretanya dan melihat objek yang telah dilanggarnya . Kapten Kamil turut sama keluar.
Masing masing kaget apabila yang dilanggarnya bukan lah objek tetapi manusia yang sudah patah tangan kirinya. Mukanya berdarah-darah dan mulutnya tidak putus putus meminta pertolongan . Nafasnya tersekat-sekat dan matanya memandang Fazri.
" Tolong...t-tolong.. pergi..dari sini. F-fazri "- lelaki misteri itu berkata dan mengulangi ayat yang sama.
Fazri terduduk -.... " Ayi? Kenapa..macam mana..? Ayi! Apa Ayi buat dekat sini!!"
Ayi Haiqal . Adik Fazri - hilang daripada radar sejak setahun yang lalu. Seorang tentera sempadan Sabah -Semenanjung. Sebab hilang ; tidak dapat dikenal pasti.
" Dia...dia..cari abang ...dia cari Ezira...abang .." nafas Ayi tercungap cungap.
" A-abang..kena pergi dari sini! ..cepat!" - rintih lelaki berusia awal 20-an itu.
Fazri menggeleng laju, nafasnya turun naik. Masakan mahu tinggalkan adiknya yang hilang di sini? .
" Ayi.. apa jadi?! KENAPA AYI MACAM NI??! SIAPA YANG BUAT SAMPAI AYI JADI MACAM NI ! JAWAB SOALAN ABANG!!" - teriak Fazri. Tangannya menggenggam bahu Ayi dengan kuat. Mukanya sudah kemerahan. Siapa..kenapa?! . Fikirannya buntu.
" Abang..tolong selamatkan Ezira..abang tolong Ayi..-" desak Ayi tanpa memberi penjelasan.
Tiba tiba , bunyi das tembakan kedengaran menghentam kereta Fazri daripada belakang. Jeritan nyaring Pn eliya dan Ezira.
" Kamil, tolong aku angkat Ayi naik kereta. CEPAT! -"
Tanpa melengahkan masa, Kapten Kamil mengangkat tubuh badan Ayi yang ringan seperti tulang kedalam perut kereta.
" Fazri, aku rasa Tan Sri Kalid sudah tahu kedudukan kita sekarang ini. -" jelas Kapten Kamil. Mereka terus memecut untuk menghilangkan diri daripada pandangan.
" Sial lah !! Kau call minta bantuan , aku try lengahkan masa -" jelas Fazri lalu mengeluarkan sedikit badannya ke luar tingkap dan menembak beberapa das tembakan yang padu kepada 2 kereta Saga hitam yang mengejar mereka.

ANDA SEDANG MEMBACA
Dia, Jejaka Charming
RomanceDia datang bila aku dah move on, Dia jadi lagi kacak, lagi berpengaruh - yang paling penting dia LEMAH LEMBUT!. Sekejap bukan lembut macam sotong, maksud aku dia lagi charming gitu. Semua jadi cair dengan dia ( termasuk diri ini) S...