F&J

3.3K 172 3
                                    

     Since ramai ship Fazri and Jasmine , terimalah a short story tentang mereka berdua🎀 

  
  " Mine; berapa kali akak nak cakap, Jasmine kena jalan selalu. Nanti kaki tu susah nak gerak. -" -bebel Ezira kepada adiknya yang degil itu. Sudah banyak kali Ezira merayu supaya Jasmine duduk di kerusi roda untuk dibawa keluar ke taman yang ada di dalam hospital ini. Sekaligus melatih Jasmine untuk jalan semula. Satu minggu tak bergerak. Doktor pun dah nasihat suruh excersise kan badan. Jasmine hanya baring terbujur kaku tidak mahu bergerak.

Ezira mengeluh. Jasmine tidak bersuara apa apa pun semenjak dia sedar. Kalau macam ni lah , holiday yang dirancang memang tak kan kemana.  Risau, Ezira menelefon Fazri untuk menolongnya. Hari sudah mahu petang, Ezira harus segera keluar untuk menjenguk Ayi Haiqal pula. 

" Fazri, tolong saya. Jasmine tak nak bangun dari katil. Penat saya suruh dia-" -keluh Ezira. Dia tahu, Jasmine lebih selesa kalau bercakap dengan Fazri. Mungkin sebab dia percayakan Fazri. Fazri yang menyelamatkan dirinya tempoh hari.  Ezira kadang kadang tidak mahu menyusahkan Fazri. Lelaki itu masih banyak urusan yang perlu dilaksanakan. Namun,
walau sesibuk mana pun dia pasti dia akan mencari masa untuk melawat Jasmine.

" Malam ini saya datang, Ezira awak rehatlah biar saya jaga dia-" jelas Fazri di corong telefon.  Ezira mengangguk perlahan. Mungkin , lain kali sahaja lah bawa Jasmine bersiar keluar. Biar Fazri tolong pujukkan dia.

Hari menjelang malam; Fazri terus ke hospital sejurus selepas pulang dari kerja. Penatnya tidak perlu cakap lah, report bertimbun atas meja. Fazri membuka pintu berwarna kuning cerah di hadapan bilik ward sakit Jasmine. Kelihatan Jasmine sedang bermain-main dengan anak patung kesayangannya. Kelakuan Jasmine persis anak kecil yang takut untuk bergaul dengan orang luar. Sekarang, dia mengalami trauma yang boleg dikatakan agak serius .

" Jasmine-" panggil Fazri dengan nada yang lembut. Tangannya diletakkan di atas bahu Jasmine secara perlahan lahan.

Jasmine kaget dengan kehadiran Fazri lalu dia menjauhkan dirinya daripada jejaka itu. Melihat keadaan Jasmine menjadikan amarah Fazri terhadap orang yang memperilakukan Jasmine sebegini rupa lebih membara.

" Hey, ini saya Fazri. Kawan awak-" jelasnya lagi. Anak mata Jasmine perlahan lahan memerhati wajah Fazri.

" F..Fazri..-" Jasmine berbisik. Senyuman Jasmine jelas kelihatan apabila melihat Fazri. Seperti anak kecil yang baru sahaja mendapat hadiah. Jasmine menghulurkan anak patungnya kepada Fazri- ajak untuk bermain sekali.

" Hah kenal pun, awak dah rasa sihat ke belum? Bila awak nak sihat nih.. asyik kena lawat je penat lah saya. Saya baru balik kerja , kena datang sini tengok awak. Nasib baik lah awak tu comel -" bebel Fazri kepada Jasmine. Jasmine hanya mengerling tajam. Bibir merahnya dicebikkan.

" Kalau tak nak datang , tak payahlah datang -" celoteh Jasmine . Muka kosongnya dipamerkan.

" Saya kena lah datang, Ezira cakap dengan saya awak tak nak excercise -kaki tu dah tak boleh nak gerak dah sebab berat sangat. Awak nak gemuk ke duduk atas katil ini? Saya tak suka perempuan gemuk. Sorry to say -"  marah Fazri tanpa segan silu. Jasmine mengetapkan bibirnya. Hanya Fazri seorang sahaja yang berani  sound dirinya sebegitu rupa.

Jasmine hanya menggelengkan kepalanya. Masih berdegil tidak mahu keluar. Fazri mengeluh ringan.

" Cakap dengan saya Jess, kenapa awak tak nak keluar  bersenam sikit?-"

" Nan..ti Jasmine terjumpa papa.. Jasmine tak nak jumpa papa.-" keluh Jasmine lalu kepalanya ditundukkan.

" Jasmine.. papa Jasmine dah dalam penjara dan pun . Faz yang tangkap. Dia takboleh kacau kita lagi . So esok please dengar cakap Ezira..Hmm?"-

Fazri berusaha lagi memujuk Jasmine
untuk mendengar kata-kata Ezira dan Pn Eliya. Gadis tersebut tidak terbuka untuk berkata kata dihadapan mereka berdua. Kesian Ezira dan ibunya. Mereka tidak sanggup melihat kondisi Jasmine yang sebegini rupa.

Jasmine menggeleng lagi. Kali ini Fazri sudah hilang sabar untuk memujuk. Why girls so complicated?.

" Jasmine please.." - jari jemari Fazri mula mengusap pipi lembut Jasmine. Wajah Jasmine dialihkan kearahnya.

" Kalau macam ini perangai awak, Jasmine, saya tak akan datang melawat awak lagi. Awak faham?-" ugut Fazri. Dia bukannya serius mana pun. Cuma nak bagi Jasmine respon .

Jasmine menutup matanya. Dia mengeluh panjang .

" Okay lah, Jasmime pergi keluar . Nanti Jasmine ikut cakap kak Ezira-" cebiknya. Matanya mengerling tajam ke arah Fazri. Fazri pula hanya tersenyum senang. Lega Jasmine ikut cakapnya

" Hari dah malam, Jasmine tidur lah. Sihat cepat sikit. Boleh kita semua pergi holiday sama-sama-" kata Fazri dengan tenang. Jasmine kemudian perlahan lahan baring di atas katil hospital dan melelapkan matanya. Fazri mengusap lembut rambut Jasmine yang lurus itu. 

" Awak.. awak datang lagi kan esok? -" bisik Jasmine dengan perlahan

" Ya, saya datang. Awak jangan risau-"

" Kalau awak tak datang...siap!-" kini giliran Jasmine pula mengungut Fazri. Jari telunjuknya dihalakan ke arah jejaka tersebut.  Perlakuannya menggeletek hati Fazri. Dia tak tahu ke dia comel sangat bila buat macam itu? -

" Ya, saya datang tuan puteri. Tuan puteri jangan risau-" gurau Fazri.

Jasmine mengangguk perlahan. Selimut putih ditarik lalu Jasmine tidur dengan lena. Fazri hanya duduk di hadapan Jasmine . Menatap kecantikan gadis dihadapannya ini. Dengan penuh kasih , bibirnya mengucup dahi Jasmine perlahan lahan. Dia sendiri tidak tahu mengapa dia berani berbuat sedemikian.

Selamat malam, Jasmine

--

  


Dia, Jejaka CharmingWhere stories live. Discover now