Penerangan

4.3K 265 14
                                        

Anastasia, Gloria, Fazri ,Daniel, Jack serta Ella berjalan menuju ke bilik bawah tanah milik keluarga Ella . Encik Ruslan, PA kepada ayah Ella turut berada bersama sama mereka untuk memantau dan memberi penerangan akan beberapa perkara penting.

Kini, mereka berada di bilik rahsia bawah tanah yang dilengkapi dengan alat kawalan keselamatan yang canggih.

" Please enter your passcode "

Suara robotik kedengaran di sebalik pintu kaca yang besar. Ella kemudian bergerak setapak ke hadapan dan memberikan kata laluan menggunakan suaranya sahaja.

" Lavender "

Anak mata Ella dan keseluruhan badannya turut dianalisa menggunakan cahaya laser berwarna hijau. Seriously, memang perlu ke check semua benda? Dah sah sah itu Ella- getus Anastasia di dalam hati. Selepas selesai sahaja sesi menganalisa identiti; mereka semua masuk ke dalam tempat rahsia yang menyimpan banyak teknologi canggih ciptaan ayah Ella. Beliau adalah saintis dalam bidang teknologi engineering.

" Sekejap, semua dimestikan untuk memakai glove putih kalau ingin memegang apa apa alatan -" Encik Ruslan memaklumkan maklumat penting kepada Ella dan rakannya dengan formal. Mereka kemudian memakai sarung tangan tersebut lalu melihat sekeliling bilik.

" Ella, bila ayah kau bina bilik ini? -" tanya Anastasia. Senyumannya semakin lebar apabila melihat bilik kepunyaan ayah Ella. Ayah Ella memang cool gila.

" Dah lama dah, lebih 9 tahun rasanya- dekat sinilah dia makan minum cipta benda gila . Sekejap jadi ahli kimia ,sekejap jadi budak sekolah yang suka repair basikal. Ayah aku pelik orangnya.

.Tapi dia dah berikan kebenaran untuk kita masuk dalam bilik dia ini sebab dia dah ada makmal baru. So dekat sini just tempat simpan 'barang' je . Barang dekat sini termasuklah koleksi and ciptaan dia -" jelas Ella kepada Anastasia.

Bilik putih bercayahakan lampu biru menampakkan lagi kemewahan keluarga Ella. Terdapat beberapa koleksi machine gun tersimpan di dalam bekas kaca yang besar.

Daniel dan Fazri melihat bilik itu dengan penuh jakun -macam budak kecil. Machine gun, robot kawalan jauh, Oculus Rift ,bulletproof jacket dan drone GoPro Karma edisi terhad turut disimpan. Senang cerita kebanyakan alat canggih di dalam bilik ini adalah alat idaman pencinta teknologi.

" Aku tak tahu pula ayah kau simpan banyak benda benda mahal macam ni -" Fazri berkata sambil membelek koleksi robot kawalan jauh yang canggih.

" Tak kan lah aku nak cerita satu sekolah ayah aku saintis gila yang kumpul benda sampai habis berjuta ringgit?" -" getus Ella sambil tersenyum kecil.

" Okay , Ella ini memang cool - tapi nak tanya kitorang boleh beli tak barang barang dalam ini.? Kalau boleh, aku nak beli laptop DXT edisi terhad yang ayah kau simpan ni. Sayang betul, beli tapi tak guna pun-" gurau Jack . Memang orang kaya macam ni lah, kumpul banyak banyak sekadar kepuasan sendiri.

" Itu aku tak boleh nak confirmkan hahaha "

Setelah selesai sesi lawatan mini, mereka kemudian mengambil tempat untuk mengadakan 'meeting' menyelamatkan Hakim di meja bulat yang terletak di tengah bilik.

" So, someone tolong explain kenapa kita ada dekat sini? -" tanya Jack dengan penuh keliru. Ini masa untuk rekrut team Avengers yang baru ke apa? Dengan bilik yang bukan calang calang orang boleh masuk ,dan teknologi canggih yang dicipta oleh saintis gila .Memang ini bukan satu gurauan semata.

Anastasia dan Fazri untuk sekian kalinya menerangkan apa yang terjadi.

**** 

  Anastasia

Dia, Jejaka CharmingTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang