ANASTASIAJerman
BMW Headquarters menjadi pusat operasi utama bagi kesemua kilang mewah milik BMW di seluruh dunia sejak tahun 1973 .Di dalam bangunan tersebut ,dipamerkan kereta-kereta mewah BMW yang pelbagai. Aku dan Hakim sempat mencuba kereta BMW 4281 . Acah orang kaya katakan . Kamera ku tidak henti merakam gambar di dalam bangunan tersebut. Walaupun ada beberapa tempat yang dilarang tangkap gambar, aku tetap mengambilnya. Berani kan? Okay lepastu aku lari sebab pak guard diorang ternampak aku snap picture. HAHAAH. Nasib baik pak guard dia handsome handsome. Sambil lari, sambil aku tangkap sekali gambar pak guard dekat situ. Hikhiks
" Dah puas tangkap gambar ke belum? " - tanya Hakim kepadaku
" Belum lagi cik Hakim. Saya tak pernah puas bila tangkap gambar "
" Why not kau tinggalkan dulu this photography things? "- katanya sambil menguntumkan senyuman bermakna ke arahku. Mamat ni ade plan jahat ke apa?
" Eh apahal pulak? Kita nak buat apa ?"
" Kau suka racing tak? " Hakim bertanya secara tiba - tiba. Racing? Aku kereta aku sendiri laju sikit pun aku dah gelabah inikan racing. Uish minta dijauhkan.
" Tak. Tak suka. Rasa nak muntah bila racing racing ni. "
" Kalau macam tu... Okay jom kita pergi racing ! " jerit Hakim sambil berlari lari anak keluar daripada bangunan ini. Gayanya sepeti kanak kanak ribena.
"Okay.. wait RACING? . Oii hakim tunggu ! " aku bergegas lari kearah jejaka senget yang sedang mendahului larian macam Usain Bolt. Haih,masa sekolah dulu tembok, sekarang senget pula .Apa nak jadi lah mamat sekor ni/
----
" NO! Hakim. I will not do this for sure! " - aku berkata sambil berjalan ke arah bertentangan.
" Come on Anastasia, have fun lah sikit! Aku yang race bukan kau pun " - dia berkata . Baju biru ketat yang khas dipakai oleh racer cukup sepadan dengan tubuh badannya yang sasa. Nampak macam racer betul pun ada.
" Hakim.. " aku mengetap gigiku kegeraman
" Anastasia ... " sekali lagi, memaksa aku untuk menemaninya berlumba kereta dengan senyuman manis teh tarik dia.
" Okay fine! Tapi bagi aku masa untuk aku tulis wasiat aku dulu. Just in case kalau aku meninggal kat sini "-
Hakim tergelak besar - " Chill Anna, relax boleh tak? Racing ini seronok. Percayalah. So will you join me my lady ?- "- dengan perlahan Hakim menundukkan sedikit kepalanya seakan akan gentleman yang selalu ditayangkan dalam movie inggeris itu. Matanya seakan akan mengukir senyuman sinis .
Sejurus selepas aku masuk sahaja ke dalam kereta di litar lumba, jantungku berdegup pantas. Mamat ini boleh race ke? Bila dia belajar?Kenapa nak ajak aku padahal aku duduk dekat seat penumpang je? Ughh!
" Dah ready ?- " kata Hakim sambil mengemaskan helmetnya.
" Belum. dan selamanya belum. "
Bunyi enjin keretanya kedengaran kuat, beberapa orang bersorak untuk kereta kegemaran masin masing. Aku sendiri tak pasti aku dekat mana, tetapi yang pasti tempat ini terbuka untuk sesiapa yang ingin menyertai pertandingan perlumbaan kereta secara kecilan, dan yang paling penting - legal. Bukan perlumbaan haram.
Belum sempat aku menenangkan diri, kereta yang dipandu terus memecut laju, berlawan untuk memenangi acara. Aku melihat Hakim dengan pantas membelok dan melakukan sedikit drift sebagai penghangat acara. Adrenaline semakin membuak buak di seluruh tubuhku, pada mulanya berasa takut, lama kelamaan jadi seronok. Sama macam kita naik roller coaster. Tapi itu tetap tidak mengubah kegelisahan aku, bapak laju gila dia bawa.
" HAKIIM!! KAU MEMANG GILA!! "
" APAA? Aku tak dengar lah . HAHAHAH!! "- hakim sekali lagi membelok dan tubuh badanku ke kanan sedikit. Ini naik roller coaster pun kalah aku rasa.
" WEHH BERHENTI LAH WEH "
" YA ALLAH , AMPUNILAH DOSA- DOSA KU, DOSA KEDUA IBU BAPAKU, DOSA GURU KU"
" ASTAGHFIRULLAHALZIM HAKIM WOI! "
Aku merintih , nak nangis pun ada ni. Alahai, cengengnya kau Anastasia.
Selepas beberapa minit, kereta mula bergerak perlahan. Aku membuka mata ku secara perlahan lahan dan melihat Hakim sedang memandang aku secara dekat. Oh mak kau,! terkejut aku. Secara refleks aku kebelakang sedikit. Nafas ku tercungap cungap. Sah dia memang gila! Ada ka patut dia suruh aku teman dia race?!
" Kita menang Anastasia! "- senyum Hakim dengan lebar. Menang? Ohh yeayy *mata keatas tangan dibahu *.
Tanganku dengan kuat menumbuk sedikit bahu Hakim. Geram .
" Menang lah sangat! Nasib nyawa ni tak melayang. Kalau aku mati kat sini siapa nak angkat mayat aku? Siapa nak tengok aku kahwin? Eyy aku tumbuk lagi baru tahu. "- terus perangai jantan aku keluar.
" Sorry Anastasia, tak tahu pula kau tak suka sangat racing ini "- Hakim kemudian menanggalkan helmetnya dan mempamerkan wajah berpeluh yang aku sendiri tak faham kenapa boleh jadi handsome even muka berpeluh? Saintis, i need your explanation please.Namun anak matanya jelas menunjukkan kegelisahan. Rasa bersalah mungkin?
" Tak apa. Its fine. -" aku kemudian bergegas keluar dari kereta dan menuju ke bilik salin untuk menyalin baju tanpa menoleh ke belakang.. Actually, aku tak rasa aku marah dengan dia. Sedih? Tak. Gembira? Tak. Kecewa? pun tak. Mungkin hanya annoying je dengan perangai tiba tiba dia. Aku mengaku aku masih menaruh harapan dan perasaan terhadap dia. Dan aku tak boleh tunjukkan yang aku masih sukakan dia. Tak , aku tak akan tunjuk.
Let my own feelings be a secret. Sebab apa?
Sebab nanti, aku sendiri yang akan sakit dan terluka macam dulu.
-- SORRY FOR THE LATE UPDATE!!
Apa pendapat anda tentang bab ini? Let me know by comment down below!
YOU ARE READING
Dia, Jejaka Charming
RomantizmDia datang bila aku dah move on, Dia jadi lagi kacak, lagi berpengaruh - yang paling penting dia LEMAH LEMBUT!. Sekejap bukan lembut macam sotong, maksud aku dia lagi charming gitu. Semua jadi cair dengan dia ( termasuk diri ini) S...