Sedar

4K 307 21
                                    

      

        " Mimpi indah sayangku -"

   Love comes slow and it goes so fast - lagu Passenger ,Let Her Go bermain di corong radio. Sebakul buah tangan terletak rapi di bahagian seat penumpang. Hakim memandu dengan cermat ke hospital untuk melawat Anastasia. Kini sudah lebih 2 minggu Anastasia tidak sedarkan diri.

Tan Sri Kalid masih menghilangkan diri, namun semua konconya sudah pun ditangkap dan waran sudah pun dikeluarkan. Pihak media juga sedang kecoh dengan berita kekejaman Tan Sri Kalid. Di mana pun orang tua tu lari, dia tidak akan terlepas. Sebab apa?

Kerana detektif yang paling hebat , intektual dia pernah jumpa mengetuai siasatan- Fazri . Pemuda itu seperti singa apabila berada dalam kemelut jenayah. Tiada siapa boleh lari dari ngaumannya.

Dia mengeluh sendirian . Ibu bapa Anastasia turut berada di dalam wad, diikuti dengan Daniel dan Ella-kawan baik Anastasia. Namun apa yang paling mengejutkan, Dato Zaiful -ayahnya dan ibunya turut sama melawat Anastasia.

" Hakim; panjang umur. Boleh pakcik  bercakap dengan Hakim sekejap?"- ayah kepada Anastasia, Encik Khairul memanggilnya .

Hakim mengangguk perlahan, keningnya terjongket ke atas sedikit dan merenung kedua ibu bapanya. Mereka berlima keluar ke lobi, dan berehat di atas sofa yang empuk untuk membincangkan sesuatu.

" Hakim, kamu dah sihat? -" Pn Diana bertanya.

" Alhamdulillah sihat , Pn Diana " - jelasnya kepada ibu Anastasia. 

" Macam ini Hakim.. sebenarnya papa dan mama dah berbincang . Kedua dua pihak sudah pun bersetuju .." - papanya memulakan bicara. Alahai ini ayat cliche drama. Nervous lah pula . Apa benda ini?! - getusnya.

" Mama dan papa dah bersetuju untuk tunangkan Hakim dan Anastasia -" jelas Datin Farah dengan lembut. Tangan anak kesayangannya digenggam erat.

Hakim memandang kedua ibu bapanya. Tapi kenapa..? Kenapa perlu bertunang sedangkan Anastasia tidak sedarkan diri.? Semua dah jadi tak siuman ke?

" Hakim, kamu mesti keliru. Biar Encik Khairul jelaskan -" ujar ayahnya.

" Macam ini, kami -saya dan isteri saya akan berangkat untuk pergi ke Australia atas urusan kerja. Jadi, ..yelah tiada siapa yang dapat menjaga Anastasia . Ya, memang ada pembantu rumah untuk jaga keperluan dia cuma.. Anastasia ada masalah dalam tidur dia. Kadang kadang dia ada nightmares, --" jelas Encik Khairul .

".. jadi kami terfikir untuk menjadikan Hakim sebagai suami Anastasia sebab anak saya memang dah lama sukakan Hakim-" sambungnya lagi. Encik Khairul melemparkan senyuman kepada Hakim . Tiada riak wajah bengis yang mengatakan - kenapa buat anak aku cedera?. Kenapa tak sempat selamatkan dia. Tiada.

Yang ada hanyalah wajah yang tenang dan tidak terburu buru dalam mengadakan perbincangan.

" Jadi,...kami berharap Hakim boleh pertimbangkan untuk menjadikan isteri Hakim yang sah -" kata Pn Diana.

Hakim terkedu, bukan dia tidak bersedia tetapi rasa bersalah menyelubungi dirinya. Dia tidak sempat untuk menyelamatkan Anastasia .

" Kalau Hakim rasa, terlalu cepat takpe, jangan terburu buru. Kami ada lagi 2 minggu sebelum berangkat ke Australia " -jelas Pn Diana sambil tersenyum.

--

Hakim kemudian meminta izin untuk mengundur diri dan keluar daripada bangunan hospital yang gah itu. Dalam hatinya sedikit terguris, - Anastasia masih tidak sedarkan diri, sekarang bukan masanya untuk memikirkan tentang hal perkahwinan. Apa yang akan Anastasia fikir bila dia dah sedar?

Dia, Jejaka CharmingWhere stories live. Discover now