Jealousyyy

5K 363 18
                                        

  ELLA

Anastasia mula bersiap sedia untuk pergi ke majlis makan malam antara beberapa buah syarikat terkemuka dalam pelbagai bidang. Jemputan yang hadir hanya orang penting dan VIP sahaja. Antara syarikat yang terlibat dalam majlis ini termasuk syarikat ayah aku. Science and Technolgy Development Sdn.Bhd, syarikat Hakim, HZ Agency- dan... syarikat ayah Avier, KSL Security . 

" Anastasia, lama lagi ke nak siap? Kau tak payah make up banyak dah cantik dah pun. "- aku duduk di atas sofa sambil menguap. Kelihatan si Annastasia sedang bertungkus lumus melilitkan selendangnya.

" Aku bukan apa, selendang ini buat hal. Penat aku nak lilit ,lepastu komot seribu aku kena gosok balik. Kau pun tahu kan aku ni jenis perfectionist "- celotehnya, 

" Hah sambil kau bersiap itu , aku nak pergi jumpa Avier sekejap and nanti aku ajak dia tunggu kau dekat lobi hotel "- tanpa menunggu jawapan daripada Anastasia , aku mencapai beg tangan ku dan iPhone di tangan.

" Hermm, dah ada buah hati sanggup tinggalkan kawan en "- gurau Anastasia. Gedik betul.

" Yelah, tunggu kau berjam jam, baik aku pergi tengok muka Avier yang handsome itu! Dah la handsome, tinggi pula tu. Kau tahu tak bila dia pakai kot hitam -six packs muscle dia semua..-- "

" Eh dah dah , geli aku dengar. Jangan sambung ayat tu,  shuh pergilah sana !! " - Anastasia memotong kata kata aku sambil bahunya mengeliat tanda geli. Eleh, kalau Hakim bukan main dia puji ,aku puji Avier salah pula.

" Hahaha, Ok baii! Aku pergi dulu. Love ya Anna! "

***


" Avier, saya nak jumpa awak sekejap "

" Apa kau nak? Aku dah kata jangan kacau hidup aku, kau pekak ke apa ?" - Avier kemudian memandangku dengan wajah seriusnya yang popular. Eyy , nak je aku cungkil mata dia bagi jangan selalu sangat jeling.

" Nak minta tolong sikit, please  . Ini urgent! "-- aku berkata dengan penuh bersemangat. Avier, atau nama penuhnya Avier Farhan Lee ini memang sombong orangnya but sometimes dia boleh dengar cakap . Cuma mesti kena dengan cara.

Aku kemudian menyambung kata kata ku sebelum dia berjalan pergi. Bila nak cakap dengan orang macam ini, kau kena cepat dan tak de masa nak gagap. Dia bukan penyabar orangnya.

" Saya nak awak bermesra dengan kawan saya Anastasia bila dekat majlis makan malam nanti. Listen..- kawan saya ada suka sorang mamat ini, nama dia Hakim "- aku kemudian menunjukkan gambar Hakim dalam handphone ku. 

" Well, saya ini kan kawan yang baik, so saya nak awak and Anastasia bermesra untuk buat Hakim jealous- " jelasku dengan nada yang perlahan. Apabila aku lihat muka Avier tiada apa apa reaksi, aku menyambung semula kata kata ku.

" Ok ni plan saya, awak cuma berbual je dengan Anastasia depan Hakim, tu je. Awak seorang pelakon , jadi saya rasa tiada masalah untuk awak put an act right? Please, hari ini je hmm "- 

Aku kemudian menunggu jawapan Avier dengan penuh debaran. Mengalahkan pusingan penyingkiran Akademi Fantasia dah. Memang betul pun Avier seorang pelakon, basically dia pelakon drama and theatre dekat Dallas, Amerika. Jadi sebab itu lah aku yakin sangat rancangan aku ni bakal menjadi.

" Apa aku dapat kalau aku tolong kau -?"- Avier bertanya sambil tangannya dimasukkan ke dalam poket. Kot hitam ala mafia menampakkan lagi kesegakannya. Rambut coklat dan matanya yang cantik boleh menarik perhatian mana mana wanita yang lalu lalang.

" Awak akan dapat satu hari free daripada belajar pasal manners dengan saya. I mean untuk one day , saya akan biarkan awak dengan perangai awak yang agak tidak menyenangkan itu.-" jelasku dengan yakin. 

Dia, Jejaka CharmingTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang