Rancangan

5.2K 313 8
                                    


                              A/N : Segala cerita hanya rekaan, just enjoy it okay! 


 " Kadangkala, cinta pun perlukan sedikit aksi dan pengorbanan"



" Daniel, kenapa awak nak jumpa saya ini? " - Anastasia bertanya dengan penuh kehairanan. Cara Daniel berkata kata di corong telefon jelas menunjukkan kerisauannya akan sesuatu. 

" Besar masalah ini Annastasia !. Serius !"- jelas Daniel dengan bersemangat. Apa yang telah terjadi ini?

Anastasia hanya duduk di cafe dengan hati yang berdebar...Daniel kemudian menelefon seseorang , mungkin kenalannya .

" Detektif Fazri ya bro aku dekat cafe depan pejabat Hakim . Cepat sikit datang, kau punya sekejap macam siput. Ada ke patut jadi detektif? "

Detektif Fazri. Sekejap, Fazri samseng sekolah dulu ke? 

" Wait, Daniel. Detektif Fazri tu kawan you ke?"- Anastasia bertanya . 

" Yes, dia pernah kerja as detektif dekat Brooklyn ,nanti dia datang -" Daniel kemudian menghirup jus oren yang berada di atas meja. 

"  Okay Anastasia, aku nak jumpa kau ini sebab ada something happened to Hakim -"

" What?! Kenapa dengan Hakim?  Dia accident ke ? kena culik ke? -" tanya Anastasia bertubi tubi. Dah agak dah, mesti ada benda yang tak kena.

" Apa yang aku nak kau buat Anna, ada 2 benda. Pertama, jangan gelabah . Kedua, kau kena relax and fikir apa kena patut buat.  Hakim pernah kata kau  ini bijak orangnya so thats why aku nak jumpa kau -"

Anastasia hanya mengangguk. Aduh tak payah bagi suspen sangat boleh tak? -

" Yelah Daniel, cepat cakap apa benda yang jadi sebenarnya!!.."

Dengan itu,Daniel menceritakan segala galanya kepada Anastasia seperti mana dia menceritakannya kepada Detektif Fazri. Daripada part Tan Sri Kalid dera anak anak dan isteri dia sampailah part Hakim terpaksa kahwin dengan Jasmine. Daniel sudah memaklumkan hal ini kepada Detektif Fazrii, kenalannya semasa zaman kolej dulu. Daniel meminta rekod lama tentang kes kes yang ada kaitan dengan Tan Sri Kalid memandangkan Fazri pernah siasat kes songlap Tan Sri Kalid, cuma pada masa itu Tan Sri Kalid dianggap tidak bersalah dan dibebaskan. 


" Jadi apa patut kita buat Daniel? Nak tak nak , kita kena libatkan polis. Are you sure kita boleh tangkap Tan Sri Kalid tu? -" Anastasia bertanya dengan penuh kerisauan. Anastasia tahu serba sedikit tentang orang tua kerepot itu. Pengerusi dan pemegang saham terbesar JFashion - syarikat fashion terkenal di rantau Asia. Dia pernah lihat mamanya, Pn Diana bergaul dengan Tan Sri tersebut pada malam gala fashionista beberapa tahun yang lalu. Kalau diikutkan, muka tan sri  itu nampak baik. Bukan orang tua buncit, tapi masih segak berpakaian ala Kingsman and berkaca mata.

" I don;t know yet Anastasia. Aku bukan polis, that is why aku call Detektif Fazri untuk join kita. Maybe dia tahu serba sedikit about cases dan tuduhan atas Tan Sri Kalid itu."- jelas Daniel dengan penuh serius. 

Beberapa minit kemudian, kelibat Fazri jelas kelihatan. Tampak segak dengan jaket hitam dan topi birunya. Kulitnya sedikit gelap berbanding zaman sekolah dulu, well maybe sebab dia polis,  Daniel kemudian melambai tangannya kearah Fazri.

" Hai Fazri, ouh sorry Detektif Fazri! "- Anastasia menyapa dengan senyuman manisnya.

" Anastasia ?. Apa kau buat dekat sini?"- tanya Fazri. Tak sangka boleh jumpa semula dengan crush zaman sekolahnya dulu.

Dia, Jejaka CharmingWhere stories live. Discover now