Dua minggu Jasmine dirawat di hospital dan berjumpa dengan psychatrist untuk diberi pemantauan kerana trauma yang dialaminya. Dalam masa dua minggu itu juga Hakim dan Anastasia selamat diijab-kabulkan .
Mereka berdua berkahwin atas nama cinta. Perkahwinan yang mungkin dianggap terlalu pantas, walimatul urus diadakan secara besar besaran namun ringkas dan tidak keterlaluan.
Kesemua rakan baik Anastasia dan Hakim hadir ke majlis perkahwinan mereka kecuali Fazri dan Jasmine. Dua jiwa sudahpun bersatu, namun Anastasia masih dalam dilema. Hatinya selalu berkata
" Mampukah aku menjadi isteri yang sempurna? -"
.
.
.
.
Anastasia
Majlis perkahwinan berjalan dengan lancar. Hari sudah larut malam. Majlis diadakan di rumah pengantin lelaki dan perempuan seperti adat kebiasaan Melayu kita. Aku bertuah kerana kedua dua pihak keluarga sudah pun kenal antara satu sama lain. Meriah sungguh.
Paling memalukan bila kawan kawan sekolah datang. Ada yang terkejut aku dan Hakim sah sebagai suami isteri ,ada yang tak terkejut. Seronok bila reunion balik dengan kawan sekolah macam Ella,Ogy,Jiman,Jack dan semuanya lah. Tapi sayang , Fazri tak dapat hadir kerana urusan kerja dan dalam masa yang sama dia pun menjaga Jasmine secara tak langsung.
Haih sweet betul diorang dua itu.
Aku duduk di hadapan cermin untuk menanggalkan selendang yang aku pakai . Dress labuh yang panas dengan selendang yang berlilit ni membuatkan aku rimas.
Tapi aku berasa gementar ingin membuka tudungku di hadapan Hakim. Hakim pula hanya duduk di atas katil yang ampuk itu juga sedang menanggalkan baju Melayu nya.
Aku hanya tersenyum apabila Hakim curi curi pandang aku apabila aku sedang menanggalkan selendang berwarna ungu kegemaran.
Aku menyikat rambut sedikit supaya tak nampak sangat macam nenek kebayan. Dah lah berpeluh ,rambut mestilah serabai. Dari cermin, aku melihat Hakim menutup matanya sedikit seakan akan menundukkan pandangan.
" Tengok jelah, awak kan suami saya. Tengok puas puas muka saya yang cantik ni yaa-" aku berkata sambil tersenyum lebar.
Hakim tergelak kecil lalu menuju ke arah ku dan berkata.
" Saya rasa saya tak boleh tidur kalau tatap muka awak lama sangat-" jelasnya dengan nada yang lembut. Sikat yang berada di tangan ku diambilnya dan perlahan lahan dia menyikat rambutku yang tak berapa betul tu.
" Eh awak buat apa ini, biar saya sikat sendiri. Saya bukan budak laaa-" rengek ku sambil mencuba untuk mencapai sikat yang ada di tangannya. Aku bukan apa malu lah, rambut macam ade minyak tumpah dia nak tolong sikatkan pula.
" Biar lah, saya tengah ada mood nak jadi suami mithali ni so duduk diam diam-" katanya sambil menyikat rambutku kembali dengan lembut. Kerusi pendek dicapainya lalu Hakim duduk di belakang ku. Aku agak terkejut apabila Hakim menyikat rambut ku seperti seorang professional. Rambut ikal mayang ku kemudiannya diikat kebelakang dengan getah rambut.
" Awak ini ade pengalaman kerja dekat saloon ke? -" sakat ku kepada Hakim . Hakim kemudian melihat figura wajahku di cermin sambil menggeleng.
" Takde lah, kakak saya selalu paksa saya style kan rambut dia. Lama lama dah terbiasa -" jelasnya sambil tersipu sipu. Aku dalam hati macam ' aww'
ANDA SEDANG MEMBACA
Dia, Jejaka Charming
RomansaDia datang bila aku dah move on, Dia jadi lagi kacak, lagi berpengaruh - yang paling penting dia LEMAH LEMBUT!. Sekejap bukan lembut macam sotong, maksud aku dia lagi charming gitu. Semua jadi cair dengan dia ( termasuk diri ini) S...
