Sweden - Denmark

7K 490 23
                                    


Anastasia

Langkahku bermula,...agak berat juga beg aku ni. Menyesal betul bawa beg berat-berat. Aku tengok si Hakim ni biasa-biasa je dia bawa beg. Lelaki.

Kita ni perempuan ini memang high demand sikit kalau bab bawa barang-barang masa travel. Contohnya set barang make up. Padahal tak perlu pun benda tu. Tapi aku tak bawa lah, aku banyak bawa makanan. Hehehe

Aku dan Hakim sedang menunggu bas daripada airport di Sweden, ke stesen kereta api di Stockholm Central.

" Hakim, lama lagi ke nak tunggu bas ni. Sejuk lah kat sini, pakai jaket dua lapis pun sejuk menyengat -" aku merungut. Hakim hanya menguap dan berkata - " sekejap lagi sampailah tu "

Dari jauh aku terlihat bayangan sebuah bas. Hah panjang umur. Cepat cepat kami masuk ke dalam bas dan tap kad yang selalu digunakan ketika menaiki pengangkutan awam. Persis kad Touch n Go yang mudah digunakan .

Sebaik sahaja kami tiba di Stockholm Central kami bertanya kepada beberapa orang pekerja di situ akan masa berlepas train seterusnya. Train kami akan sampai pada jam 5.21 pagi. Sekarang ini baru sahaja 4.45 pagi. Kebetulan sudah masuk waktu subuh, aku dan Hakim mencari tempat yang sesuai untuk solat. Suasana stesen masih lengang tak ramai orang.

" Dekat sini okay ke ?- " tanya Hakim menunjukkan koridor yang terang , berdekatan dengan notice board.

Aku hanya mengangguk perlahan. Mengantuk.penat semua ada. Lalu , kami berdua solat subuh bersama-sama. Dapat pahala jemaah sikit. Aku memang sengaja memakai tudungku labuh daripada biasa agar senang mahu solat. Tak perlu telekung.

Usai solat, kereta api dengan nombor pendaftaran HST 518 sudah bersedia bertolak ke Copenhagen, Denmark. Untuk melihat jalur atau perjalanan train , Hakim sudah memberitahu aku untuk membuat perancangan awal. Install aplikasi Rail Planner.Aplikasi tersebut akan menyenaraikan jadual perjalann ,durasi perjalanan dan nombor train. Sangat mudah dan tepat.

" Anna, kau nak duduk tepi tingkap ke macam mana? -" Hakim bertanya kepadaku. Matanya jelas menampakkan muka yang penat dan mengantuk.

" Boleh juga itu- " aku berkata. Kemudian Hakim mengelap sedikit wap di tingkap - ingin melihat permandangan. Kami berdua kemudian mengambil tempat duduk masing-masing.

" Enjoy yourself. Bukan selalu kita dapat jelajah macam ini. -" kata Hakim sambil tersenyum.

" Betul tu! Thanks sebab beri saya peluang nak jadi photographer. Dah lama saya idamkan untuk travel, tapi tak kesampaian. Ermm, nak tanya awak dah berapa lama jadi CEO syarikat travel ini? -"

" Baru 2 tahun. Masih muda dan mentah lagi -" Hakim kemudian tergelak kecil. Topi yang dipakainya diperbetulkan.

" .... apa pun kenapa kau tak pernah tanya kenapa aku dah tak macam dulu?-" tanya Hakim secara tiba tiba. Aku sedikit terkejut . Ermm apa nak jawab eh.

" Sebab semua orang berubah? -" aku berkata , agak kurang pasti. Heh

Kemudian aku menyambung lagi - "..Lagipun, perubahan awak satu perubahan yang baik. Tak semestinya kita kena kekal dengan perangai masa sekolah, right? " -

Hakim hanya mengangguk -tak memberi apa apa comment,suasana menjadi senyap dan tenang kembali. Aku menoleh ke luar tingkap, menikmati permandangan. aku rasa tak pelik jika aku mengatakan bahawa for the first time semenjak aku jumpa Hakim, ini lah masa yang tak awkward. Comfortable silence. Kami hilang dalam lamunan masing-masing . Aku kemudian menoleh sedikit dan melihat Hakim sudah nyenyak tidur.

Penat lah tu. Cuaca di luar kemudian berubah daripada gelap ke cerah. Salji tebal masih kelihatan di luar tingkap semasa train melalui kawasan Inkoping, Sweden dan seterusnya memasuki kota Malmo.

Sebaik sahaja tiba di stesen kereta api Koebenhvn. Yang merupakan ibu negara Denmark, aku terus mengejutkan Hakim dan kami bergegas keluar daripada stesen dengan beg yang dibawa. Kami cuma ada masa 2 jam sahaja sebelum menaiki train yang seterusnya. Mujur, Hakim jenis yang cekap dan berpengalaman. Google Maps digunakan untuk melihat tempat yanh ingin dijelajah. Cewah.

Aku sudah get ready dengan camera kesayangan. Antara menjadi landmark jika berkunjung di Copenhagen ialah Copenhagen City Hall - Ibu pejabat Majlis Perbandaran Negara.

" Woahhhh!!! -" aku menjerit kekaguman. Jakun first time masuk negara Eropah Denmark ini. Tangan aku tak putus-putus menekan button 'click' pada camera. Menangkap gambar bangunan dengan seni bina yang cantik itu. Tak lupa juga, tuga utama aku untuk menangkap gambar Hakim . Memastikan dapat 'shot' yang terbaik.

" Hakim! Berdiri dekat situ! Posing maut sikit! -" -jeritku kepada Hakim. Backpacknya aku pegang, sebab dalam gambar nampak menyemak. Kahkah.

-" Kalau aku tak nak macam mana? !" - gurau Hakim . Jacket kulit hitamnya masih dipakai kemas. Kira macam style orang pergi travel lah ni.

" No picture lah kalau macam itu! Cepat lah sikit. Kita ada dua jam je lagi ni! -"

" Okay okay boss." - dan kemudian Hakim membuat pose yang hipster? Tu kan yang budak-budak zaman sekarang cakap? Ok well takde lah.hipster sangat. Aku lebih kepada... tangkap gambar muka dia yang handsome tu je.

Hehehehew ( gatal)

Masa pantas berlalu, aku tidak lupa.juga untuk tangkap gambar sendiri. Kenang-kenangan. Senyuman ku semakin lebar. Penat yang berbaloi.

Tiket dalam tangan tertera waktu perjalanan menuju ke Hamnurgh , Jerman pada jam 11.42 pagi di plarform 2.

" Anastasia, jom! Train dah sampai ".

" Ouh okay! " -aku pantas berlari untuk masuk ke dalam train.

" Hakim!! Bestnya tadi! Tapi sayang sekejap je kita pergi -" aku melompat kegirangan sedikit di tempat duduk ku sebelum kembali normal. Maksud normal tu macam jadi gadis ayu balik lah. Daripada terkinja kinja macam tu
Lolss

" Relax Anna , ini baru permulaan. We have 14 more countries to go. -".

" Kita pergi German kan lepas ni? -"

" Yes ,kau pandai cakap Germany? " tanya Hakim.

" Tak, saya tak belajar Germany dulu. I just know English of course, Arabic and Spanish . Awak? -

" Aku sama macam kau. But tambah lagi dua- Germany and Turkish "

" Serius banyak bahasa kau power Hakim! -" aku melihat Hakim dengan kagum.

Sekali lagi Hakim tersengih dan kemudian membuat gaya mata ke atas ,tangan di bahu. Eww sejak bila Hakim jadi maknyah nii.

" eii rasanya tak perlu kot buat muka macam tu . Buruk muka hang-"

" Tapi aku handsome. Buruk macamana pun tetap akan handsome"

" Kalau aku kata tak handsome macam mana?"

" Tipu ." - jawab Hakim ringkas. Eyy nak kena mamat ni.

" Muka hodoh "

" Tipu"

" Gemok "

" Tipu juga "

Okay, aku give up. Baik aku duduk diam diam and tidur.

Sejak bila Hakim jadi annoying ni? Aku hanya melihat anak matanya tersenyum . Aku perasan, bibir Hakim memang tak lekang dengan senyuman. Membuatkan aku nak senyum bersama. Cewah..

Orang kata, kalau lelaki sombong tapi caring ni lagi macho. Bagi aku, lelaki gentleman lagi high class . Hakim CEO, tapi dia tak kekok pun bila bergaul dengan aku. Dengan pekerja. Carefree. Tahu batasan , tahu bahagikan tugas dan peribadi.

Macam ciri ciri suami idaman . Cuma , pada aku ia sebuah idaman yang masih samar-samar. Tapi buat masa sekarang aku tak mahu fikirkan tentang cinta dan jodoh.

I just want to enjoy this moment . Let Allah plan it all for me.

Tugas aku, cuma nikmati keindahan alam- semata mata demi Dia, yang maha Esa.

Vote and commeent! . Pleaseee hahaha








Dia, Jejaka CharmingWhere stories live. Discover now