Dia.... lain

7.3K 479 11
                                        

                                       

We look up at the same stairs

                                       but see different things     -

Okay guys, ini Daniel POV. Setiausaha Hakim. Kejadian bertempat di pejabat, dan sebulan sebelum Anastasia balik Malaysia.Gambar Daniel di atas.( Dylan O'Brien)-

   Daniel POV. ( Sebulan sebelumnya )

       Aku mengetuk pintu pejabat Hakim, kawan plus boss aku sendiri.Aku sudah menjadi setiausahanya selama 5 bulan sekarang ini. Hakim sendiri yang request setiausaha lelaki kerana berang dengan perempuan gedik yang minta kerja semata-mata nak tengok dirinya yang kacak itu.

" Come in "- suara garau membalas. Aku membuka pintu dan melihat Hakim sedang menunduk kepenatan. Kepalanya dilentokkan ke atas meja, - baju kemeja putihnya nampak serabai kerana dia menarik sedikit tali lehernya. 

"  Hakim , kau tak apa-apa ke ?"- aku bertanya. Gayanya seperti zombie, maklumlah tak cukup tidur dibuatnya. Projek bersama syarikat GAH Holdings sudah pun selesai, rasanya sebab itu kot Hakim kepenatan.

Kemudian Hakim memalingkan kepalanya ke arahku, wajah nya yang tenang dahulu bertukar mamai. Kelakar pun ada dibuatnya.

" Aku penat Daniel... tolong aku! Aku malas nak buat kerja ini semua. Kenapa aku jadi CEO kenapa?!" - Hakim kemudian menghantukkan sedikit kepalanya di atas meja berkali- kali.

" Aku tahu , kau penat. Tetapi projek dengan Datuk Khai tu dah habis kan? Apa nak dirunsingkan. Kau dah boleh rehat dah sekarang ini . Tenangkan diri kau, .."

Kemudian aku duduk di atas kerusi berhadapan dengan Hakim dan berkata  -  " ..... kau aku tengok travel sana-sini bawa orang. Kau tak penat ke? Masa kau untuk travel pun macam tak ada. Apa kata aku sarankan kau pergilah rehat sana. Buat vlog balik, macam yang kau selalu buat time belajar. Pergi travel sensorang sana. Tenangkan minda dan fikiran -"

Lalu dengan pantas ,Hakim tegak semula dan tersenyum , Menampakkan giginya yang putih berseri. "

" Kenapa aku tak terfikir hah? Kau memang genius doh Daniel! "- Hakim berkata lalu tangannya menepuk bahu aku . Kuat. 

" Dah, dah aku tahu aku genius. Semasa kau tiada ini, suruh akak kau gantikan . Pergi ambil cuti rehat sana. Lagipun, syarikat kita dah tutup penyertaan orang ramai nak travel dalam masa 2 minggu ni sebab masalah teknikal. So, kau boleh lah bercuti "

Hakim hanya mengangguk tanda setuju, dia kemudian berkata " Betul juga cakap kau, aku cadang nak travel around Eropah lah, naik kereta api 15 hari . Jadi backpackers. "

" Bagus lah tu kau dah ada perancangan, ada apa apa lagi tak?  Aku boleh tolong kalau kau nak something "- tanya aku kepada Hakim .

" Photographer "- jelas Hakim dengan tegas.

".... aku nak seorang phographer yang boleh teman aku . Tangkap gambar aku and buat video . Aku tak kisah lelaki atau perempuan but carikan aku best of the best . "

" Boleh je bro, no hal. Aku ada kawan dekat UK sana yang boleh tolong recommendkan orang. Dengar cerita ada Malay woman jadi photographer pertama yang jumpa presiden Wales. Aku try contact dia nanti. "

" Thanks Daniel, aku tak tahu apa aku boleh buat tanpa kau -"

Itu namanya kawan kan? .Kawan tolong sesama kawan, baru ada ukhuwah.



Dia, Jejaka CharmingTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang