-* Just imagine bonfire camp macam video di atas ^ )
Anastasia
Hari sudah malam. Semua sudah kepenatan ,maklumlah terpaksa main curi curi barang. Malam ini aku sudah rancang untuk buat bonfire camp. Suasana malam di Pulau Kapas sangat romantik .
" Jiman, nyanyi lagu favourite kau -"
" Hah boleh boleh -"
Lalu Jiman pun menyanyi lagu " Dari Mata " by Jaz dengan suaranya seperti katak sumbang.
Matamu melemahkan ku
Saat pertama kali ku lihat mu
Dari mata mu mata mu ku mulai jatuh cinta ....~
" Oii jiman stop nyanyi please berderai gegendang telinga aku nih -" Ella menempelek Jiman yang suara nya persis haiwan di bawah tempurung itu.
Lalu semua merehatkan badan dan minda di sekeliling unggun api yang menyala terang. Semuanya kelihatan amat letih dek kerana aktiviti siang tadi. Malam yang indah dipenuhi bintang bintang. Suasana sungguh nyaman dan romantik.
Anastasia hanya melihat gelagat rakannya sambil kepala terlentok di atas bahu Hakim. Dia tidak pernah jemu dengan bau cologne yang Hakim pakai selepas mandi. Even dekat hutan pun pakai minyak wangi. Sah pembersih teruk si Hakim ni.
" Okay guys sekarang ni kita nak main game apa? -" tanya Ella kepada semua . Rambut Ella masih dalam keadaan kusut masai sebab belum mandi lagi. Nak feel camping katanya. Tak payah mandi.
" Truth or Dare ?" - Gloria
" Tak main ah true or dare. Malam macam ni best kalau cerita pasal hantu -" Jiman
" Erm... main teka teki?" - Jasmine
" Aku cadang kita main sorok sorok nak tak?-" - Anastasia
Lalu semua memandang muka Anastasia seperti memandang orang gila. Memang gila nak main sorok sorok malam macam ni. Hilang betul kang baru tahu.
" Alaaaaa jomlah main --" rengek Anastasia. Macam budak budak betul lah.
Hakim hanya mengeluh -" Ok macam ni kita main permainan sorok sorok tapi yang perempuan kena cari yang lelaki. Amacam?-" jelas Hakim kepada Anastasia.
" Kenapa pulak?"
" Sebab awak tu bukan boleh percaya
Nanti mulalah menyorok ntah ke mana sampai esok tak dapat cari -" bebel Hakim sambil mencuit sedikit hidung Anastasia.
" Okay I'm in-" Fazri
" Aku on je -" Ayi
" Cool -" Jack
Dan.. permainan pun bermula
-------
" Okay sekarang ini Anastasia, macam mana kita nak cari all the guys? Tempat ini besar kot!"- Ella merungut. Idea Anastasia ni bila fikir balik memang mengarut.
" Relax relax kita takpayah cari diorang-" -
Anastasia hanya tersenyum dan menayang giginya yang putih berseri.
" The reason why aku nak main permainan ni sebab aku nak spend time dengan korang " - jelas Anastasia. Ella, Jasmin, Georgia dan Ezira mula memandang Anastasia kebingungan.
" I mean kita tak sempat pun nak have a talk together. Dah lah lama tak jumpa. Aku nak tanya something dekat korang boleh tak?- jelas Anastasia. Mereka semua duduk di dalam bulatan . Di tengah tengah api membara memanaskan tubuh badan yang sejuk .
" Awak nak tanya apa Anna? - tanya Jasmin kepada Anastasia. Kiranya sekarang ini sesi yang boleh dikatakan ' girls talk'.
" Well Jasmin, how's your relationship dengan Fazri? "- tanya Anastasia sambil tersenyum sinis. Semua mata terus memandang Jasmin yang sedikit kaget dengan soalan yang diajukan oleh Anastasia.
ANDA SEDANG MEMBACA
Dia, Jejaka Charming
RomanceDia datang bila aku dah move on, Dia jadi lagi kacak, lagi berpengaruh - yang paling penting dia LEMAH LEMBUT!. Sekejap bukan lembut macam sotong, maksud aku dia lagi charming gitu. Semua jadi cair dengan dia ( termasuk diri ini) S...
